Sarapan di Kafe Dapur Amiey - Masakan Tradisi Orang Lama
10:35 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Agaknya orang yang paling gembira di pagi hari Ahad 24 Disember 2024 sudah tentunya Abang Farid. Abang Farid dapat berita Aseeyah sudah negatif covid. Jadi, bolehlah Abang Farid balik ke Gombak pada hari tersebut. Sebelum kami hantar Abang Farid ke rumah mentuanya, kami singgah sarapan di Kafe Dapur Amiey yang terletak berhampiran dengah rumah keluarga Aseeyah. Agaknya apalah menu masakan tradisi orang lama yang ada di sini.
Alamat Kafe Dapur Amiey:
No 16 Jalan 10
Taman Batu Gombak
Batu Caves, Selangor.
Taman Batu Gombak
Batu Caves, Selangor.
Buka : Selasa - Ahad (Isnin cuti)
Kafe Dapur Amiey - Masakan Tradisi Orang Lama |
Fairuz memandu dari kampung ke Gombak. |
Suasana di dalam Kafe Dapur Amiey. Tenang dan bersih.
Wajah-wajah kesayangan hamba!
Bismillahirrahmanirrahim. |
Encik Suami : Mi Kari |
Nampak sedap betul Mi Kari ini. |
Makan bersama : ubi rebus cecah kelapa parut gula merah & sambal tumis. |
Telur Goyang |
Abang Farid, Fuad dan Firdaus memilih telur goyang.
Lempeng Kahwin |
Lempeng Kahwin - Lempeng Pisang & Lempeng Kosong + Sambal Tumis |
Nasi Lemak |
Fuad tak senang nampak Fairuz makan nasi lemak! |
Macam terliur pulak dia tengok Fairuz makan nasi lemak. |
Agaknya Fuad hendak merasa nasi lemak Fariz. Jadi Fairuz suaplah ke mulutnya. |
Setelah menurunkan Abang Farid di rumah mentuanya, Fuad pula mengambil alih tugas memandu. Hendak ke mana selepas ini? Ke mana lagi kalau bukan meneruskan perjalanan ke Paguh, Muar untuk ziarah keluarga tunang Fuad di sana.
23 comments
Unikla lukisan kartun tu! Pandai lukis.. hehhe
BalasPadamHahahaa... lakaran dari hatinya.
Padammenarik betul menunya. nampak menyelerakan.
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamPaling best ada ubi rebus dan lempeng pisang.
Nama kedainya hampir sama dgn nama Kak Amie tu 😁
BalasPadamTapi, kenapa sy tak tahu kewujudan kafe ni? Kena cari ni...
Mesranya 2 beradik tu, makan bersiap hehe...
Hehehee... hampir sama nama kafenya ye.
PadamCuba cari PH, ada tu. Cuma mungkin PH tak perasan.
Bijaklah Firdaus lukis gambar tu, muka abang Fuad siap ada garis tepi ikut frame.
BalasPadamSaya pun tak terfikir Firdaus boleh lukis gambar abang-abangnya.
Padamcantik karikatur Daus lukis, ada bakat ni.... menarik la kedainya dana tak pernah sampai lagi ni, boleh usha jugak ni kak. Menu pun pelbagai
BalasPadamFirdaus memang suka melukis, tapi bab mewarna kurang sikit.
PadamYa, bolehlah jalan-jalan cari makan di kafe ini Dana.
bagi saya ubi rebus yang paling sedap kak!
BalasPadamsebab jarang jumpa hehehe
Teringat zaman anak-anak dulu, Bonda kita buat getuk ubi tambah kelapa parut dengan gula merah.
PadamPandainya Daus lukis. Sama betul mimik muka tu ditirunya. Sebak pun ia jugak tengok Fairuz suap Fuad. Eh, tak sabar pulak nak baca kisah Kak Amie ke Muo.
BalasPadamLakaran dari jiwanya tu SK.
PadamIn syaa Allah, mudah-mudahan ada cerita yang baik dari Muo. Doakan yang baik-baik ye SK.
dah cukup korum semua dah ada depan mata..bahagianya mummy&babah kan...
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamMemang manfaatkan setiap detik ketika bersama walau di mana berada.
Ingatkan kak Amie bukak kedai makan tadi. Dalam banyak-banyak tu paling terliur tengok lempeng. Tahniah Fuad dah bertunang
BalasPadamHihiihii... nama kafe hampir sama dengan nama Kak Amie ye Sal.
PadamSedap lempeng kahwin tu.
Terima kasih Sal, doakan yang baik-baik untuk Fuad ye.
Dekat rumah Naniey ni Kak Amiey. Selalu makan sini. Masakan abang Amiey memang sedap. Ada jual paste jugak..
BalasPadamPernah terbaca entri tentang kafe ini. Tak ingat blogger mana. Itu yang terus teringat nak datang sebab ingat namanya Kafe Dapur Amiey... macam nama sendiri.
PadamMata salfok pada Fuad...Lama tak nampak kelibat Fuad....
BalasPadamFuad makin bulat kan Mama Cella.
PadamSA perasan Fuad makin berisi ye kak amie...wah pandainya firdaus melukis...
BalasPadam