Sepetang di Pantai Remis - Mendung dan Hujan!
3:44 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Petang Ahad 17 Disember 2023, bawa Bonda jalan-jalan ke Pantai Remis. Bawa sekali Wak Niah. Wak Kanang ikut bersama anak-anaknya dan Wak Aton juga turut serta. Cuaca mendung tapi kami redah saja.
Pantai Remis yang sendu! |
Tak sangka tempat kami menguis remis di pasir zaman remaja dahulu, kini sudah berubah menjadi tempat kunjungan ramai! Dahulu hanya ada pokok-pokok nipah dan pokok kelapa sahaja di sepanjang pantai di sini!
Kami memilih untuk minum petang di bahagian dalam di Selera Corner Pantai Remis.
Beberapa minit kami duduk di sini sementara menunggu pesanan tiba, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Para pelanggan yang duduk di bahagian luar berlarian masuk mencari tempat lindungan hujan!
Di bahagian dalam, penuh dengan pelanggan.
Minuman yang dipesan tiba di meja. |
Encik Suami memesan teh halia.
Agaknya penyedia minuman terlupa hendak mengetuk atau hiris halia. Dibubuh sahaja seketul halia, dan kata Encik Suami minumannya suam, bukannya panas! Disebabkan suasana sibuk dan hingar-bangar ditambah dengan sesak dan hujan, Encik Suami reda sahajalah! Malas hendak bersongel, katanya.
Walaupun sudah makan kerang rebus di rumah, tapi hendak makan kerang bakar pula di sini.
Sos pencecah kerang bakar memang cukup rasa. Cuma saiz kerang bakar sahaja yang kecil-kecil. |
Bakso |
Mi Udang |
Antara minuman yang dipesan. |
Otak-Otak |
Satar dan Pepes Ayam |
Bismillahirrahmanirrahim. |
Walaupun hujan sudah berhenti tetapi mendung tetap menggandul di langit!
Oleh kerana masih hujan renyai, tak dapatlah Firdaus hendak naik kereta di sini.
Pada mulanya kami hendak membeli tongmo dan melihat karipap king kong, tapi tiba-tiba hujan turun kembali dengan lebatnya! Terpaksalah batalkan hasrat dan duduk dalam kereta.
Dalam hujan renyai kami menuju ke gerai jualan goreng-gorengan pula.
Macam-macam jenis gorengan dijual di sini. |
Ada kuih bakar kemboja. Kuih ini orang kampung panggil kuih bahulu kemboja. |
Walaupun hujan masih turun, tapi kami redah juga ke tempat jualan hasil laut. Dapatlah beli lala @ ale-ale segar. Hendak beli kerang tapi tak jadi sebab saiznya kecil! maklumlah kerang ternak. Kalau dahulu puas makan kerang, isinya besar dan berlemak sebab kami pungut dari laut.
Ini Siput Kemudi atau Kemudi Kapal. |
Mentarang 1 kg berharga RM20.00. |
Isi ale-ale. |
Sotong & Telur Sotong |
Pepahat & Ale-Ale |
Isi Kerang |
Kami beli lala @ ale-ale dan isi kerang. Cadangnya hendak buat jemput lala dan isi kerang bolehlah dibuat sambal lauk nasi lemak buat sarapan esok paginya.
11 comments
Selamat Tahun Baru Kak Amie sekeluarga.
BalasPadamPernah ke sini bbrp tahun lepas, dapat kerang besar :D
Hm .... Memang ada kerang bakar?
BalasPadamWah...kimia betul kita...saya juga membeli dan membakar mentarang di Kedah pada 19 Disember..RM10/kg
BalasPadamSK pula beli mentarang juga rm18/kg kalau tak silap
wah bestnya
BalasPadamSha lalu je disini masa 31 disember baru ini.. Nak singgah tapi ramai sangat orang..
BalasPadamMengancam betul makanan laut yang dijual..
best nya kak pantai remis tu kalau pergi sana segala makanan laut fresh, makanan punmacam2. Pergi sana memang wajib beli segala seafood yang ada
BalasPadamMemang kalo teh atau kopi disajikan tak panas, rasa ada yg kurang kan. Saya pun LBH suka yg panas kalo teh dan kopi. Kalo hangat suam, lebih baik pesan es sekalian 😄.
BalasPadamDah lama tak makan kerang bakar. Dulu pernah coba di Penang. Soalnya kalo di Indonesia Hrg ada kerang bakar. Biasa direbus. Atau tumis.
Sedap pencicah kerang bakar kat situ. Sekarang kami lebih gemar pesan kerang rebus je sebab kadang kalau yang bakar isi jadi kecut.
BalasPadamYang seronoknya dapat makan beramai-ramai tu. Takpelah, mungkin rezeki lain kali dapat merasa makanan yang tak dapat tu. Sekarang musim hujan di Malaya.
BalasPadamwah meriahnya pantai remis, mcm ada jual dkt sana..
BalasPadamTeringinnya nak ke pantai remis borong hasil laut...entah bila la nak smpai agaknya
BalasPadam