Sarapan di Restoran M Gulam Rasul Puncak Alam
8:03 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sabtu, 23 Disember 2023.
Fairuz dijangka terbang dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur pada pukul 6 pagi. Barangkali disebabkan keletihan, semuanya bangun lewat! Tergesa-gesa solat subuh dan bersiap menuju ke lapangan terbang. Rupanya Fairuz sudah menunggu di luar pintu KLIA 2.
Kami terus pulang ke kampung melalui jalan Puncak Alam dan singgah sarapan di Restoran M Gulam Rasul. Kami jarang makan di kedai mamak kalau balik Malaya. Ini merupakan kali pertama kali sarapan di sini. Harga sarapan di sini untuk kami makan berlima sebanyak RM73.50. Walaupun yang makan berlima, tapi yang dipesan tujuh jenis... ahaks! Firdaus dan Abang Farid memesan menu yang sama iaitu Maggi Goreng Ayam Mamak.
Maggi Goreng Ayam Mamak |
Walaupun sudah makan Nasi Lemak Pak Nassier dalam penerbangan AirAsia, tapi Fairuz hendak sarapan lagi. Kami memesan:
- Madras Coffee Susu Lembu
- Lemon Panas
- Teh O Ais
- Teh Halia
- Poori Set Masala
- Maggi Goreng Ayam Mamak
- Mee Goreng Ayam Mamak
- Roti Cobra Telur 2
- Tosai Telur Bawang
- Roti Kothu Kambing
Tosai Telur Bawang - RM3.80 |
Poori Set Masala - RM4.50 |
Roti Cobra 2 Telur - RM6.00 |
Madras Coffee Susu Lembu - RM4.50 |
Maggi Goreng Ayam Mamak - RM11.50 X 2 = RM23 |
Roti Khothu Kambing - RM12.00 |
Seperti kebanyakan restoran mamak, makanan yang dipesan cepat sampai. |
38 comments
Tak pernah dengar roti khothu tu. First time dengar...
BalasPadamRoti Khothu asalnya dari menu Sri Lanka.
PadamSeronok makan sama2. Madras Coffee susu lembu tu mesti sedap. Roti Cobra pun nampak sedapnya.
BalasPadamEncik Suami peminat Madras Coffee Susu Lembu.
PadamFairuz suka Roti Cobra.
Selamat menjamu selera
BalasPadamTerima kasih Wak.
PadamSedap nya roti puri tu. Roti Khothu Kambing cam ne rasanya ek? tak pernah tau, tak pernah nampak, malah tak pernah dengar. kena cuba ni.
BalasPadamRoti Kothu Kambing ini versi roti dari Sri Lanka. Dimasak tumis gabungan roti, sayur, kambing dan rempah-rempahan.
PadamRoti khothu kambing tu first time dengar.
BalasPadamYa Carneyz, nampaknya ramai yang first time dengar.
PadamRoti Cobra & Roti Khothu first time PH dengar...
BalasPadamItu yg best tu makan di kedai mamak, service pantas haha...
Saya biasa makan Roti Cobra, dan first time makan Roto Kothu Kambing.
Padamtose kesukaan cik nur ni
BalasPadamSaya pun suka tosei. Suka cecah chutney kelapa.
Padamnampak sedap sungguh semua menu tu kak, terutama mee goreng mamak tu, roti cobra dan roti khotbu tu tak pernah jumpa lagi. Kalau banyak ni padan la dengan harga kak hehehhe
BalasPadamAgaknya lain kedai mamak lain sajian atau jenis rotinya kan Dana.
PadamNama rotinya unik",makananpun bikin selera semua.
BalasPadamMemang sentiasa berselera kalau makan di kedai mamak.
PadamRoti Cobra - Roti Banjir rupanya
BalasPadamdan Roti Khothu tu, Roti Goreng Kambing ke Kak Amie?
Betul tu... kiranya Roti Kothu tu macam roti goreng / ditumis dengan kambing, sayur dan rempah.
PadamKelihatan sedap sedap sangat Kak Amie...Mbul suka tuh yang poori set masala...kalau di tempat kami mirip aci digoreng tapi ada isiannya Kak 😊
BalasPadamNampak gelembung besar macam bola kan poorinya tu Mbul.
Padamxde kentang goreng Daus tu
BalasPadamFirdaus sudah kurangkan pengambilan kentang goreng Kak PI.
Padamwaahhhhh di Teluk Intan ada juga Restoran Gulam Rasul & sajiannya sebijik mcm tu juga hehe
BalasPadamOooo... bolehlah selalu ke situ kalau suka hidangannya kan Ana.
PadamFairuz dapat juga balik kampung walaupun lambat sikit sampainya. Banyak menu-menu yang disebutkan saya tak pernah dengar. Tapi seram pulak menu roti cobra tu. Terbayang² cobra pulak dah. hihi...
BalasPadamHahaaa.... gelak besar saya dengar Fizah terbayang cobra!
PadamKalau sarapan situ saya suka set roti puri 😁
BalasPadamMacam-macam makanan ada di sini kan Faizah.
Padamwarghhh roti cobra itu sangat mengancam!!!!
BalasPadamCantikkan ada dua biji telur di atasnya.
PadamNampak pekat elok susu madras tu....kena pula dengam poori kembong elok tu...aum
BalasPadamIstimewanya susu madras tu sebab bubuh susu lembu kan Mama Cella.
Padamtak pernah dengar pulak roti cobra dan roti kothu tu...teh tarik nampak sedap..tapi SA kalau minum 2-3 hsri bdn akan berangin
BalasPadamRoti cobra tu kami biasa makan di Sabah, cuma roti khotu tu yang baru jumpa.
PadamAiiiiiih kliatan enak semua kak. Saya penasaran roti cobra 😍😍😍. Baru dengar nih. Tapi lihat platingnya, yakin sedap 😄👍. Masakan mamak biasanya tak pernah failed lah. Apalagi mee gorengnya 😄
BalasPadamRoti cobra dihidang dengan kuah kari yang banyak, ditambah telur rebus separuh masak. Saya memang suka kuah kari banjir penuh menutupi rotinya.
Padam