Blueberry Nuggets Walnut Butter Cake

8:25 PTG

Assalamualaikum.
Jom nikmati sepotong Blueberry Nuggets Walnut Butter Cake hasil air tangan Amie petang tadi. Resepi asal dari menimba ilmu di kelas masakan pada hari Sabtu lepas ialah Cranberry Waknut Butter Cake tetapi oleh kerana kehabisan stok cranberry di bakery shop, Amie pun usahakan cara lain supaya tidaklah niat untuk membuat kek ini tertangguh, dan seterusnya terlupa langsung! Bezanya cranberry lebih ringan kerana nipis sedangkan blueberry nuggets pula walaupun kecil-kecil tetapi agak berat. Amie tambah dengan mixed peel (kulit limau) pula. Campuran 3 bahan tadi termasuk kacang walnut panggang memanglah menambahkan rasa lazatnya kek mentega yang sedia harum mewangi ini!



Mungkin ada sedikit perbezaan dalam kuantiti bahan yang digunakan berbanding resepi rakan-rakan yang lain, tetapi Amie puas hati  dengan hasilnya. Memandangkan Amie pun kurang mahir dalam hal-hal begini, jadi jika ada sebarang kekurangan dan kelemahan, mohon ditegur untuk penambahbaikan.

Bahan-bahan:
270 gram tepung naik sendiri
230 gram gula kastor
400 gram mentega
5 biji telur gred AA
100 gram walnut - cincang dan panggang hingga masak
50 gram blueberry nuggets
50 gram mixed peel

Loyang bulat atau empat segi (9" atau 10").
Sapu sedikit mentega pada dasar dan tepi loyang.
Lekatkan kertas kek pada dasar dan tepi loyang.

Cara:
1. Putar mentega dan gula kastor hingga ringan dan lembut.
2. Masukkan tepung dan gaul dengan kelajuan rendah selama 1 minit.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dengan kelajuan rendah selama 2 minit.
4. Tukar pada kelajuan sederhana dan putar adunan selama 5 minit.
5. Masukkan walnut, blueberry nuggets dan mixed peel ke dalam adunan dengan menggunakan spatula. Lebihan blueberry nuggets dan mixed peel bolehlah taburkan pada permukaan adunan.
6. Tuang adunan kek ke dalam loyang. 
7. Bakar pada suhu 170'C selama 40-50 minit.


Yuhuuuuuu.... akhirnya menjadi juga Blueberry Nuggets Walnut Butter Cake Amie! Harum bau mentega! Dan yang penting.... tak hangus...! Tapi taburan blueberry nuggets dan mixed peel habis tenggelam ke bawah! Lain kali memang kena gunakan kepingan cranberry yang nipis dan ringan, supaya boleh nampak timbul di permukaan kek!


Apalagi... jemput makan kek yang masih hangat dan wangi.... sedap!!!

20 comments

  1. akak..sedapnya nampak...faa nak tanya boleh? blueberry nugget tu apa?apa rasa walnut ya?mana nak beli?mahal x?

    BalasPadam
  2. kek ni kalau makan di waktu petang mmg mantap...tq share resipi..boleh saya try....

    BalasPadam
  3. Kak Amie, bak nk sepotong kek yg gebus tu... sedapnyaaa

    BalasPadam
  4. Faa,
    blueberry nuggets tu biasanya ada dijual di kedai bakery... nak tunjuk tapi dah lebur semua masuk dalam kek!

    Totie,
    silakan Totie... kurangkan gula jika tidak suka manis ye...

    Gee,
    silakan Gee... ambik je...banyak tu he he heh

    BalasPadam
  5. teksturnya nampak macam kek keju pula.sungguh halus,terliur saya di buatnya!..

    BalasPadam
  6. Suzana,
    agaknya penggunaan lebih mentega dan telur (saya pun tak berapa tahu tentang dunia kek ni), itu menurut kata guru masakan kami... sebab katanya telur turut mempengaruhi tekstur kek itu.

    BalasPadam
  7. Ada kek yg best la....nak sepotong kak...:-)
    Best la msuk klas baking2....pastu bole dah try n erorr kan kak...msti sdap ni....

    BalasPadam
  8. kak amie!!! pertama sekali nak
    mohon maaf sebab dah lama tak berkunjung ke blog akak, aju rindu kat akak jugak!!!!

    aju dh upgrade ke wordpress, tuntutan tugas membataskan utk aju bw, kak tq sebab sudi jenguk blog aju, sedap kek tu kak!!!

    BalasPadam
  9. Baru dapat singgah kat dapur Amie.

    Fulamak cantiknya kek Amie tu, nampak pun gebu gebas, kalaulah dapat 2-3 potong(hehe tamak), alangkah bahagianya.

    BalasPadam
  10. mabeles nyerr....salam kenal kak & folow blog akak juga. jemput yer jenguk2 blog sy. tq!

    BalasPadam
  11. rajinnya amieeee....mari le share kerajinan amie tu..akak mcm tenggelam timbul je dah ni :)))

    BalasPadam
  12. Salam kak amie.. nmpk gebu kek tuuu... sure sedap mkn panas2 nih. wat air teh o se-jug.

    BalasPadam
  13. Hi, I suka cake ini. Looks sedap best. Agak 3 pieces with iced coffee will be fine with me.
    Love the colour and texture, so smooth.
    You are very good...the cake looks like from an exclusive 5 star hotel. Outstanding.
    Have a great week, simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    BalasPadam
  14. Tengok yg Amie dah potong kakak ngences dibuatnya.

    BalasPadam
  15. Salam Kak Amie cayangg^^

    byk lg bahan2 kek yg xpernah dilihat dan dgr..contohnya blueberry nugget..jakun plak..klu nugget ayam yana tahu la hihiii

    Pe2pun nak 2 potong kek gebuss tu.. dh dpt hidu kewangian bau blueberry ^^

    BalasPadam
  16. Salam...Butter cake..sedapnyaaaa lagi2 ada tambahan rasa blueberry..mesti lagi sedappppppp

    BalasPadam
  17. cantiknyer kek amie... naik sekata jer... suka tgk tau...

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum Amie,
    Teruja tengok kehebatan Amie di dapur, tabik spring Amie. Walaupun sibuk di sekolah masih ada waktu memasak dan berblogging unlike me, huhuhu....ingin jadi seperti Amie. Menarik resepi ni, dah salin dah, insyaAllah ada masa nak try.

    BalasPadam
  19. Salam amie
    Tutupppp mataaaa...terliurrr

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe