Menjamu Selera di Rot Thai Steamboat & Grill Gombak
10:02 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Bapa mentua Abang Farid sudah tempah tempat makan di Rot Thai Steamboat & Grill Gombak. Abang Farid kata, datang pukul lapan malam. Kami minta sedikit waktu memandangkan perjalanan yang sedikit tergendala sewaktu ke Bukit Fraser. Alhamdulillah sebelum 8:30 malam kami sudah berada di Rot Thai Steamboat & Grill Gombak, tidak jauh dari tempat penginapan kami di Taman Gombak Permai.
Empat Abdul berpakaian sedondon! |
Encik Suami bersama besan, Tuan Haji Nicholas Slyvester. |
Kali ini cuba steamboat ala Thai pula. |
Seperti kebiasaan tempat makan steambot and grill memang banyaklah pilihan makanan di sini.
Ada mangga dan pulut.
Banyak lauk-pauk disediakan, tapi kita hanya tumpukan kepada makanan yang kita hendak makan sahaja ... ahaks!
Apabila ternampak laksam, kita dah tak pandang yang lain!
Ini kerja Fuad dan Fairuz. |
Ini hidangan pertama kita:
Laksam.
Kerabu mangga, tembikai dan manisan.
Sotong dan isi ikan.
Sotong dan isi ikan.
Celur saja dalam kuah sup, angkat dan tuang sos. |
Ini kali kedua kita ambil laksam. |
Kali kedua ambil sotong dan isi ikan. |
Suka sangat makan isi ikan dengan sotong, sampai terlupa hendak rasa yang lain seperti ayam, kambing dan daging lembu. |
Ambil hirisan mangga dengan santan tapi lupa bubuh ais! |
Ambil beberapa jenis dessert. |
Fuad ini, di mana-mana asyik jumpa ais krim Malaysia! |
Kami duduk di bahagian luar, di bawah khemah kuning.
Rasa luas dan lapang serta berangin.
Alhamdulillah.
Aseeyah pun sudah sihat.
Walaupun di awal kedatangan kami tidak dapat ziarahi keluarga Aseeyah, tetapi di penghujungnya sebelum kami balik ke LD, Allah rezekikan kami untuk bertemu mereka.
Abang Farid & Fairuz, dua beradik yang saling menyayangi. |
Terima kasih besan kami berdua belanja kami anak beranak menjamu selera di Rot Thai Steamboat & Grill Gombak. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. |
33 comments
Ramainya menu sesedap
BalasPadamSelamat menjamu selera
Terima kasih Wak.
Padamtgk dessert section tu bestnya. tgk pun berselera.
BalasPadamDessert ala Thai memang sentiasa menyelerakan.
PadamAlhamdulillah dapat juga bertemu dan menjamu selera bersama. Semoga murah rezeki yang belanja. Wahh sedondon semuanya anak beranak. Sedap sangat ikan dan sotong tu sampai lupa yang lain. Hihi..kalau dah sedap of course itu je lah kita ambil.
BalasPadamLama tak makan laksam. Berulang mengambilnya.
Padambukak je sini terus nampak baju sedondon anak beranak... nice gitu... daus lambat lg la nk join the club... hehehe
BalasPadamHaaa..... tak ada saiz baju untuk Daus.
PadamMacam-macam ada, ni kalau penggemar buffet steamboat pasti suka.
BalasPadamTampan sedondon anak2 lanang dengan babahnya.. Firdaus je tak pakai sama.
Kesian Daus, tak dapat sedondon. Tak ada saiz budak.
PadamSedondon anak² & ayahnya 👍
BalasPadamMacam familiar nama besan Kak Amie ni ☺️
Pernah makan disini, memang meriah makanan dan pelanggan :D
Ya PH. Kalau perasan mungkin PH kenal juga.
PadamRot Thai ni antara kedai stimbot favourite saya sebab variety. Tak bertanya pulak Firdaus dia takde baju sama dengan abang-abangnya?
BalasPadamFirdaus tak terfikir kot kenapa baju tak sama. Lagi pun memang tak ada saiz yang sesuai untuknya.
Padamala Daus je takde baju sedondon, tak aci lah. Macam-macam pilihan kak, mesti rambang mata tu
BalasPadamHahahaa... kesian dia kan, tak ada saiz.
PadamMeriah sungguh pilihan makanannya. Kena tuju mana yang kita suka dulu, nanti perut dah penuh tak sempat merasa pulak 😄
BalasPadamSedondon anak beranak 👍
Betul Ujie.
PadamSaya dah lama tak jumpa laksam. Sedap pula tu. Ambil semangkuk kecil, bolehlah tambah lagi.
Macam best je steamboat dan grill kat sini..banyak itemnya...mesti puas hati makan ni
BalasPadamMemang best SA. Dari perut kita sajalah, boleh tampung banyak mana.
Padamwahh.. banyaknya pilihan. Rambang mata dan tekak ni..
BalasPadamMemang matanya rambang, tapi tekak kembang kuncup juga nak terima banyak mana yang termampu hihihiii.
PadamTernyata sudah ada anak kak Amie yg menikah yaa... ☺️. Terlihat bagus restorannya. Dan lagi menu pun aneka macam. Thai culinary memang paling pas untuk kumpul ramai. Krn rasanya biasa sesuai dengan lidah dan selera asia ❤️
BalasPadamYa, Fanny. Anak sulung kami sudah menikah 2021.
PadamThai culinary memang sentiasa memenuhi citarasa. Menunya cukup rasa masin, masam, manis dan pedas.
Alhamdulillah seronok bila tgk ahli keluarga yg rapat syg menyayangi :D
BalasPadamsemoga kekal ceria dan semakin kuat ukhwah :D
Amin ya Allah.
PadamApabila anak-anak sudah tamat belajar dan bekerja, tidak selalu dapat berjumpa. Sesekali berkumpul dan bercuti bersama, syukur Alhamdulillah.
Sini pun pernah lalu je tak pernah singgah lagi... banyak pilihan...
BalasPadamSinggah sini Nanie. Best!
PadamAlhamdulillah...baru sempat BW...
BalasPadamDah nampak Kak.Aseeyah dan ayahnya..
Rupanya Kak Aseeyah ni mix yer..patut la cantik dan ayu ...Semoga ukhwah berkekalan hingga ke syurga🤲🤲
Ya, mix. Cina & Dusun sebelah ayahnya, Cina Yunan sebelah ibunya.
Padamkak amie, itu laksa bukan laksam. laksam yang lebar macam kuetiau tapi tebal sikit dari keutia. tapi laksa kelantan dan laksam kuah dia sama...heheh
BalasPadamOoo ye, baru perasan itu laksa ye sebab teruja tengok kuahnya sama macam kuah laksam.
Padamwahhhh sedondon sedondeng gituuu
BalasPadamsy suka kalau ada banyak pilihan mcm ni
boleh jadi rambang dibuatnyaaa
ahahaha