Telur Teh Herba
9:00 PTG
Assalamualaikum.
Hari ini tuan dapur balik lewat petang kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Jadi, anak-anak terpaksalah makan tengahari dan petang di luar. Bagaimana pun kepada pengunjung yang bertandang ke dapur Amie malam ini, Amie tidak biarkan pulang begitu saja sebab Amie ingin kongsikan resepi Telur Teh Herba.
Bahan-bahan:
5-10 biji telur
1 kantung Rempahan Telur Teh Herba DeliChef
1.5 sudu besar kicap cair
1/2 sudu besar kicap pekat
1.1 liter air
Cara:
1. Rebus telur sehingga masak. Kemudian kupas kulit telur dengan cermat.
2. Didihkan air dalam periuk.
3. Masukkan kantung Rempahan Telur Teh Herba DeliChef, kicap cair, kicap pekat dan telur yang telah dikupas kulitnya.
4. Reneh sup herba kira-kira 2 jam dengan api sederhana. Boleh tambah air mengikut kesesuaian bagi mengelakkan kekeringan.
5. Hidang sementara panas. Namun begitu sup telur herba tidak sesuai diminum kerana rasanya agak pahit setelah lama direneh.
Cara lain:
Amie gunakan slow cooker. Biarkan masak lebih kurang 3 jam sehingga haruman rempah meresap ke dalam telur.
10 comments
macam telur pindang ya kak amie, kalau terjumpa kantung rempah tu boleh la beli. saya kalau telur macam ni suka jugak makan
BalasPadamAssalam amie sama tak rasanya dengan dengam telur pindang
BalasPadamHai Amie, biasanya kaum cina suka makan telur berherba ni...Kak Ros tak pernah buat.nampak sedap ni
BalasPadamkak..ketoronei enakla kak..tapi mana nak cari teh tu kak?
BalasPadamKak Amie dulu adda selalu gk beli kat are bukit bintang...tp skrg dh lama tak pergi sana..so dah lama la tak makan telur herba nih..
BalasPadamCheq Sue,
BalasPadamharum ... sedap!
Acik,
waalaikumussalam... tak tahulah Acik sebab rasanya tak ingat pernah makan ke tidak telur pindang.
Puan Ros,
memang ala Cina ni Kak Ros.
Rohah,
BalasPadambeli di COSWAY.
Adda,
sedapkan Adda.
pernah tengok orang jual telur herba ni kat supermarket, harum bau aroma rebusannya tapi tak pernah makan sebab yang jual tu bukan Islam, risau pulak, kalau Amie yang masak mesti ummi makan, hehe..
BalasPadamHi Amie, love these tea eggs. I have never had them before. Looks really nice too.
BalasPadamBet your kids enjoyed them.
You keep well, have a great weekend.
Simpan satu lagu dalam hati.
Lee.
menarik sgt untuk dicuba...selalu yang jual dekat kedai ubat tu was2 plak nak makan...yg ni kalau jumpa perencahnya boleh laaa cube...
BalasPadam