Makan Tengah Hari di R&R Jejantas Ayer Keroh Melaka
1:03 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Jumaat, 29 Disember 2023. Fuad ajak kami singgah makan tengah hari di R&R Jejantas Ayer Keroh Melaka. Agaknya selera Fuad sudah menyatu dengan hidangan nasi kandar! Jadi, dibawanya kami makan nasi kandar di Mr. Noodles & Rlash Nasi Kandar. Kita sebenarnya tidak biasa dengan harga nasi kandar baik di Penang atau pun di tempat lain. Maklumlah di LD memang tidak pernah jumpa restoran yang jual nasi kandar.
Makan tengah hari di R&R Jejantas Ayer Keroh Melaka. |
Amie : Sambal Telur Sotong, Bendi & Telur Masin |
Abang Farid : Ayam Madu |
Fuad : Ayam Goreng Bawang, Sayur Goreng & Telur Masin |
Fairuz : Kari Kambing, Ayam Goreng Bawang, Sayur Goreng & Telur Masin |
- Nasi Putih 1/2 = RM1.10
- Nasi Putih X 3 - RM2.20 X 3 = RM 6.60
- Ayam Goreng Bawang X 2 - RM7 X 2 = RM14.00
- Ayam Madu 1 = RM7.00
- Kari Kambing 1 = RM12.00
- Sayur Goreng X2 - RM2.00 X 2 =RM4.00
- Telur Masin X 3 - RM1.50 X 3 = RM4.50
- Sambal Telur Sotong 1 = RM7.00
- Bendi 2 X RM0.50 = RM1.00
- Teh O Sejuk 1 = RM2.20
Jumlah Keseluruhan : RM59.40 sen.
Jadinya tahulah sekarang kuah-kuah yang pelbagai yang membanjiri nasi kandar itu tak perlu bayar. Betul ke?
Bismillah. |
Encik Suami dan Firdaus pula tidak mahu makan nasi kandar. Ada nasi campur di Restoran Gulai Wangi. Di sinilah kami membeli makanan untuk mereka berdua:
- Nasi Putih RM2.20 X = RM4.40
- Telur Itik RM3.00 X 1 =RM3.00
- Ikan Keli RM7 x 3 = RM21.00
- Sayur Goreng 1 = RM2.00
- Telur Mata 1 = RM2.00
- Ayam Goreng 1 = RM6.50
- Teh Ais 1 = RM3.00
- Milo Ais 1 =RM4.00
Jumlah Keseluruhan : RM45.90.
Firdaus - Ayam Goreng & Telur Mata |
Encik Suami - Ikan Keli, Sayur & Telur Itik |
Lauk tambahan : Ikan Keli Balado |
Selepas ini, entah bila dan di mana hendak makan nasi kandar lagi. |
Kari Kambing |
Harga Kari Kambing Fairuz RM12.00. Ya ampun! Banyak sungguh!
Terpaksalah abang-abangnya bantu habiskan si kambing dalam pinggannya.
Terpaksalah abang-abangnya bantu habiskan si kambing dalam pinggannya.
19 comments
saya peminat nasi kandar tapi tak ada geng nak ajak makan..biasa bungkus je makan sorang2 tak syok
BalasPadamKami balik-balik makan nasi kandar atas godaan Fuad hihihiii.
PadamTelan air liur saya baca entri ni. Sedapnya...!!! Ye, ye, kuah campur letak atas nasi tu, tak perlu bayar. Dia kira lauk kita amik je.
BalasPadamBanyak jenis kuahnya kan Nur.
PadamMenu yang super mantap
BalasPadamSedap dan nikmat
kalau saya suka ikan lele
Ikan lele memang sedap, lemak.
PadamNasi kandaq...surrrr 🤩
BalasPadamSuka nasi kandaq ye PH.
PadamAla... tengok time ni pulak.. terus lapar...
BalasPadamJemput Nanie.
PadamTerus kecur air liur tengok nasi kandar dengan kuah melimpah tu Kak Amie 🤤
BalasPadamBanyak kuahnya sampai melimpah, tak tahu mana satu rasa sebab dah bercampur kan.
PadamKuah dia dah kira sekali arung tu. Skrg ni tak payah ke Penang nak makan nasi kandar, tapi di LD belum ada pulak ya. Mungkin cuma di Malaya saja byk kedai nasi kandar ni, Kak Amie.
BalasPadamDi LD memang tak ada. Mungkin di KK ada. Maklumlah orang India di LD boleh dikira dengan jari.
PadamTetiba lapar....🤣
BalasPadamNasi kandaq memang suka goda selera ye Mama Cella.
PadamSuka betul dia dengan nasi kandar ye. Saya bukan peminat nasi kandar sebab kuahnya banjir. Kalau nak makan kena asingkan kuah. Tapi kadang tak sempat cakap, dia dah tuang dulu. huhu...
BalasPadamMemang banyak porsi nasi kari kambing fairuz tu. Jenuh nak menghabiskan.
Kemarin saya liat di feed, nasi kandar di Samarinda Kalimantan sudah dibuka lagi kak Amie, mungkin LBH Deket makan di sana drpd terbang ke Penang 😄😅.
BalasPadamSeingat saya memang kuah banjir tuh tak pernah bayar. Dulu saya ingat tiap beli nasi kandar, saya tak pernah mau bikin kuahnya banjir.
Krn bagi saya rasa lauknya jadi tertutup. Saya cuma minta sedikit saya, dan terkadang tak nak dicampur Ama 2-3 kuah. Satu kuah saja biar rasa tak mix 🤣
Belum bisa enjoy nasi kandar yg kuahnya buanyaaak sangat. Lebih suka yg sedikit.
Kari kambing tu
BalasPadamSaya Nampak macam asam pedas kambing
hehehe