Menjamu Selera di Pagaq Puteh Sungai Petani
11:31 PGBismillahirrahmanirrahim.
Rakan Encik Suami mencadangkan beberapa tempat makan untuk kami kunjungi. Memandangkan masa yang sangat singkat, tak dapatlah kami ke tempat tersebut pada keesokan harinya kerana kami ada destinasi lain. Fuad pula, sudah beberapa kali datang ke Sungai Petani dan katanya makan di Pagaq Puteh tentu memenuhi selera kami. Jadi, pada malam 25 Disember 2023 itu kami menjamu selera dengan menu ala Thai di tempat tersebut.
Menjamu Selera di Pagaq Puteh Sungai Petani |
Tak berapa pandai ambil gambar waktu malam. |
Kalau tak silap Pagaq Puteh dibuka pada pukul 4:30 petang. Kami sampai di sini kira-kira pukul 8:40 malam. Agak terlewatlah untuk makan malam bagi kami kerana biasanya kami makan sebelum maghrib. Kami beratur untuk menempah makanan di kaunter.
Sempat tangkap gambar sewaktu berbaris untuk memesan makanan di tepi kaunter.
Menarik pula tulisan di dinding kaunter ini.
Perhatian:
Sekiranya makanan minuman anda tidak dapat dalam masa 40 minit - 1 jam, tolong maklumkan di kaunter. Jangan menunggu terlalu lama di meja anda!
Jika makanan yang disediakan kurang memuaskan tolong maklum supaya pihak kami dapat perbaiki.
Harap maklum.
Firdaus jadi model cilik di Pagaq Puteh.
Memang banyaklah latar tempat menarik untuk bergambar. Mungkin kalau datang waktu petang, cantiklah gambar-gambar yang diambil!
Banyak tempat duduk disediakan dan kebanyakannya dipenuhi para pelanggan.
Fuad memilih makanan berhidang Set C - RM200.00 yang mengandungi:
- Nasi Putih
- Siakap Kengsom
- Siakap Kerabu Mangga
- Kailan Ikan Masin
- Tomyam Thaley (Seafood)
- Udang Celup Tepung
- Ayam Goreng Kunyit
- Sup Tulang
- Telur dadar
- Sunquick Jug
Amie kata Set C untuk 10 orang, sedangkan kita hanya enam orang. Fuad kata biarlah untuk 10 orang. Kalau tak habis boleh bungkus bawa balik! Rupanya dia hendak meratah banyak lauk.
Kami tidak menunggu lama untuk menikmati hidangan yang dipesan. Tidak sampai 30 minit Set C lengkap di atas meja.
Ikan Siakap Kerabu Mangga |
Udang Celup Tepung (2) - saiz udangnya besar! |
Sup Tulang (2). |
Siakap Kengsom pun sangat sedap! |
Dengan lauk-pauk yang begini banyak, eloklah ratah sahaja dan kurangkan nasi. |
Ayam Goreng Kunyit (2). Ada Sayur Kailan Ikan Masin (2) dan Telur Dadar (2). |
Bismillahirrahmanirrahim. |
Ayam Pandan (Bungkus) |
Miang Pla Ikan Siakap Bakar Garam (Bungkus) |
Fuad tanya, puas hati tak Mommy makan di sini? Aduhai Fuad... mau pecah perut dibuatnya, sampai tak larat nak makan! Alhamdulillah. Memang sangat berpuas hati makan di sini kerana:
- Makanan semua sedap.
- Perkhidmatan cepat dan pantas.
- Mesra pelanggan.
- Kuantiti makanan yang banyak / sangat berpatutan.
- Harga mampu bayar.
Semoga Pagaq Puteh terus beroperasi penuh dedikasi dan dikunjungi ramai pelanggan.
Dua hari kemudian, ketika kami memenuhi jemputan makan malam dari besan kami (mentua Abang Farid) di Gombak, beliau bertanya di manakah tempat makanan yang special di Sungai Petani. Walaupun baru kali pertama makan di Pagaq Puteh, kami dengan yakin mencadangkan supaya mereka datang makan di sni.
Kami berharap suatu hari nanti direzekikan jalan-jalan ke Kedah, hendak singgah di sini lagi. Banyak menu yang ingin kami cicipi di sini.
14 comments
pandai abg fuad pilih tempat makan tengok gambar pun dah nampak sedap
BalasPadambaguslah dah siap set macam ni. takdelah terkujat masa nak bayar
BalasPadamKami org Kedah pun x besa pi lagi Pagaq Putih ni...nanti balik kg boleh try...
BalasPadamKalau tahu Kak Amie ada di Kedah time tu boleh ajak mai Jitra, kami ada di kg :)
Sama la kita ...hihihi
PadamTempat makan yg unik dan makanan yg sedap2 dgn harga berpatutan. Harap satu hari nanti ada rezeki ke sini :)
BalasPadamWahhhh.. nanti balik kampung bolehlah sy singgah. Ni asyik² makan Bihun Sup Jam Besar je kalau balik sana, hihi.
BalasPadamBagus notis diberikan. Sejuk hati tiada termangu tunggu lama.
BalasPadamLauk banyak dan persembahan menarik.
Wow ... Porsinya gemuk. Cukup untuk makan 4 keluarga .hehe ...
BalasPadamIsh....menarik dan semua nampak sedap..Kalau tau...saya boleh cukupkan koata set C tu...hihihi
BalasPadamTeruja baca entry ni...saya orang sungai petani kak, pernah p sekali pagaq putih tu.
BalasPadamluas kawasan dia... eh, 1st time Linda nmpak menu ikan siakap Kerabu mangga...senang beli yang nie dah jimat, ikan dapat, kerabu mangga pun dapat...
BalasPadamNampak luas kawasan restoren tu.
BalasPadamSenang bila ambil menu dalam set sebab kita dah tau harga siap2.
kalau gi SP jarang mkn kat tempat2 mcm ni. Selalu gerai tepi jalan je
BalasPadamNanti dtg lagi bolehlah singgah sini…
Harap jgn hujan je laa…
Wah menarik ni..boleh la SA singgah sini kalau ke Kedah nanti..harga set makanan dia pun murah...
BalasPadam