Singgah di R&R Genting Sempah : Makan Durian Hutan
2:53 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sewaktu singgah di R&R Genting Sempah untuk isi minyak dalam perjalanan dari Kota Damansara ke Bukit Tinggi tempoh hari, mata terpandang kain rentang Jom Makan Durian bersebelahan dengan McDonald Drive-Thru. Rupanya masih ada durian lagi! Dalam hati berazam untuk singgah sewaktu perjalanan pulang. Bak kata Mama Cella, untuk mendapatkan sesuatu kena zikirlah selalu... ahaks!
Durian Hutan |
Jom Makan Durian |
Kain rentang warna kuning 'Jom Makan Durian' di hadapan Bazar Durian bersebelahan dengan McDonald Drive-Thru. |
Jadinya, dalam perjalanan balik dari Bukit Tinggi kami singgahlah di R&R Genting Sempah.
Pemandangan di sebelah jalan R&R Genting Sempah - Gerai Mak Limah.
R&R Genting Sempah bertingkat-tingkat rupanya.
Untuk sampai ke Bazar Durian kena daki tangga ke tingkat paling atas.
Ada beberapa jenis durian yang ditawarkan di sini. Namun mata kita tertarik dengan Durian Hutan! Penjual durian kata durian hutan baunya lebih kuat dan bijinya besar. Amie tidak kisah. Yang penting hendak merasa durian hutan yang tak pernah dijumpai sebelum ini. Harganya RM12.00 sekilogram. Durian hutan tidak sama dengan durian kampung.
Sebiji durian hutan yang telah dibuka. |
Semuanya bukan peminat durian. Jadi Amie seoranglah yang habiskan durian hutan ini. Dapat sebotol air mineral percuma. Habis makan durian hutan, Amie beli dua biji untuk dibawa pulang.
Setelah menuruni anak tangga untuk ke bahagian bawah, terpandang pula gerai minuman. Ada laici kanglah! Jom singgah sini basahkan tekak dulu.
Abang Farid minum jus epal. Tak ingat Encik Suami dan Firdaus minum apa. |
Kami teruskan perjalanan. |
Video kebakaran.
Lebih kurang pukul 12.00 tengah hari, ketika kereta melalui Jalan Ipoh, dari kejauhan kami terpandang asap hitam tebal menjulang ke langit di sebelah kiri. Sempat ambil video dan melihat api merah di bawah asap hitam. Entah apa yang sedang terbakar.
Tiga Kilang Cat di Batu Caves Terbakar
Tidak lama kemudian, kami dengar berita bahawa berlaku tiga kebakaran kilang cat di Kawasan Peusahaan Batu Caves. Beritanya di sini: 3 Kilang Cat di Batu Caves Terbakar.
22 comments
Oo ada durian rupa2nya kat situ.
BalasPadamSelalu singgah sekadar cari surau, pastu berpusu2 org, rasa rimas nak jln2 atas tu.
Kebetulan waktu kami sampai orang tak berapa ramai. Sempat naik tingkat-tingkat atas tu.
PadamBaru tahu ada durian hutan jugak. Rugi kalau tak merasa kan kak Amie. Hihi..alang-alang tu cuba lah buat rasa-rasa. Tak pernah singgah R&R sini. Kira besar kawasannya sampai 2 tingkat.
BalasPadamRasanya tiga tingkat tu Fizah.
PadamSaya pun first time jumpa durian hutan. Memang rugi kalau tak mencuba. Selalunya makan durian kampung saja.
durian hutan rasa asli mesti sedap tu
BalasPadamBetul Kak PI. Aromanya lebih tajam dan rasa manis.
PadamKalau nak lagi feel, makan kat dalam hutan ket belakang tu.... hehe
BalasPadamBetul Uncle. Barulah betul-betul rasa 'hutan'nya kan Uncle.
PadamBaguslah suami akk bagi bawa durian masuk kereta :D
BalasPadamTak pernah rasa tapi pernah jumpa durian hutan ni cuma x ingat di mana...
Sedap aromanya PH. Tak peningkan kepala sepanjang perjalanan balik kampung.
Padamteringinnya SA makan durian...tapi x sampai hati nak makan sekiranya Mak Pah pun x makan...
BalasPadamKenalah makan di luar atau jauh dari Mak Pah kan SA.
PadamAduhai....buah yang paling ramai peminat ni...Alhamdulillah tahun ni Allah panjangkan musim buah
BalasPadamItulah. Hairan juga macam tak habis-habis, ada sepanjang tahun!
PadamMusim durian tahun lepas macam tak habis² melarat sampai tahun ni, kak amie.
BalasPadamBetul SK. Banyak juga saya nampak longgokan durian sewaktu bercuti dua minggu di Malaya tempoh hari.
PadamCantik kuning durian hutan tu.
BalasPadamWarna asli durian hutan. Tidak dikacuk dan dikahwinkan.
Padamyang lain tak minat durian ye kak, untungla akak. Itu antara R&R yang mahal tu kak selalu kalau dana balik terengganu jarang singgah situ, tp buah berangan situ sedap murah pun iya
BalasPadamOooo mahal rupanya R&R di sini ye Dana.
PadamBaru tahu, sebab jarang balik Malaya dan lintas R&R.
Ada bagusnya kalo dalam keluarga tak banyak yg suka durian, jadi bisa kita habiskan sendiri 🤣🤣. Di keluarga saya, sayangnya semua sukaaa 😂. Jadi kami pasti rebutan kalo dah liat durian 🤭
BalasPadamPunyalah sedap durian, tapi tetap juga ada yang tak suka makan hehehee.
Padam