Makan Tengah Hari di Sushi King Tropicana Garden Kota Damansara
6:28 PTGBisillahirrahmanirrahim.
Setelah memborong buku resipi di Big Bad Wolf, kami mencari tempat makan di Tropicana Mall dan akhirnya singgah di Sushi King Tropicana Garden.
Firdaus tidak sabar-sabar untuk masuk ke restoran. |
Firdaus memilih set kanak-kanak tapi katanya tak kenyang! Dia menyelesaikan masalahnya sendiri dengan mencapai beberapa piring sushi yang berlegar-legar di tepinya.
Chuka Lidako Tsumami |
Firdaus ambil 10 piring sushi! Kalau tak kenyang lagi, tak tahulah! |
Encik Suami : Salmon Makunouchi |
Amie : Unagi Makunouchi |
Abang Farid : Grand Mixed Bento |
Tiga Bento : Tiga Citarasa |
Green Tea Panas |
Resit hilang entah ke mana. Tak ingat berapa jumlah harga keseluruhannya.
Setelah kenyang menjamu selera, tepat pukul 2:15 petang kami menuju ke Royale Chulan Damansara untuk daftar masuk hotel.
16 comments
Baru bertandang blog Kakmim pun makan sushi..mai sini pin sushi...hihihi
BalasPadamSama-sama peminat sushi rupanya.
Padamtuuu dia bertingkek tingkek pinggan diaaaa ;-)
BalasPadamBegitulah ceritanya kalau ke Sushi King. Tak sah kalau pinggan tak bertingkek-tingkek kan Anies.
Padammmg tak kenyang set kanak kanak tu, nampak sikit sgt.
BalasPadamBetul Syu. Seco'et aje kan.
PadamSampai 10 piring ya Firdaus makan, pasti dia menikmati sungguh sushi tu.
BalasPadamYe 10 piring, tapi ada juga kami yang tolong kosongkan piringnya hihihii.
PadamMemang tak kenyang tengok hidangan tu. Tudiaaa bertingkat-tingkat piringnya. Berselera Firdaus makan.
BalasPadamKan Fizah. Nak harap yang dalam piring tu saja memang tak cukup. Nak kenyang kena order menu lain.
Padamkalau kami wajib order grand mixed bento dgn nasik apa ntah 1 lg tu... kalau mkn sushi je mmg x kenyang bebudak ni
BalasPadamBetul Mira. Kami pun order bento etc, tidak setakat sushi jew.
Padamseronoknya firdaus...bukan main lagi dia erk..tertunai la impian dia nak makan sushi
BalasPadamLayan jew budak satu ni SA... asalkan kenyang dan happy.
PadamSushi model piring2 lewat macam tu, memang suka bikin kalap 🤣. Tak terasa dah ambil banyak piring 😅. Saya pun suka sushi kak. Biasanya kalo ada yg pakai piring di conveyor, lihat dulu warna piring. Yg paling mahal, jangan ambil banyak sangat 🤣
BalasPadamHahahaa... ada piring kayangan, ada piring marhaen kan Fanny.
PadamTapi, sushi memang sedap kok.