Strawberry Glaze Pie - Chahaya Sheila
11:49 PTG
Assalamualaikum.
Teruja dengan resepi Strawberry Glaze Pie hasil air tangan salah satu resepi Chahaya Sheila - Spices Journey yang tersiar dalam Majalah AROMA Edisi Februari 2013, walaupun sebelum ini tidak pernah membuat pie, Amie usahakan juga kerana ingin mengambil semangat rajin mencuba yang ada pada diri Sheila. Sheila, sebagaimana yang Amie kenali secara maya memang tidak pernah kenal putus asa dalam mencuba sesuatu resepi, walaupun adakalanya tidak menjadi, Sheila akan mengulanginya sehingga berjaya!
Sebenarnya, pie crust Amie yang pertama pecah sedikit semasa Amie mengeluarkan dari bekasnya, maklumlah tangan Amie tidak biasa dengan pie crust yang sangat rapuh ini! Ketika itu Amie sudah menyiapkan bahan-bahan untuk custardnya. Akhirnya Encik Suami dan anak-anak yang berebut-rebut makan pie crust yang masih hangat bersama custard tersebut! Dengan sabarnya, Amie pun menguli tepung sekali lagi untuk menghasilkan pie crust yang kedua!
Akhirnya siaplah sebiji Strawberry Glaze Pie yang Amie usahakan dengan tekun mengikut resepi yang dikongsi bersama oleh Chahaya Sheila. Terima kasih banyak Sheila atas perkongsian pelbagai resepi dalam Majalah AROMA kirimanmu itu .... Amie sangat menghargainya dan akan menyimpannya sebagai kenang-kenangan dari sahabat maya! Moga Shiela terus menghasilkan banyak lagi resepi yang lazat-lazat!
Untuk mendapatkan resepi Starwberry Glaze Pie ini bolehlah dapatkan Majalah AROMA Edisi Januari 2013. Dengarnya kali ini jualannya sangat laris di pasaran. Syukurlah Amie dapat juga senaskhah siap dengan tandatangan Sheila!
10 comments
kalau dpt makan ni tentu bahagia! ohhh..
BalasPadamAmie..Dapat tengok pun dah best dah, kalau dapat makan lagilah best!
BalasPadamAduh kak....menggoda jiwa raga tgk buah2an tang atas tu....msti sedap nie....!
BalasPadamassalam
BalasPadamsedapnyaaaa, terliur tgk buah2 tersusun cantik tu
sure sy pun berebut2 kalu ada ni he he
jatuh cinta sudaaaa...
BalasPadamWow!! That is gorgeous!!
BalasPadamassalam kak amie..teropong dari tingkap ingatkan paclova..tp xnampk lak cream..
BalasPadamrupe2nya pie...cantik ler susun atur buah2 tu suma..kemas jerr...rasanya tak pernah makan lagi menda ni...kalau takat epal pie McD tu pernah la haha
menarik nampak, tapi KY kurang makan kek
BalasPadamTerima kasih byk byk Amie.. Muahhh.. :-)
BalasPadamCantik pie..sayang nk mkn..rajinnya akk buat 2x..hehe
BalasPadam