Haw Flake Cheese Layer Cake ( Kek Lapis Keju Masam Manis)

3:30 PTG

Assalamualaikum.
Nampaknya tangan ini masih gatal sangat nak menggodek tepung & the gang! Tambahan pula, rakan-rakan sekerja menyuarakan keinginan untuk mencicipi hasil air tangan kita. Selama ini kalau Amie buat kek, anak-anak jarang makan kecuali kek yang digemari, dan Encik Suami rajin membawa kek ke tempat kerja untuk dinikmati bersama rakan-rakannya. Pernah sekali, Amie bawa KEK KELASI MABUK  dan ternyata rakan-rakan sangat menggemarinya! Sebenarnya sebelum ini Amie  pernah membuat KEK LAPIS MASAM MANIS, tetapi Amie gunakan campuran serbuk biskut Marie. Kali ini Amie cuba hasilkan Kek Lapis Keju Masam Manis pula. Versi asalnya ialah Haw Flake Cheese Layer Cake yang Amie pelajari di kelas masakan untuk kali pertama Amie menghadirinya pada tahun lepas versi bakar. Namun begitu, Amie buat pengubahsuaian untuk hasil tersendiri termasuk menambah serbuk Horlicks dan membahagikan adunan kepada 3 warna serta mengubahnya kepada versi kukus.


Untuk menghasilkan Haw Flake Cheese Layer Cake ini Amie gunakan 250 gram  Philadelphia Cream Cheese, dan 100 gram  parutan Parmesan Cheese. Oleh kerana apabila digabungkan dengan haw flake akan menjadikan rasa kek ini bertambah manis walaupun terasa sedikit masamnya, jadi Amie kurangkan penggunaan gula halus.


Amie siapkan kek lapis ini malam tadi, tetapi tidak terus membawanya ke tempat kerja kerana tidak sempat memotong dan Amie rasa kek ini perlu 'menginap' 1 atau 2 hari untuk rasa yang lebih mesra. Memandangkan esok ada aktiviti kokurikulum di sekolah, bolehlah bawa untuk rakan-rakan. Namun begitu, Amie katakan pada mereka: kalau kek rasa sedap, Amie bawalah esok, tapi kalau tak sedap Amie tak jadi bawa.... ha ha ahhh... apa kata mereka? Biarlah..sedap atau tak sedap, kami nak juga makan kek tu! 



Alhamdulillah! Syukur kepada Allah! Kek Lapis Keju Masam Manis sangatlah sedapnya sehingga Amie tak berhenti makan ketika memotongnya! Oleh kerana rasanya sedap, jadi esok Amie bawalah ke sekolah! Rezeki kawan-kawanlah ni...


Amie kongsikan resepinya di sini. Kalau ada yang tak betul, terlebih atau terkurang sukatan, harap tegur-tegurlah untuk penambahbaikan. Amie tidak gunakan sebarang campuran serbuk biskut di dalam resepi ini.

Bahan-bahan:
250 gram Philadelphia Cream Cheese
100 gram parutan Parmesan Cheese
450 gram mentega berkualiti tinggi - Amie gunakan jenama Anchor
100 gram gula halus
1 tin susu pekat manis - (berat 505 gram)
10 biji telur gred AA
30 gram ovellete
250 gram tepung Hong Kong
150 gram Horlicks
haw flake secukupnya - Amie gunakan saiz 50 sen sebanyak 200 keping
pewarna hijau pandan, kuning telur dan merah jambu

Loyang berukuran 8 X 8 X 3, yang telah dialas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya.
Periuk pengukus - didihkan air dalam periuk pengukus dengan api perlahan sementara menunggu proses adunan selesai. Untuk mengelakkan daripada titisan air wap terjatuh ke atas adunan, balut penutup kukusan dengan kain putih atau tuala yang bersih.

Cara:
1. Pukul mentega hingga putih, dan kemudian masukkan gula serta ovallete. 
2. Setelah kelihatan sebati, masukkan Philadelphia Cream Cheese serta parutan Parmesan Cheese. Pukul lagi sehingga licin dan berkrim.
3. Masukkan telur satu persatu, dan pukul lagi sehingga  kembang dan pekat.
4. Masukkan susu pekat manis dan pukul sebentar dengan kelajuan rendah.
5. Perlahankan pada kelajuan rendah, dan masukkan tepung Hong Kong diikuti dengan Horlicks dan.
6. Setelah adunan benar-benar rata dan sebati, bahagikan kepada 3 bahagian - Amie gunakan timbangan untuk menyukat adunan.
7. Setiap bahagian adunan Amie warnakan dengan pewarna hijau pandan, kuning telur dan merah jambu.
8. Ambil 2 senduk adunan berwarna hijau pandan dan ratakan di atas loyang kek. Kukus selama 10 minit.
9. Keluarkan loyang kek dan untuk mengelakkan daripada kek menggelembung, cucuk-cucuk permukaan kek dengan garpu - lakukan begini pada setiap lapisan kek.
10. Susun haw flake di atas permukaan kek - Amie gunakan sebanyak 25 keping untuk setiap permukaan kek.
11. Ambil 2 senduk adunan berwarna kuning telur dan ratakan. Kukus lagi selama 10 minit.
12. Ulangi Langkah 8, 9 dan 10 untuk lapisan adunan berwarna merah jambu dan seterusnya sehingga selesai.
13. Untuk lapisan terakhir, kukus selama 20-25 minit.


Jom... kita nikmati Kek Lapis Keju Masam Manis serta secawan teh 'O' panas kurang manis sebagai hidangan petang!

18 comments

  1. waaa nak buat belanja ajer udah tinggi,
    apalagi rasanya pasti enak,
    tengok amie susun kek
    pun udah mengoda..
    kena tunggu kocek lebat baru boleh buat nie..:)

    BalasPadam
  2. as-salam
    cantik warnanye ni...is very sweet colour..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Kak Amie..Rajin tul kak Amie melapis...kombinasi kaler pun nice...bestnya klu dekat2 pasti dapat gak nak ngendeng2 merasa air tangan Kak Amie

    BalasPadam
  4. copp..mengancam sungguh..mmg kak amie teliti betul..cantek lapisan nya..nampak hawflakes tu tersusun rapi..nk sepotong blh..:-)

    BalasPadam
  5. saya kan kak amie, menahan perasaan aje tau lihat bermacam pesen kek lapis ni... geramnya....

    BalasPadam
  6. assalam k.amie
    tergoda sy...cantikkkk lapisnya kalernya pun sweet pandai k,amie pilih kaler
    penah buat kek lapis biasa j, memang kena peruntukkan masa dan teliti jg kan k.amie baru hasilnya memuaskan

    BalasPadam
  7. Kak Asma,
    bila dah buat sendiri barulah saya faham kenapa kalau beli harganya begitu sekali....

    Ady,
    terima kasih Ady...

    Sue,
    waalaikumussalam...
    terima kasih Sue, tengah suka melapis ni. Haa... tulah Sue.. Kak Amie memang ada masalah ni, suka buat kek lapis tapi kena cari tukang makan pulak he he ehh

    BalasPadam
  8. Sury,
    terima kasih... ingatkan dah tersusun haw flakes tu, tapi bila dipotong adalah juga susunan walaupun ada senget sikit.

    Cheq Sue,
    he he ehh... takpe Sue... boleh buat juga, tak susah mana, cuma kena rajin sikit & sabar sikit.

    Mama Sara Nur,
    waalaikumussalam... betul tu, memang kena timbulkan mood dulu kalau nak melapis.

    BalasPadam
  9. Mesti sedap ne kak sbb ada cheese..klu kasi kt suami zila laju jew nie..

    BalasPadam
  10. huwaaaaa...nangis akak tgk bahan2nya tu amie..mewah...
    tapi akak yakin rasanya pasti sedap..apa2 pun akak dah angkut resepi..bila ada kelapangan pasti akan di cuba..halal ya amie

    BalasPadam
  11. Aduhhh...bila la sy nak serajin k.amie....menggoda btul nmpk kek tu....

    BalasPadam
  12. huhuhu..nak ke Lahad Datu ni, nak cari kek lapis kat rumah Amie. Bertuahnya jadi rakan mengajar kat sekolah Amie, dapat makan kek sedap2. Terima kasih berkongsi resepi, kalau berkesempatan ummi nak cuba juga nanti. Ummi pun suka cara kukus, tak tahan panas kalau membakar.

    BalasPadam
  13. semenjak dua menjak rajin betul Amie melapis2 kek ni kan akak belum lagi rajin melapis sbb anak2 tak berapa gemo sngt, nnt buat mama yg dok melapis sornag2 naya tu...cantik sngt lapis Amie tu dpt sepotong jadi lah heee

    BalasPadam
  14. nak sepotong kak Amie..hihi..nak cuba buatlah kek ni..izin salin resepinya ya..

    BalasPadam
  15. amboiiii.. sungguh ku tergoda melihat kek kek itu beraksi.. :b

    BalasPadam
  16. Salam akak amie, berapa gram ovallette akak guna ya?
    Sy suka tengok hasil seni akak ni... tahniah...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe