Jerung Char Koay Teow, Pak Tam Satay & Pasembor Pulau Mutiara

8:53 PTG

Bismillahirrahmanirrahim. 
Senang hendak ke sana dan ke sini kalau ada kenderaan sendiri. Tambahan pula Fuad sudah lebih setengah tahun berada di Pulau Pinang, jadi sebut sahaja mana tempat hendak dituju dia akan terus memandu ke destinasi. Cuma, masalah kesesakan jalan raya sahajalah yang terpaksa di hadapi. 

Pada sebelah petang 26 Disember 2023 bersamaan hari Selasa, Fuad bawa kami untuk makan char kuetiaw. Katanya, di situlah char kuetiaw paling sedap pernah dia rasa. Kita pun lupa tempatnya, mungkin di Bayan Lepas. Sayangnya setelah berpusing-pusing mencari tempat letak kereta, rezeki tidak memihak kepada kami. Akhirnya Fuad bawa kami ke tempat lain.

Jerung Char Kuey Teow



Summer Place Condominium

Sebelum itu, Fuad bawa kami jalan-jalan di sekitar tempat kerjanya, The Light City di Jelutung. Seterusnya kami singgah di tempat tinggalnya iaitu Summer Place Condominium di tingkat 20.


Pemandangan dari tingkat 20.


Fairuz sempat berpusing-pusing menunggal motosikal Fuad. Firdaus membonceng di belakangnya.


Fuad bawa kami makan di Jerung Char Koay Teow.
Ikut sajalah mana Fuad bawa. 


Char Koay Teow Special - Ada udang dan telur mata.


Char Koay Teow Tom Yam - RM11.90

Char Koay Teow Tom Yam

Tambahkan cili jeruk untuk rasa lebih ummpphh!

Ajak Encik Suami merasa Char Koay Teow Tom Yam sebelum Char Koay Teow Specialnya sampai.
 Rasanya CKT Tom Yam lebih kuat berbanding CKT Special.

Menikmati CKT Special penuh selera!



Kami turut memesan sate dari gerai bersebelahan Jerung Car Koay Teow.
20 cucuk sate ayam dan 20 cucuk sate daging. Fuad kata sate daging di sini lembut.


Sate Daging RM1.20 sen secucuk.
Sedap!

Sate Ayam RM1.20 sen secucuk,

Sama sahaja harga sate ayam dan sate daging iaitu RM1.20 sen secucuk.

Nampak dah buncit perut Firdaus!
Apa tidaknya. Hari-hari makan sedap di utara sana.

Selepas makan char kuetiaw dan sate, Fuad cadang untuk bawa kami jalan-jalan di tapak Pesta Pulau Pinang. Sayangnya ketika kami sampai, hujan turun pula. Jadi, tak jadilah kami turun ke tapak pesta tersebut. Fuad ajak jalan-jalan lagi sampailah ke Padang Kota. Katanya ada pasembor paling sedap di situ. Nampaknya selagi tak jumpa pasembor, Fuad macam tak puas hati pula. Apabila kami sampai, kedai pasembor yang dicari Fuad, tutup! Entah apa nama kedainya. Nampaknya sudah dua kali tak dapat cari pasembor seperti yang Fuad hajati.

Marilah cari pasembor di tempat lain, kata Fuad. 
Terjumpalah pula Pasembor Pulau Mutiara. Kami beli bungkus bawa pulang.

Pasembor Pulau Mutiara


Walaupun sudah makan sate dan char kuetiaw, tapi anak-anak hendak makan lagi apabila sampai di homestay. Fuad panaskan kuah pasembor dan kuah asam laksa. Kita ada beli laksa, sebungkus saja.

Pasembor Pulau Mutiara

Kata Fuad : Bezakan kuah pasembor yang kita makan di LOTUS Sungai Petani dengan kuah pasembor di Penang? Oooo... barangkali Fuad hendak tunjukkan beza warna kuahnya. Itu sebabnya gigih mencari kedai pasembor sepanjang malam!

Asam Laksa

Supper - Makan Lewat Malam

Selesai makan budak-budak menonton filem di ruang rehat.

34 comments

  1. Akak mencari Cha Kuey Tiow Sani ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak cari sebab memang tak tahu. Fuad yang cari. Bunyinya lebih kurang begitulah.

      Padam
  2. Kalau Pasemboq, Pasemboq Padang Kota sedap.. tp memang crowded org.. biasanya di siang hari kami pergi.. kalau d tempat lain x brp nak menjadi.. huhuhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malam kami datang tu memang penuh. Tukang cincang bahan pasembor pun tak berhenti buat kerja.

      Padam
  3. Bestnya CKT makan dengan cili jeruk 🤤

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada cili jeruk memang 'menjadi' lah CKT kan Cie.

      Padam
  4. Suka CKT basah mcm ni, terus rasa teringin nak cari CKT jugak esok 🤤 Satay tu nampak mcm best je, tebal isinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap CKT basah begini. Isinya tak banyak, tapi kuahnya best!

      Padam
  5. Kalau saya ke Penang, cari nasi kandaq Beratur atau NK Raffee atau sup Hameed atau pasemboq Padang Kota..mmg surr

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah, lain kali kalau datang lagi akan meronda banyak tempat makan best.

      Padam
  6. Macam macam CKT rupanya... macam mana la rasanya CKT tomyam tu ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. CKT Tom Yam tu sedap. Kuat sikit rasa dia berbanding CKT biasa. Mungkin ada tambahan rasa masam dan pedas sikit.

      Padam
  7. Wahhh... ada CKT tom yam juga eh.. pertama kali nampak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, maknanya belum popular di tempat lain kot CKT Tom Yam ni.

      Padam
  8. tak pernah tau ada ckt tom yam. mesti sedap tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. First time makan CKT Tom Yam memang sedaplah.

      Padam
  9. mak aiiiii kuah diaaaaa
    👍👍👍👍👍👍
    sy mmg suka ckt mcm ni...
    nikmat sggh laaa
    kalau dpt taugeh yg keras sket
    fuhhhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entahlah... malam tu ada taugeh ke tidak. Perut dah lapar, terus telan.

      Padam
  10. selalu juga terkena macam Fuad,kalau teringin nak makan mana-mana restoran yang kita cari tu mesti tutup..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa hampa jugalah kan Afzan.
      Tapi tak apa, ada juga tempat makan lain.

      Padam
  11. wahhhhh menu utara yg ni mmg tak boleh nak tolak hehe

    BalasPadam
  12. First time dgr CKT tom yam...sedapnya pasemboq & laksa penang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, ramai yang first time dengar CKT Tom yam.
      Rasa hendak datang lagi makan pasemboq dan laksa penang. Sedaplah!

      Padam
  13. Wahhh.. macam tengok wayang di cinema. Mmg berbeza² warna kuah pasembor di Penang dan Kedah tapi sy baru tahu ada CKT Tomyam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang begitulah kan SK. Lain padang lain belalang, lain tempat lain warna kuah pasembornya.

      Padam
  14. Sedapnya Chat Khewtio, ada udang dan telor mata sapi.😊

    BalasPadam
  15. sedapnya tgk satay & char kuehtiaw tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pandai Fuad pilih menu untuk kami malam itu kan.

      Padam
  16. Jerung Char Kway Teow tu nampak sedap sangat. Pasembor di Penang lama sungguh tak makan. Terliur tengok semua posting Kak Amie, sedap tengok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Pusing sana sini, akhirnya menyinggah di sini.
      Semuanya sedap!

      Padam
  17. Nasib baik semua sedap ye.SA kalau dah pusing2 cari parking takde tu memang kena la pi tempat lain bagi mengelak dari panas hati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang menyakitkan hati sangatlah kalau tak dapat tempat parking. Mood nak nikmati makanan pun terus tenggelam ke laut!

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe