Kathmandu - Pokhara : Mengintai Kehidupan di Balik Tabir Bas

9:34 PTG

Setiap kali bangun pagi, menjengah keluar melalui jendela rumah atau menyelak pintu, sudah tentunya akan terasa dinginnya angin pagi menerpa ke wajah. Segar dan nyaman. Dan kemudian disusuli dengan kemunculan sinaran cahaya matahari pagi yang akan menghangatkan alam, dan bertambahlah selesanya! Apatah lagi dengan suasana kehijauan pohon-pohon nan rendang di sekeliling kediaman atau di sepanjang jalan menuju ke tempat kerja!
Syukur seribu syukur kepadamu ya Allah!
Malaysiaku terlihat sangat indah ketika aku berada jauh darinya!
Malaysiaku terasa sangat nyaman tatkala aku berasa sesak nafas memakai topeng penutup mulut dan hidung menahan habuk dan debu yang menyelimuti sekitar!
Encik Suami bertanya: Tentu seronok sepanjang percutian di Nepal.
Terdiam seketika, menyusun ayat memberi jawapan yang ikhlas:
Kembara kami bukan kembara untuk mencari keseronokan, tapi kami belajar mengenali erti kehidupan, belajar mensyukuri segala nikmat yang Allah beri dan mengambil iktibar setiap apa yang dilihat dan dialami.

Bersama berpuluh penumpang lain yang terdiri daripada pelancong dari pelbagai negara, bas mula bergerak meninggalkan Kathmandu yang tetap juga kelihatan berdebu. Sukar untuk melihat matahari bersinar terang di sini. Suasana sekitar kelihatan berkabut, dan sebab itu terasa sejuk tetapi pada masa yang sama seakan-akan debu yang mengelilingi. Oh! Iklim di sini memang agak rumit untuk diterangkan. Sejuk tapi kering. Kering tapi berhabuk.

Kelihatan penunggang motosikal yang mungkin sedang dalam perjalanan menuju ke tempat kerja memakai penutup muka dan hidung untuk menghalang habuk.

 Pejalan kaki juga melakukan perkara yang sama.

Ketika ini kedai-kedai baharu sahaja mula dibuka, dan sebahagiannya lagi masih tertutup.

Untuk menghalang habuk serta debu, peniaga menggunakan kain langsir atau tabir sebagai penghalang.

Seorang peniaga memulakan harinya dengan penuh semangat. Mudah-mudahan rezekinya pada hari ini dipermudahkan demi untuk menyara kehidupan keluarganya. Cuba perhatikan di bahagian belakangnya. Rumput dan daun sudah tidak kelihatan sebagaimana sepertinya dek ditimbuni oleh habuk dan debu jalanan!

 Ada kalanya terlintas pertanyaan di hati, zaman apakah yang sedang berada di hadapan mata ini?

Negara Nepal mempunyai kalendarnya yang tersendiri. Kalau tahun kita 2019, tahun mereka ialah 2075 yang membawa maksud lebih 56 tahun mendahului zaman negara lain di dunia. Sepanjang perjalanan dari Kathmandu ke Pokhara, kelihatan bumbung-bumbung kedai yang ditindih dengan batu, tayar dan sebagainya untuk menghalang daripada bumbung terbang ditiup angin. Rupanya, bumbung atau atap kedai dan rumah-rumah rakyat marhaen hanya sekadar pasang siap sahaja.

 Negara Nepal tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa dunia!


 Anggota keselamatan yang sedang bertugas juga memakai penutup muka dan hidung.

Longgokan sampah, lebihan kayu dan papan memang merupakan perkara biasa dapat dilihat di tepi jalan. Ada kalanya hati jadi tersayat melihat khemah-khemah kecil bertutup kanvas di tepi jalan yang didiami oleh keluarga yang tidak berkemampuan untuk memiliki rumah.

 Mengambil air dari paip awam serta mencuci pakaian juga merupakan perkara biasa yang dapat dilihat sepanjang jalan.

Sukar untuk memilih perkataan yang sesuai atau tepat untuk menerangkan suasananya, sama ada usang, berdebu, kotor atau apa!

Barangkali pemandangan yang dilihat di sini merupakan kesan kepadatan penduduk atau mungkin kesan corak pentadbirannya.


Bas yang membawa kami mula melalui jalan-jalan berlereng sempit dan berliku-liku dengan gaung yang dalam di sebelah kanan serta longkang di sebelah kiri.

Di hati hanya mampu berdoa semoga selamat sampai ke destinasi, dan sentiasa mengucap dua kalimah syahadah apabila bas melalui jalan bergaung dalam yang tidak mempunyai tembok penghadang, apalagi jika bas berselisih dengan kenderaan besar yang sangat rapat jaraknya ketika berselisihan. Beberapa kali terlihat kereta dan kenderaan lain tersadai di tepi jalan, sama ada rosak atau kemalangan. Perasaan menjadi lega apabila bas melepasi kawasan jurang dan kelihatan pula tembok konkrit di tepi jalan.



Nun di hadapan sana, deretan kenderaan besar dan kecil sedang menunggu giliran masing-masing mendapat ruang atau jalan ke hadapan kerana kenderaan dari arah hadapan juga tidak kurang jumlahnya!

Kadang-kadang disebabkan agak lama menunggu giliran untuk melepasi jalan seterusnya, pemandu bas akan mematikan enjin bas untuk memberi laluan kepada ratusan kenderaan yang datang dari arah hadapan. Bayangkan, apa yang kami boleh lakukan selain melihat atau memejamkan mata sahaja. Perkhidmatan WIFI ada tertulis di dalam bas, tetapi tidak dapat digunakan sepanjang perjalanan dari Kathmandu ke Pokhara. Begitu juga dengan kipas kecil serta air cond. Kesemuanya tidak berfungsi apabila kami cuba gunakan! Tingkap pula tertutup sepanjang masa! 

Ketika enjin bas dimatikan, beberapa orang penumpang lelaki akan mengambil kesempatan turun dari bas untuk qadha' hajat di belakang semak yang berhampiran.


Kereta sakit membunyikan siren meminta laluan, dan tidak pasti sama ada di dalamnya benar-benar ada pesakit atau sebaliknya.


 Lihatlah kenderaan berat dan bersaiz besar dari arah hadapan! Di kiri jalan itu gaung! Aduuusss!

Perjalanan  sejauh 204km dari Kathmandu ke Pokhara dijangka selama 5 hingga 6 jam sekiranya tiada kesesakan lalu lintas. Melalui situasi lalu lintas sebegini, hati tertanya-tanya, mungkinkah kami akan tiba seperti masa yang dijangkakan?
Ohhh!
Sabarlah wahai hati!
Dan setelah melalui jalan sesak, berlopak dan rosak, bas berhenti seketika di hentian rehat yang terletak di Naubise. 

Ketika ini barulah dapat menggeliat, menggerakkan kaki dan tangan serta sedikit senaman untuk melegakan pinggang dan punggung....hiks!
Jom kita turun bas.

Nampaknya terdapat beberapa buah bas yang berhenti di sini pada masa yang sama. Jadi, terpaksalah menunggu giliran untuk menggunakan tandas. Tentang tandas di sini, Amie tak mahu komen apa-apa sebab Amie tak masuk. Syukurlah kalau anda menggunakan topeng penutup mulut dan hidung!
Menunggu giliran untuk masuk ke tandas.


Ada penumpang yang mengambil kesempatan untuk membasahkan tekak dan mengalas perut di sini. Biasanya peniaga akan mengenakan harga berganda untuk pelancong berbanding rakyat tempatan!



Limau yang dijual nampak layu, tapi ini sahajalah pilihan yang ada kalau nak beli. Buah yang dijual pun hanyalah limau, pisang dan anggur sahaja. 

Kebanyakan pelancong hanya membeli sebiji pisang dengan harga 50 NPR (Nepal Rupee) dan makan di sini. 

Anggur ini pula berharga 200NPR sahaja untuk sekilogram, lebih kurang RM7 lebih duit kita. Bagaimanapun ada yang berharga 250NPR sewaktu kami beli di tempat lain. Seorang rakan kembara memberitahu, untuk penduduk tempatan harga yang diberikan hanyalah 60NPR sahaja untuk sekilogram!

Timbangannya pula masih menggunakan timbang sukat lama!

Sebelum naik ke dalam bas semula, kami cuci terlebih dahulu anggur ini menggunakan air di sinki bersebelahan dengan warung makan.

 Tak rugi beli anggur hijau ini sebab tidak berbiji dan rasanya manis!




Oh!
Sesuatu yang tidak disangka telah berlaku sewaktu kami meninggalkan bas sebentar tadi!
Seorang pelancong wanita dari UK telah kehilangan sebuah beg sandang berwarna ungu yang diletakkan di atas kerusinya sewaktu dia bersama suaminya turun ke bawah!
Aduhai!
Rupanya beg rakan kembara kami juga ada yang dibuka dan nampaknya pencuri sempat mengusik beg yang lain!

Kasihan sungguh pasangan suami isteri ini!
Isterinya kehilangan 5,000 Euro bersama dokumen penting seperti passport dan lain-lain! Kami hanya mampu menggeleng kepala! 5,000 Euro itu bersamaan lebih kurang RM22,000 duit kita! Namun yang lebih penting sudah tentulah dokumen pengenalan diri, iaitu passport perjalanan!

Penumpang lain tidak mampu berbuat apa-apa, dan juga tidak mampu berkata apa-apa!
Hanya rasa simpati di atas musibah yang terjadi, serta mengambil iktibar agar lebih berhati-hati!
Perjalanan terhenti seketika di sini, sehinggalah polis datang membuat siasatan dan membantu pasangan tersebut menyelesaikan masalah mereka.


Agak lama juga kami menanti di dalam bas. Kipas tetap juga tidak berpusing, dan air-cond kaku tanpa hawa dingin di atas kepala!

Tidak lama kemudian, bas mula bergerak meninggalkan Naubise, dan  air- cond mula berfungsi. Mengerling jam di skrin HP, jam sudah menunjukkan angka 10:44 pagi! Kami sudah menghabiskan masa selama 3 jam 44 minit, dan belum pun separuh dari jarak perjalanan!


Selepas melepasi Naubise, perjalanan agak lancar walaupun jalan tidak rata.

 Mari kita lihat pemandangan di sebelah kanan tingkap bas.

 Di kawasan perkampungan ini habuk dan debu mula berkurangan.

 Terlihat susunan tanaman sayur-sayuran subur nan menghijau di lembah dan kawasan perbukitan.


Namun air sungainya mengalir lesu!
Bahkan ada sungai yang kering kontang tanpa air yang mengalir!

 Sayur-sayuran, padi dan gandum ditanam berteres-teres.

 Sungai yang hampir kering.

 Namun pemandangan di sini mampu mengusik rasa!

 Semakin jauh ke hadapan, semakin banyak kelihatan takungan air cetek di dalam sungai walaupun masih kelihatan keruh!


 Sempat merakan gambar anak-anak sekolah.


 Dan sedikit demi sedikit terlihat air sungai mengalir jernih!

Ketika melewati jeram, sesekali mata terpandang beberapa kumpulan manusia sedang beraktiviti, arung jeram ( rafting ) dan juga berkayak.


 Banyak terdapat jambatan gantung yang dibina untuk menyeberang sungai.








Hasil pertanian merupakan salah satu sumber ekonomi penduduk di sini. Dari jauh terlihat sawah luas terbentang.

 Selain padi, mereka juga menanam gandum.



Timbunan jerami padi kelihatan hampir di setiap buah rumah. Rupanya, di bawahnya dijadikan tempat berteduh lembu!


 Bas berhenti selama setengah jam di sini. Para penumpang turun untuk makan tengahari.


Veera mengambil kesempatan untuk makan capati panas di sini. Kami tumpang makan roti dan sesuap dua nasi goreng segera, serta kek pisang yang dibawa oleh Akmi dan Leeza. Selebihnya kami makan anggur sebagai alas perut sebelum tiba di Pokhara.

Perjalanan diteruskan.
Mata asyik memandang suasana sawah, lembu dan kerbau serta para petani yang sedang berehat di bawah pokok untuk melepas lelah.


Kata Nano, tompokan hitam di atas tanah dalam gambar di atas ialah baja asli yang diperbuat daripada campuran jerami padi dan tahi lembu untuk menyuburkan kawasan pertanian.




Wokey!
Bas akan sampai ke perhentian tidak lama lagi.
Setelah menurunkan penumpang lain, bas membawa kami ke tempat penginapan di Pokhara.

Kami tiba di hotel pada pukul 4 petang.
Perjalanan yang dijangkakan memakan masa di antara 5 hingga 6 jam berlarutan sehingga ke 9 jam! Dari Kathmandu pada pukul 7 pagi, tiba di Pokhara menjelang 4 petang.
Alhamdulillah.
Kami selamat sampai.

Entri berkaitan travelogue Nepal:
Bercuti ke Nepal : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Kathmandu
Hotel Encounter Nepal Kathmandu
Al-Madina Halal Foods
Sepetang di Thamel Street
Selamat Pagi Kathmandu!
Kathmandu - Pokhara : Mengintai Kehidupan di Balik Tabir Bas
Hotel Grand Holiday Pokhara
Lazeez Halal Food Pokhara
Pokhara di Kala Senja
Bersampan di Phewa Tal (Fewa Lake) Pokhara
Dari Pokhara ke Dhampus
Suatu Petang yang Dingin di Dhampus Village
Selamat Pagi Pergunungan Himalaya!
Sarapan Pagi di Tea House
Jalan-Jalan di Perkampungan Dhampus
Quality Education Today's Necessity
Pokhara Hill, Mahadev Cave dan International Mountain Museum
Naik Helikopter ke Macchapuchhre Base Camp (MBC)
Selamat Tinggal Pokhara
Thamel Street di Waktu Malam
Sarapan Pagi di Nepal Tara Halal Food Restaurant
Pagi Terakhir di Kathmandu

Yang Manis Jangan Terus Ditelan, Yang Pahit Jangan Terus Dibuang

3 comments

  1. ya Allah kak, sesungguhnya dana bersyukur ddk di malaysia, yg walaupun belum jd negara maju tp kita negara yg membangun...

    agaknya di sana, takde istilah jerebu kot kak ye, klu pns terik sampai sungai kering takde juga istilah pembenihan awan mcm ni negara kita agaknya ye kak...
    cuma, kenapa tarikh tahun mereka sgt ke depan dari kita?

    tgk jln raya nya tu pun dh seram aduhai... tandas pun lbh ngeri jgk
    naper lah pelancong tu blh tinggalkan duit banyak gitu dlm bas je ye... aduhai, mungkin di tempat mereka takde masalah kan

    BalasPadam
  2. Kesian pelancung tersebut. Bila tenguk keadaan rakyat nepal, rasa bersyukur sangat kita hidup di malaysia, walaupun tidak kaya tapi masih lagi hidup lengkap segalanya. Alhamdulillah.

    Ada kawan cakap jalan kat sana memang scary. kalau dah pergi takdenya nak repeat lagi. huhuhu

    BalasPadam
  3. Norhidana,
    itulah pengalaman yang tak dapat dilupakan, sepanjang perjalanan sentiasa rasa insaf dan syukur sangat jadi rakyat Malaysia.

    Notie,
    memang jalannya menakutkan, kami hanya mampu berdoa dan bertawakal sepanjang perjalanan, bermacam-macam lintasan buruk bermain di kepala, Alhamdulillah selamat sampai ke tahan air.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe