Sarapan Di Royale Coffee House
12:05 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Rancangan untuk menaiki MRT dan Go KL Bus terpaksa dibatalkan memandangkan cuaca mendung dan seperti hendak hujan. Lagi pula, berita tentang wabak Covid-19 semakin mencanak naik menambahkan rasa gelisah. Baiklah tinggalkan kawasan yang sesak dan beralih ke tempat yang kurang tumpuan orang ramai.
Pagi Selasa, 19 Disember 2023 kami alas perut terlebih dahulu di Royale Coffee House sebelum daftar keluar hotel.
Royale Coffee House |
Kami datang agak awal, jadi ketika ini belum ramai penghuni hotel yang bersarapan. Dapatlah tangkap gambar di sini.
Seterusnya ambil beberapa jenis makanan tetapi dalam jumlah yang sedikit. Kalau ambil banyak, dan makan banyak nanti perut terus penuh dan tak dapat merasa makanan lain yang berjenis-jenis itu.
Pilihan sarapan Encik Suami. |
Kita mesti hendak rasa bubur nasi dengan lauknya. |
Ommelet. |
Telur mata kerbau pecah sebelah! |
Tidak ketinggalan nasi lemak walaupun ikan bilis agak keras. |
Mi rebus, kuah yang cukup rasa! |
Cuci perut dengan segelas oren. |
Terpikat dengan Hidangan 7 Dulang. Ambil gambar buat kenangan.
30 comments
tebal omeletnya tu...
BalasPadamPuas makan.
Padammi rebus tu kak waduhhhh
BalasPadammana nak cari ptg2 niiiiiii
Kuahnya sedap.
PadamHappy new year Ammi. mcm2 ada tu. kalau breakfast hotel, sure suka order omelet dia kan. mcm sedap sgt kan.
BalasPadamHappy news years juga.
PadamOmelet tu memang sedap.
kesian pulak telur mata pecah tu
BalasPadamHahaaaa... Buta sebelah matanya ye Uncle.
PadamTelur mata kerbau pecah sebelah terus cacat rupanya.
BalasPadamKalau hotel mestilah sedap makanannya kan?
Alhamdulillah. Sedap semuanya.
PadamMee rebus tu nampak menyelerakan.
BalasPadamHa'ah ada juga member2 yg tgh demam on off.. tak tahu lah Covid atau bukan. Moga Allah lindungi kita semua.
Menantu saya kena covid masa ni.
PadamOmelet tu nampak gebu betul. Larat ke habis semua tu Kak Amie?
BalasPadamTentulah tak habis makan seorang. Kami kongsi merasa sikit-sikit.
PadamBestnya sesekali makan buffet macam ni.
BalasPadamYa betul tu Cuya.
Padambetul tu kak amie, kena ambil sikit2. nanti cepat kenyang, tak boleh try makanan lain dah..
BalasPadamLagi satu Syu, Kak Amie suka elak makanan berkarbohidrat sebab cepat kenyang hihihii.
PadamSeronok kalau turun breakfast tak ramai pengunjung lagi.
BalasPadamBoleh bayangkan kalau ikan bilis nasi lemak yang keras tu.. boleh potong huhu
Itulah... selalu jumpa ikan bilis begini di hotel.
PadamBest kalau turun awal dapat bersenang lenang nak ambil makanan. Makanan pun masih banyak pilihan. Betul, ambil sikit² dapat merasa berjenis² gitu.
BalasPadamSamalah kalau makan steamboat kan Fizah. Makanan banyak jenis, makan sikit-skit untuk rasa pelbagai.
PadamMeriah buffetnya kak... sedap semua pilihan lauk buffet tu
BalasPadamBetul Mira. Banyak pilihan.
Padambestnya bila makan kat hotel ni mmg kene ambil sikit2 supaya dapat merasa semua jenis kan kak heheheh.... suka tgk buah limau yg dh siap di kupas elok kulit putihnya tu
BalasPadamKan Dana.
PadamTu pasal banyak disediakan pinggan mangkuk hehehe.
Dah komen tapi hilang ..
BalasPadamCantik telur mata tu
Tak jumpa komennya hehehe.
PadamTelur mata pecah sebelah ye Mama Cella.
tgok omelette tu terus rasa nak stay hotel plak...hahaha..terbaca menu ada kesom boi...macam mana la rasanya air tu kan...
BalasPadamBetul kak. Kalo makan breakfast buffet begini, saya juga sedikit2. Biar bisa coba yg lainnya. Tapi yg pertama sekali harus salad dan buah 😄
BalasPadam