Telur Dadar Berkeju

by - 7:45 PTG

Assalamualaikum.
Tengok gambar di bawah, sekali pandang ada rupa pancake! Cuba baca tajuk sekali lagi... ha baru betul.... Telur Dadar Berkeju!


Telur Dadar Berkeju ini merupakan salah satu menu untuk hidangan tengahari kami sekeluarga.  Tiba-tiba teringin nak makan makan telur dadar dengan nasi putih. Amie tambah beberapa bahan di dalam adunan telur dadar termasuk daun bawang, capsicum hijau, bawang besar, cili padi, dan Amie taburkan parutan keju BEQA di atasnya sebelum telur dadar diterbalikkan.

Resepi : Telur Dadar Berkeju
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan
3 biji telur gred AA
1/2 biji capsicum hijau - cincang dadu
1/2 cawam hirisan daun bawang
1 labu bawang besar - cincang dadu
5 biji cili padi - hiris halus
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk pati ayam MAGGI Cukup Rasa
1 cawan parutan keju BEQA
mentega

Cara :
1. Campur telur bersama semua bahan di ata kecuali mentega dan parutan keju.
2. Panaskan kuali non-stik saiz kecil, dan cairkan sedikit mentega.
3. Masukkan 1/3 bahagian adunan telur ke dalam kuali.
4. Masukkan 1/3 cawan parutan keju BEQA.
5. Apabila permukaan telur dadar kelihatan kental, terbalikkan dengan berhati-hati.
6. Setelah telur dadar kelihatan kuning keemasan, angkat.
7. Ulangi 3,4 & 5 hingga selesai.


Sedap ratah-ratah saja. Oleh sebab Amie ada urusan di luar, jadi Amie tidak sempat menikmati hidangan ini sepenuhnya. Cukuplah sekadar meratah separuh dari sebiji telur dadar, kalau ikutkan hati memang nak ratah puas-puas!


Selain Telur Dadar Berkeju, Amie sempat goreng ikan lampam jawa. Oleh sebab anak-anak tidak gemar makan ikan lampam yang banyak tulang halus-halus, Amie gorengkan ikan selayang dan juga sup ayam campur cendawan shiitake, white fungus dan juga lobak putih, tidak ketinggalan Amie bubuh kurma merah.

You May Also Like

14 ulasan

  1. as-salam
    1st time npk telur dadar berkeju..so yummy..

    BalasPadam
  2. hmm...nampak menarik...bila baca bahan dlm sup tu terus cair airliur...

    BalasPadam
  3. salam Mie
    mmg sedap lah dadar tu kalau ada keju sbb benda apa pun kalau ada keju mmg special punya ni kan sekeping sorang tak cukup tu

    BalasPadam
  4. Waa tak pernah makan lagi telur adadar berkeju ni Amie..insyaAllah nanti ummi nak cuba juga.Tq kongsi resepi..

    BalasPadam
  5. Amboi kak...telur keju plak....bnyk stok keju akak ni....:-) apa pun...mmg nmpk sedap tu....

    BalasPadam
  6. KY tengok macam kuih akak je heeee...sedap nampak, nak cuba juga

    BalasPadam
  7. pergh menawannya...ooo rupanya letak baking powder

    BalasPadam
  8. kak....maunya ratah telur begitu saja...ketepikan nasi buat sementara..

    BalasPadam
  9. ohhhh..nampak begitu menyelerakan.tentu sedap ni.

    BalasPadam
  10. Subhanallah K.Mie... terlior nyaaaa

    BalasPadam
  11. assalam kak..

    wah...
    nasib baik baru lepas lunch.. kalo tak mesti kecuri liur nengok hidangan akak ni..

    BalasPadam
  12. sedapnya telur tu..gebuss.....sup tu macam sup herba cina..

    BalasPadam