Bermalam di Ipoh : To' Teh Homestay
10:45 PGBismillahirrahmanirrahim.
Tepat pukul 7 petang / malam kami sampai di depan To' Teh Homestay yang terletak di No 103, Lebuh Semangat 2, Taman Indah Jaya, Ipoh Perak, Ipoh, 31350, Malaysia. Booking.com memberikan nilai 9.1 untuk homestay ini berdasarkan keutamaan kemudahan, saiz, lokasi dan perkhidmatan yang disediakan.
Bayaran untuk dua hari satu malam dikenakan sebanyak RM241.41 sen termasuk cukai. Terima kasih Abang Farid kerana sentiasa cuba mencari tempat penginapan yang terbaik untuk kami. Sudah pesan awal-awal sama Abang Farid : Cari homestay jenis rumah teres. Senang letak kereta dan nenek tak perlu banyak tenaga nak jalan jauh.Turun kereta terus masuk rumah saja.
Firdaus mesti hendak mencuba sesuatu yang baru baginya sampai mengganggu Encik Suami menekan nombor kotak kunci. |
Pintu pagar sudah terbuka. Selamat datang ke To' Teh Homestay. |
Ada gong di depan pintu! |
Ruang tamu sudah menanti ketibaan kami.
Ruang makan juga kelihatan agak luas, bersambung gerbang pintu ke dapur. |
Jom ke dapur.
Peralatan dapur sudah tersedia lengkap.
Ada biskut dan minuman shacet. |
Sebuah bilik tidur terletak di tingkat bawah.
Ada dua buah tilam disediakan. Boleh tarik sebuah katil di bahagian bawah.
Kemudahan lain yang disediakan termasuklah tuala, almari dan tandas.
Wak Niah yang tak berapa larat naik tangga tidur di sini.
Ada tiga buah bilik di tingkat atas. Di bilik ini Wak Kanang tidur dengan Bonda.
Bilik berikutnya tersedia dua buah katil bujang. Bilik ini dihuni oleh Abang Farid dan Firdaus.
Selain tuala, istimewanya setiap bilik dilengkapi dengan sejadah dan penunjuk arah kiblat.
Ini bilik kami berdua dengan Encik Suami.
Ada almari besar dan juga televisyen.
Radio zaman dolu-dolu! |
Arah kiblat yang tepat. |
Sinki di pintu masuk bilik air. |
Firdaus ambil kesempatan berendam di dalam bathtub ini. |
Selesai bersihkan diri dan solat, tiba-tiba teringat pesanan Kang Salleh : Jangan lupa cari Satay Endut!
Bergegaslah kami turun ke bawah memanggil Abang Farid dan Firdaus yang sedang bermain congkak. Kononnya hendak beli Satay Endut dan bawa pulang makan bersama-sama.
Gigihlah Abang Farid memandu mengikut arahan WAZE mencari Satay Endut. Jalan pula sesak, jadi bertabahlah. Setelah dua kali salah jalan, akhirnya sampailah kami ke tempat tujuan tapi tak ada tempat letak kereta pula sebab sudah penuh. Mencarilah lagi tempat letak kereta dan jauhnya lebih kurang 200 meter dari tempat jualan sate. Tak apalah. Yang penting kereta berada di tempat selamat, dan tidak menyalahi undang-undang jalan raya.
Sampai ke tempat tujuan, rupanya Satay Endut tutup! Pak Google beritahu, Satay Endut dibuka.... aduhai Pak Google!
Warung Satay Endut |
Ada beberapa buah warung yang dibuka, dan menjual pelbagai makanan seperti laksa dan yong tau foo. Kami mendekati Warung Satay Kedah. Semua kerusi meja makan dipenuhi pelanggan.
Penjual sate yang sedang membakar sate bertanya kami: Hendak beli sate? Lama sikit kena tunggu sebab banyak order.
Kami tanya: Berapa lama?
Jawabnya: Lebih kurang 40 minit.
Memandangkan sudah pukul 8:50 malam, kami tidak bercadang untuk menunggu lebih lama dan mengucapkan terima kasih kepada penjual sate tadi.
Sebenarnya perut masih kenyang makan di rumah Kang Salleh di Tronoh. Mencari sate sekadar untuk nak rasa-rasa Satay Endut yang dikatakan sedap oleh Kang Salleh. Sampai di rumah semua sudah tidur keletihan. Kalau rasa lapar bolehlah buat minuman dan makan biskut yang disediakan oleh tuan rumah.
16 comments
Berbaloi sewanya tu kak amie. Eh, ada gong, risau pulak berbunyi malam² 😆. Belum ada rezeki agaknya nak makan sate endut tu, telan ailio sajelah.
BalasPadamYa, begitulah kalau bawa keluarga kena cari homestay. Syukurlah setakat ini suasananya selesa dan berbaloi sangat dengan harga.
PadamNampaknya kena datang lagi untuk jumpa 'Satay Endut'.
Puas hati sewa dengan keadaan rumah begitu... Selesa betul...
BalasPadamSangat puas hati.
PadamAlhamdulillah dapat homestay yang selesa dan sangat berpatutan harganya.
BalasPadamFirdaus lebih tinggi dari peti ais tu 😁
Ohhooo... baru perasan budak ini makin meninggi.
PadamLengkap homestay. Memang luas dan selesanya. Uniknya siap ada gong lagi tu. Ada bathtub juga tu, best kalau ada masa untuk berendam dan merehatkan badan. Untunglah Firdaus dapat berendam dalam bathtub lama-lama.
BalasPadamSyukur Alhamdulillah dapat santai bersama keluarga.
PadamTidur malam pun lena.
40 minit nak kena tunggu lama tu... mujur perut tidak lapar.
BalasPadamMudah-mudahan lain kali ada rezeki datang ke sini boleh makan Satay Endut.
PadamBesar betul rumahnya...janji selesa ye Kak Amie..alaaa satay endut tutup pulak...
BalasPadamSangat selesa SA. Puas hati.
PadamWah...menarik..
BalasPadamRadio tu lejen..Kalau dulu brand Sony la ..
Siap ada congkak...(jangan pandang belakang) hihihi
Unik kan Mama Cella.
PadamAda tarikannya yang tersendiri di homestay ini.
Saya jadi penasaran dengan sate nya kak 😄😄. Pasti sedaaap Krn banyak yg antri beli kan. Semoga nanti kesampaian yaa makan di sana.
BalasPadamBaguus homestay nya 👍. Memang kalo dengan keluarga, prefer macam nih. Bisa ramai2
Hahahaa... pesanan Kang Salleh sudah ditunaikan, tapi belum ada rezekinya.
PadamYa, memang bagus homestaynya. Selesa beristirahat bersama keluarga.