Kek Lapis Blueberry Cheese

1:23 PTG

Assalamualaikum.
Ampun!!!!! Bila nak buat Kek Lapis Blueberry Cheese asyik berkira-kira tentang keletihan yang bakal dialami. Tapi bila dah siap, tak pandai pula nak berkira-kira masa nak makan! Inilah bahayanya kalau ada kek begini di depan mata! Encik Suami pula, belum sempat sejuk, sudah minta sepotong! He he hehe.... 


Resepi asal kek lapis ini dalam versi bakar tapi Amie lebih suka versi kukus. Dan satu lagi, untuk lebih cantik kek lapis ini boleh mencapai sehingga 12-16 lapisan, tapi Amie buat 8 lapis saja. Tapi itu pun dah cukup sedap! Cukup berpeluh-peluh menunggu kek siap masak dalam kukusan!


Terima kasih banyak kepada BROTHER ROZZAN yang ikhlas berkongsi pelbagai resepi kek yang lazat-lazat! Apa tidaknya... Kek Lapis Blueberry Cheese ini tidak begitu manis.... alahai...cubalah sendiri baru tahu  akibatnya! Tak mahu berhenti makan! Minta izin kongsi resepinya di sini ye Brother Rozzan.

Resepi : Kek Lapis Blueberry Cheese

Bahan-Bahan
450 gm mentega
250 gm Philadelphia cream cheese (jenama Kraft)
1 sudu makan ovalette
170 gm gula halus
10 biji telur
1 tin (kira-kira 400 gm) susu pekat manis
300 gm tepung Hong Kong
100 gm Horlick
250 gm blueberry pie filling
1 sudu teh esen blueberry (optional)
sedikit pewarna ungu

Cara :
1. Pukul mentega, cream cheese dan ovalette sehingga sebati.
2. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kembang.
3. Masukkan pula telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga kembang dan rata.
4. Seterusnya, perlahankan speed mixer anda dan masukkan susu manis. Pukul sebentar.
5. Kemudian, perlahankan lagi speed mixer anda dan bubuh tepung Hong Kong dan horlicks.         Gaul rata.
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dibiarkan plain dan yg satu lagi dibubuh blueberry pie filling, esen blueberry dan pewarna ungu.
7. Bakarlah menggunakan loyang 10”x7”, 8”x8” atau 9” x 9” yg telah di alas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya. Suhu kira-kira 180 – 200 darjah Celsius.
8. Ambil 2 senduk adunan plain dan ratakan dalam loyang kek. Bakar dgn api atas bawah sehingga masak. Utk l;apisan kedua hingga akhir, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Ambil 2 senduk adunan plain lagi dan ratakan dia atas lapisan pertama tadi.
9. Utk lapisan ketiga, ambil 2 senduk adunan blueberry dan ratakan atas lapisan kedua tadi. Buat begini sehingga habis semua adunan.


Nota:
Mengenai corak lapisan samada 2 plain, 2 ungu atau 1 plain 1 ungu, terserah pada kreativiti dan citarasa anda.



 Jomlah.... jomlah makan sepotong seorang.... sedap tau!



Lain kali Amie perlu lebih rajin... buat nipis-nipis sikit, supaya lapisan nampak lebih cantik he he hehh.....

15 comments

  1. as-salam
    mmg npk sedap kek lapis blueberry kak amie ni..kalau buat raya kek lapis ni mesti habis dulu..

    BalasPadam
  2. Sedap nyer nampak kek Amie nie.. Huhuhu D5 nie dah ler lemah ckit bab2 kek nie mekasih lah Amie kongsi resepi nie ek ade masa In Shaa Allah D5 cuba buat nnt :D..

    BalasPadam
  3. yg ni pon da nampak hebat n gojess akak...sedapnya..

    BalasPadam
  4. Ady,
    waalaikumussalam... memang berhantulah kek lapis begini Ady he he hehh... sedap sangat!

    Delima,
    memang sedap Delima... boleh buat, tidaklah susah sangat cuma kena rajin dan sabar aje he heehh.

    Faa,
    alhamdulillah Faa... memang sedap!

    BalasPadam
  5. mmg tabik pada yg rajin buat kek lapis ni... madihaa cuma rajin ngap saja... hehe...

    BalasPadam
  6. Salam amie, cantik je kaler ungu kek lapis tu, ari tu Liza ada buat versi bakar tp kaler purple dia tu kan jd ala2 hijau gitu, nape ye...

    BalasPadam
  7. Salam Mie, aduh dah ada kek tunggu buat air ja lagi, dah siap potong pun tu bak sikit heee mesti sedap ni kan

    BalasPadam
  8. Madiha,
    terima kasih... tapi hadooiiii... tukang buat inilah yang tak sabar nak ngap dulu he he ehhhh.

    Liza,
    ada tambah pewarna tak Liza, sebab warna blueberry tu memang tak jelas kalau tak tambah pewarna ungu.

    Kak Nooriah,
    ayuh Kak Noor... dah petang ni, nanti Amie hidangkan teh o panas kurang manis ye... kita minum sambil sembang bawah pokok!

    BalasPadam
  9. nampak sungguh moist n sedaplah Amie..

    BalasPadam
  10. rajinnya kak amie.. tapi tentu berbaloi kan.. tgk gambar pun tahu sedap.. kalau dpt rasa kan best.. hehe..

    BalasPadam
  11. Salam Kak Amie..cantik kejadian dan sungguh rajin melapis..kalau saya nak buat kena fikir 10x..hehehe..

    BalasPadam
  12. Sheila,
    memang sedap Sheila... alahai kan best kalau makan ramai2...

    May,
    masak-masak ni satu terapi minda kot..

    INA,
    tak apa INA, sekarang fikir 10 kali, nanti kalau dah mula buat, nak buat untuk seterusnya he he heh

    BalasPadam
  13. Akak kukus kak....mmg hebat ni....sy klau kukus2 bende berlapis ni....tahan 4 lapis je...hihi....nak menjaganya tu yg penat sangat sangat....tp mcm akak ckp la kan...bab makannya....mmg laju la....:-)

    BalasPadam
  14. saya memang suka makan kek lapis,tapi sayaaaaa ...penat la nak menyiapkannya,apa kata Amie bagi cikit!sedapnya kek tu..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe