Sarang Art Hub Tanjung Malim Buka 3:30 Petang-11:00 Malam

4:01 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Fuad ajak kami singgah di Sarang Art Hub di Tanjung Malim. Katanya, makanan di sana sedap. Ada Restoran Mamat Khalid dan alat-alat yang digunakan untuk pembikinan filem-filem.  Rasanya Mamat Khalid ini seorang pengarah filem dan sudah meninggal dunia pada Oktober 2021. Kita pun tak tahu ada tempat pembikinan filemnya di Tanjung Malim. Semua info ini kita dapat dari Fuad yang gigih bercerita sepanjang jalan. Tak tahulah kesahihannya. Kalau tak sahih memang Fuadlah punya pasal.

Sampai di Sarang Art Hub, Fuad terkejut kerana tempatnya sunyi. Tak ada orang pun!

Sarang Art Hub buka 3:30 petang hingga 11:00 malam.


Kita sesajalah ambil gambar-gambar di situ.
Bagi peminat filem arahan Allahyarham Mamat Khalid tentu seronok sangat dapat sampat ke sini. Ada Warung Pak Jabit. Ada papan tanda Kampung Pisang. Agaknya di sinilah tempat lakonan drama Kampung Pisang Bersiri-Siri diadakan!



Warung Pak Jabit






Fuad masih tertanya-tanya kenapa keadaan di sini sunyi sepi?




Betul sunyi dan sepi!


Apabila Amie melihat waktu di HP, rupanya baru pukul 1:30 petang!
Sarang Art Hub dibuka pukul 3:30 petang.
Huurrmmm... teringat zaman kanak-kanak dulu kalau sampai ke satu tempat tapi tak dapat masuk, kami sebut : Kecelik mata itik!

Iya kan! Rupanya buka jam 3:30 petanglah pulak, ujar Fuad sambil tersengih-sengih.
Tak dapatlah kita makan di sini, sambungnya lagi.

Aik? laparkah sudah?


Akhirnya kami putuskan untuk meneruskan perjalanan ke Bukit Fraser.


Kita tertidur sepanjang perjalanan. Hujan turun renyai-renyai. Bertambahlah lena kita beradu. Sampai di sebuah jambatan, Fairuz kejutkan kita. Katanya, Mommy kan suka tengok air sungai jernih. 


Entah apa nama sungai ini. Kita terbaca di papan tanda tetapi tidak buat catatan atau ambil gambar. Lupalah pula nama sungai berair jernih ini! Warna biru kehijauan memang sama dengan warna Sungai Neretva di Bosnia Herzegovina!


Fairuz pun turun dari kereta untuk bergambar berlatarbelakangkan sungai berair jernih ini.

Kami semakin menghampiri Fraser's Hill.


Tiba-tiba kereta di hadapan tidak bergerak-gerak. 
Kereta yang turun dari arah hadapan pun tidak kelihatan.
Hujan terus turun tapi renyai-renyai.
Encik Suami, Fuad dan Fairuz turun dari kereta.
Rupanya ada pokok tumbang.



Kami berbelah bahagi samada hendak teruskan perjalanan atau patah balik.
Hanya lebih kurang 13 kilometer untuk sampai ke destinasi.
Berapa lama hendak menunggu?
Telefon pun tidak boleh berfungsi sepenuhnya, sekejap ada line sekejap hilang.
Tiada pula peronda lalu di situ. Kiri kanan hutan!
Sekarang hanya mengharapkan tenaga para pemandu kenderaan yang melalui kawasan itu. Harapnya adalah seorang dua yang bawa gergaji atau parang untuk memotong batang kayu hutan yang tumbang melintang!


Lebih kurang setengah jam kemudian, selesailah usahasama mengalihkan kayu tumbang ke tepi jalan. Berkat kerjasama, akhirnya masalah dapat diatasi dan masing-masing dapat menarik nafas lega.

Batang kayu tumbang diikat dengan tali dan ditarik ke tepi menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Alhamdulillah! Alhamdulillah!


Sebelum itu memang berasa risau sangat kalau terlalu lama berada di sini. Teringat pula jemputan makan malam oleh besan kami di Gombak pada pukul lapan malam. Mudah-mudahan tiada aral melintang untuk memenuhi undangan tersebut.

Fairuz terus memandu melintasi selekoh demi selekoh ke Bukit Fraser. Hujan terus mencurah-curah sepanjang perjalanan.

24 comments

  1. Cantinknya! Boleh buat lokasi pengambaran filem lama!

    BalasPadam
  2. Skr lagi hype rasanya, membuat bekas tempat syuting jadi objek wisata. Di Jogja ada 2 tempat malah kak. Bekas tempat syuting 2 film juga, jadi objek wisata, bisa buat foto2 😄. Bagus juga sih yaa, apalagi kalo banyak fans dr film tersebut, pasti bakal banyak yg DTG.

    Ternyata blm buka, makanya sepi yaaa 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Generasi hari ini semakin kreatif, bijak memanipulasikan apa yang ada untuk menarik perhatian pengunjung terutamanya pelancong.
      Sudah nampak buka 3:30 petang, kok malah hairan kenapa tidak ada orang hahahahaa.

      Padam
  3. Tempatnya pasti dingin banget,itu sampai berkabut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tempat sejuk tu, di atas Banjaran Titiwangsa.

      Padam
  4. dah lama tak dengor kecelik mata itik....hehehe sayang nya kalau di tutup. Rupanya buka petang...kalau siang lagi ramai kut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Fuad... beriya-iya ceritanya. Sekali sampai naaa...kecelik mata itik hihihii.

      Padam
  5. teringinnya nak ke sarang art hub tu. tak dapat makan, dapat ambil gambar jadilah. saspen juga pokok tumbang tu. nasib baik ada yang naik 4 wheel

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang suspen habis dengar ada pokok tumbang melintang tengah jalan. Sudahlah hujan. Syukurlah akhirnya dapat juga sampai ke Bukit Fraser.

      Padam
  6. tak dapat la merasa mee kari kuah laksa pak jabit ye hihi

    BalasPadam
  7. Ya Allah, pokok tumbang. Mujurlah semua bekerjasama tolong alihkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pernah menjangkakan akan berlaku halangan melintang dalam perjalanan. Alhamdulillah, walaupun terpaksa menunggu tapi semuanya berakhir dengan baik.

      Padam
  8. Awal-awal baca, Sha pun pelik kenapa sunyi.. Kikiki.. Rupanya datang terlalu awal ye..
    Sha yang tinggal berdekatan sini pun belum kesampaian lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang Fuad syok sendiri tu. Puas bercerita, sekali sampai sunyi sepi... ahaks!

      Padam
  9. Tak ada rezeki nampaknya nak menjamu selera di situ. Agaknya lah tu tempat dorang shooting filem tu kan. Sungainya macam tasik pula kebiruan kehijaun gitu. Risau kalau laluan berbukit camni ada pokok tumbang. Mujur semuanya bekerjasama alihkan batang pokok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, Fizah. Dengarnya di sinilah tempat penggambaran drama dan filem arahan allahyarham.
      Memang risau Fizah, sudahlah jalan penuh selekoh, hujan pula. Syukurlah akhir dapat teruskan perjalanan.

      Padam
  10. Laaa warung Pak Jabit buka lambat rupanya....xde rezeki la Fuad dan Fairuz nak makan kat situ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rezeki ditunda ke masa yang lain kot SA. Ambil gambar sajalah buat kenangan.

      Padam
  11. Balasan
    1. Memang glamour nama Pak Jabit ni kan Mama Cella.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe