Makan Nasi Ambeng di Warung Ibu Tanjung Karang
5:04 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Wak Kanang cadangkan kami untuk singgah makan Nasi Ambeng di Warung Ibu Tanjung Karang. Ketika kami tiba, jam sudah menghampiri angka 2:15 petang. Kalau tak silap Nasi Ambeng Warung Ibu tutup pukul 3:00 petang. Namun begitu masih terdapat pelanggan yang sedang beratur membeli makanan di situ. Lauk-pauk pun sudah berkurangan dan ayam masak kicap sudah habis. Yang tinggal hanya ayam goreng sahaja.
Wak Kanang cadangkan kami untuk singgah makan Nasi Ambeng di Warung Ibu Tanjung Karang. Ketika kami tiba, jam sudah menghampiri angka 2:15 petang. Kalau tak silap Nasi Ambeng Warung Ibu tutup pukul 3:00 petang. Namun begitu masih terdapat pelanggan yang sedang beratur membeli makanan di situ. Lauk-pauk pun sudah berkurangan dan ayam masak kicap sudah habis. Yang tinggal hanya ayam goreng sahaja.
Jadi, semuanya memilih nasi ambeng. Nasi dan lauk seperti serondeng kelapa dan sambal goreng jawa disendukkan oleh pelayan di situ. Lauk-pauk lain seperti kerabu sayuran, sambal belacan boleh ambil sendiri. Amie ambil sambal tahun belulang ke dalam mangkuk.
Nasi Ambeng |
Nasi Ambeng Warung Ibu terletak di Lot 216, Batu 6, Tanjung Karang Selangor. |
Lauk-pauk nasi ambeng ini agak banyak sehingga menutupi nasi! Abang Farid kongsi makan dengan Firdaus. Kami hanya meminta enam pinggan sahaja. Encik Suami pun termengah-mengah untuk menghabiskan sepinggan nasi ambeng tersebut! Banyak baki lauk seperti mi goreng, sambal goreng jawa dan ayam goreng. Wak Kanang minta bungkus sahaja baki nasi ambeng itu.
Nasi Ambeng Warung Ibu |
Sambal Tahun Belulang - RM15.00 |
Tidak dinafikan, Nasi Ambeng Warung Ibu memang sedap. Cuma lain kali kalau datang makan di sini lagi, eloklah makan sepinggan kongsi berdua.... ahaks! |
Jumlah keseluruhan 6 pinggan nasi ambeng termasuk sambal tahun belulang dan air minuman : RM98.00
22 comments
Dah lama tak makan nasi ambeng, sedapnyaaa... 🤤
BalasPadamSedap aroma serondeng kelapanya tu.
PadamSedapnyer nasi ambeng
BalasPadamSedap Wak.
PadamNak menghabiskan sepinggan tu memang terkulat-kulat jadinya hihihii.
terliurnya nengok nasi ambeng tu kak oi, lauknya penuh puas hati makan tu, sambal tahun kulit sedapnya.... payah nak jumpa kat kl ni kak. Kalau ke belah selangor sana memang banyak menu jawa
BalasPadamItulah Dana... teruja tengok sambal tahun.
PadamTak sesuai tu makan nasi ambeng dengan lauk berkuah.
Akhirnya ratah saja sambal tahun tu.
Melimpah lauk nasi ambeng macam dalam dulang kenduri.
BalasPadamFirst time makan nasi ambeng di sini. Tak tahu pula begitu banyak isinya sampai melimpah ruah!
PadamLengkap lauk pauk nasi ambeng...kelihatan lezat dan bergizi...lauknya nikmat
BalasPadamBetul Mbul.
PadamTradisi masakan Jawa masih dikekalkan di negeri kami.
Alhamdulillah..ada juga rezeki menjamu nasi ambeng. Haa yelah kak Amie, besar porsinya tu. Accesories pun meriah. Makan kongsi berdua pun kenyang ni.
BalasPadamMemang konsep nasi ambeng makan beramai-ramai kan Fizah.
PadamItu dalam dulang.
Tapi rupanya dalam pinggan pun dibubuh banyak!
Biasa nasi ambeng memang kena makan kongsi 😁
BalasPadamYa, sepatutnya begitulah ikut tradisi kita kan Faizah.
Padampatut laa nampak mcm lain...rupanya tak ada ayam masak kicap...
BalasPadamKami datang waktu hampir tutup warung.
PadamNampak kuah kicap saja dalam dulang lauk.
Masya Allah....nasi.ambeng sambal tahun....ngences
BalasPadamPatutnya saya makan saja sambal tahun tu kan Mama Cella.
PadamTapi hati tamak nak makan juga nasi ambeng.
SA pernah makan beberapa kali cuma x pandai makan campur..apa SA buat, SA makan dulu mee goreng lepas tu yang lain- lain tu la...
BalasPadamBiasanya orang kampung kami tak buat mi goreng tapi bihun goreng, lebih halus kalau digaul dengan nasi. Lain daerah lain lauk-pauknya kan SA. Memang ada sedikit beza.
PadamFavorit saya juga nasi ambeng ini 👍. Kalo ke solo atau Tegal atau daerah Jawa Tengah, banyak sangat dijual. Tapi rasa berbeda2 tergantung yg masak 😄. Cuma kalo di sini porsinya pas untuk 1 orang kak. Tak terlalu banyak.
BalasPadamSebut Solo, teringin saya hendak ke sana.
PadamMudah-mudahan ada rezeki untuk terus berkunjung ke Pulau Jawa, menelusuri budaya nenek moyang yang entah asal dari mana.