Nasi Mackerel
4:26 PTG
Assalamualaikum.
Jom nikmati Nasi Mackerel, hidangan penyelamat menggunakan ikan tin! Ramai yang keliru antara mackerel dan sardin, sebab asal saja ikan tin kita terus kata itu ikan sardin! He he hehh.... apa pun ikan sardin dalam tin memang salah satu hidangan yang Amie gemari sejak kecil. Mungkin sesetengah orang tidak menggemari sardin dan lebih suka memilih mackerel disebabkan baunya yang dikatakan agak hanyir, tapi apa boleh buat... sebenarnya Amie lebih suka ikan sardin sebab memang itulah ikan tin pilihan keluarga kami sejak dahulu lagi. Dan, mungkin juga cara masakannya yang menyebabkan tidak terasa bau hanyir seperti yang diperkatakan itu. Encik Suami pula kalau membeli ikan dalam tin tidak pula memilih jenama. Apa yang terpandang itulah yang dirembatnya!
Amie agak lewat sedikit sampai ke rumah kerana selepas waktu persekolahan, menemani anak bujang tengah ke Sabah Book Store untuk membeli buku rujukan. Sampai di rumah, terus capai mana yang ada untuk dimasak dan akhirnya siaplah hidangan Nasi Mackerel sebelum bujang bongsu pulang dari sekolah pada pukul 4 petang. Sebelum ini Amie pernah masak begini tetapi menggunakan ikan sardin dan kepada sesiapa yang berminat bolehlah klik NASI SARDIN. Bagaimana pun untuk Nasi Mackerel ini Amie telah ubahsuai resepi mengikut kesesuaian dan bahan yang ada di dapur. Jom kita semak resepi di bawah ini.
Bahan-bahan untuk Nasi Mackerel:
4 rice pot beras basmathi - boleh gunakan beras wangi atau beras biasa
1/2 labu bawang besar - cincang
2 inci halia - hiris halus
1/2 cawan kismis
1 cawan kacang gajus
1 biji tomato - cincang
1 sudu makan pati ikan bilis KNORR
3 sudu makan tomato puri
1/2 tin sos mackerel - Amie gunakan tin besar jenama ADABI
4 sudu makan marjerin
6 cawan air - ikut sukatan rice pot
Cara:
1. Panaskan marjerin di dalam rice cooker. Tumis bawang besar dan halia hingga wangi.
2. Masukkan kismis dan kacang gajus. Kacau seketika sehingga kacang gajus agak kekuningan.
3. Masukkan tomato cincang dan kacau lagi dan seterusnya masukkan tomato puri serta sos mackerel. Gaul sebati.
4. Tambahkan air dan tunggu sehingga mendidih.
5. Masukkan pati ikan bilis dan kemudian masukkan beras. Kacau beberapa kali sehingga bahan sebati dan kemudian tutup periuk sehingga nasi masak.
Untuk lauknya pula, masak ikan mackerel seperti biasa anda masak. Oleh kerana separuh daripada sos mackerel telah Amie gunakan untuk memasak Nasi Mackerel, Amie tambahkan tomato puri, sos cili dan juga sos tiram ke dalam lauk ini.
17 comments
Menyelerakan je...:-D
BalasPadamSedap jee nmpk kak amie
BalasPadamas-salam
BalasPadamwahh mesti sedap nasi mackerel ni kak..
akak memang kreatif...
BalasPadamehem..mama tak pernah mencubanya lagi..thanks amie..
BalasPadamaduiii Amie, dah nasi makerel pulak ni kena banyak sabar saja lah akak ni dok tengok menu yg sedap2 dari Amie, pedas tak ni?? kalau tak pedas nak bagi sambal bacan akak tu heeee
BalasPadamamie.. menelan air lio dah ni..
BalasPadamSury,
BalasPadamtq...
Sabar Dubai,
memang sedap Saba.
Ady,
waalaikumusalam...
memang sedap Ady!
Faa,
BalasPadamterima kasih Faa...
Mama,
boleh cuba Mama... senang saja.
Kak Nooriah,
tak pedas kak... wah! nak bagi sambal belacan dengan dayang2nya ye... terima kasih banyak kak bawak sambal dari jauh he he ehh.
Ibundo,
he he ehh... naik dah saham ikan tin ye Bundo sampai boleh buat terliur...
terliur tengok nasi macerel ni..
BalasPadamSalam kak amie...
BalasPadammmg best...rajin sgt kak amie...:)
alahai sedapnya kak...zila pun minat ikan sadin nie..sbb mudah nk masak..kak amie mmg pandai mgolah resepi kan.semuanya sdap2..
BalasPadamWah...! Sedapnya.....:-)
BalasPadamSinggah pagi Amie, mesti nasi dah abihkan, nampak sedap sangat tu Amie.
BalasPadamassalam k.amie
BalasPadammenyelerakan..
he hee sy pun suker sardin tp kena letak cili padi baru umpphh kan
Salam kak amie... tun dh datang ni.. sekali tgk terus terliur.. tun suka makan dua2, sadin ke, macarel ke, dua2 habis licin. nk penting kene tumis ngan cili giling, baru lajuu makan. hihi
BalasPadamAs'salam Amie
BalasPadamNi lauk fav anak dara ct..kalau anak2 bujang ct memang tak pandang sebelah hidung pun sardin2 ni tambah pulak anak bujang tengah tu memang alah denang sardin. tu yang setahun hanya sekali dua aje ct masak hehehe
sedapkan kalau masak letak cili padi lebih2 adoiii kecur sudahhh