Dari Simpang Empat ke Hospital Seri Manjung
8:36 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Tidak lupa kami turut ziarahi keluarga Kak Rahaniah, sepupu kami di Simpang Empat Hutan Melintang. Biasanya kami hanya dapat berjumpa pada hari raya atau majlis kahwin sahaja. Kali ini rasa sangat lama tidak bertemu sejak PKP 2020. Alhamdulillah, rezeki ziarah kali ini mempertemukan kami semula.
Bersama Kak Rahaniah (baju biru). |
Macam-macam kuih dihidangkan untuk kami. Kiranya kami minum petanglah di sini.
Terima kasih Kak Rahaniah. Kuih keria itu dua atau tiga biji Amie makan! |
Selepas itu kami teruskan perjalanan ke Seri Manjung pula.
Melihat Jambatan Bagan Datuk dari kejauhan. In syaa Allah ada rezeki di lain waktu, kami akan lalui jambatan itu.
Wak Kanang hendak bertemu dengan anak bujangnya, Abdul Fatah yang bekerja sebagai arkitek di Hospital Seri Manjung. Ini anak bujang ketiga Wak Kanang. Ketika arwah bapanya meninggal dunia, Abdul Fatah masih kecil. Seingat Amie, Edy anak yang sulung berumur 12 tahun. Abdul Fatah mungkin dalam usia lapan atau tujuh tahun. Wak Kanang ada empat orang anak dan kesemuanya sudah habis belajar.
14 comments
Masa minta tf dulu, ad jugak hosp manjung dalam senarai.. Tp xd rezeki ke sana.. Rezeki masih merantau... Sabar je lah
BalasPadamYa, di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung. Rezeki ada di mana-mana.
PadamTeringat masa kak amie ckp nak melawat Mak Pah..SA terpaksa tolak sebab keadaan Mak Pah masa tu...rasa terkilan plak...sbb until today Mak Pah masih x ok..
BalasPadamIn syaa Allah.
PadamDoa yang baik-baik untuk Mak Pah.
Semoga Mak Pah cepat sembuh.
Lama tak pi Manjung. Ada kakak nurse kat hosp SM tu 😃
BalasPadamSaya first time pergi Manjung.
PadamAlhamdulillah, mengukuhkan ukhwah. Seronok tengok Kak Amie balik Malaya menziarah saudara-mara.
BalasPadamLama tak berziarah sejak PKP 2020.
PadamMenariknya hidangan kuih tradisioanal...
BalasPadamJarang dah nak jumpa kuih tradisional sekarang ni.
PadamAlhamdulillah dapat juga bertemu. Lama jugalah tu sejak PKP kan. Dapat juga Wak Kanang bertemu dengan anaknya walaupun hanya sebentar. Pertemuan singkat yang sangat bermakna.
BalasPadamDulu kami bertandang ke Perak setiap kali beraya bersama keluarga di kampung. Sejak PKP itulah sampai sekarang baru dapat berjumpa.
PadamSenang banget pastinya kalo bisa ketemu saudara, apalagi setelah lama sejak COVID ya ...
BalasPadamKue2 yg tersaji pun sedap. Kue keria yg coklat ada lapisan sayur hijau kan? itu saya pernah coba.
Yg kue paling ujung, hijau ditaburi kelapa itu klepon bukan kak?
Kuih keria itu diperbuat dari keledek / ubi manis / ubi rambat. Bikinannya masih tradisi. Sangat sedap.
PadamYang hijau ditaburi kelapa parut tu memang klepon atau dalam bahasa kami disebut kuih buah melaka.