Kek Lapis Kembang Melati
1:06 PTG
Assalamualaikum.
Nampaknya cuti musim cuti sudah sampai ke penghujungnya. Diharap semua aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan sepenuhnya. Aktiviti terakhir Amie sebelum mula bertugas esok ialah mengukus Kek Lapis Kembang Melati seperti di bawah ini. Terima kasih kepada DAYANG JACK yang banyak mengongsikan resepi kek kukus di dapurnya. Kek Lapis Kembang Melati ini tidak menggunakan sebarang bahan penaik. Ada perbezaan dari segi teksturnya terutama untuk lapisan berwarna yang menggunakan kurma merah. Dayang Jack menumbuk dan mengisar halus kurma merah, tetapi Amie cincang kurma merah tersebut menjadikan hasilnya kelihatan agak kasar. Apa pun, rasa kek ini memang sedap!
Nampak tak bahagian berwarna coklat yang agak kasar itu? Teksturnya dipengaruhi oleh cincangan kurma merah, namun begitu Amie sukakannya kerana ketika mengunyah, terasa sedikit ketulan kurma merah yang dicincang. Jom kita lihat resepinya. Minta izin ye Dayang Jack, Amie kongsikan resepinya di sini untuk tatapan teman-teman pengunjung.
Kek Lapis Kembang Melati
Resepi : DaYangJack@DapurKu SaYang
Loyang : 7" x 7"
Bahan-bahan:
Lapisan A :
- 200 g mentega berkualiti tinggi
- 7 biji putih telur gred A
- 150 g gula kastor
- 150 g tepung gandum
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 100 g susu pekat manis
Lapisan B :
- 200 g mentega berkualiti tinggi
- 100 g gula merah atau gula kastor
- 7 biji kuning telur
- 100 g tepung gandum
- 100 g susu pekat manis
- 200 g coklat masakan (dicairkan)
- 250 g red dates/kurma merah (dicincang halus/kisar/tumbuk) - DJ tumbuk dan kisar sampai halus
- 3 sudu besar browning sugar/gula hitam (atau 1 sudu besar coklat emulco dan pewarna coklat) - sila ke link DI SINI untuk rujukan cara-cara membuat browning sugar/gula hitam.
- 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dengan mentega di sekelilingnya.
Lapisan A :
- Putih telur dipukul hingga kembang. Kemudian masukkan gula dan pukul lagi.
- Di dalam mangkuk adunan yg lain, pukul mentega sampai putih dan barulah dimasukkan pula susu pekat manis, esen vanilla dan tepung . Putar sebati.
- Satukan kedua-dua adunan tadi dan kacau hingga betul-betul sebati.
Lapisan B :
- Kuning telur dipukul bersama gula merah sampai hancur. Masukkan mentega dan putar hingga sebati. Masukkan pula susu, gula hitam, coklat cair dan buah kurma/red dates. Kacau rata-rata.
- Akhir sekali masukkan tepung gandum dan esen vanilla. Kacau hingga sebati.
Cara melapis :
- Kukuslah selapis demi selapis dimulakan dengan lapisan A (2 senduk) dan kemudian lapisan B (3 senduk).
- Setiap lapisan dikukus selama 10-20 minit bergantung pada ketebalan lapisannya. Setelah habis melapis, kukus lagi hingga 30 minit atau sehingga kek betul-betul masak.
- Setelah masak, keluarkan kek dr pengukus dan sejukkan seketika sebelum dipotong.
Nota dan peringatan:
**Sediakan telur gred A 7 biji dan asingkan putih dan kuningnya untuk dibuat lapisan A dan B.
**Gunakan telur yang fresh
**Gunakan mentega yang berkualiti tinggi seperti SCS dan Anchor untik mendapatkan kek yg lebih lembut dan sedap.
**Gunakan telur yang fresh
**Gunakan mentega yang berkualiti tinggi seperti SCS dan Anchor untik mendapatkan kek yg lebih lembut dan sedap.
**Untuk lapisan A, pukul telur hingga betul-betul kembang jika ingin mendapat hasil yang terbaik.
**Sekiranya air kukusan berkurangan, sila tambah air panas.
**Kek ini tahan lama jika disimpan di dalam peti sejuk.
Salah satu bahan yang digunakan dalam Kek Lapis Kembang Melati ini ialah browning sugar atau gula hitam. Untuk menghasilkan gula hitam, sila rujuk DI SINI.
Jumpa lagi. Senyum selalu.....
22 comments
rajin ye akak melapis skrng nie...nmpk sedap plak tu ha....huhuhu....
BalasPadambole ambik skit ??
Asyifa,
BalasPadamsaja cuba-suba Syifa... dah mula kerja esok, tak adalah lagi lapis melapis ni hihihiii...
Asslmkm kak.
BalasPadamFuhhh!! Memang betul2 mengguda. Lama tak melapis jg ni.
Allamakk....kak Amie melapis lagi..
BalasPadamkalau dekat2 ngan kak Amie kan best, bole oder je...
nampak gebu n mantap giteww...sedapp.
sedapnya..!!!!! teringin nak buat tapi tak berapa rajin....
BalasPadamrajinnye melapis Mie akak belum dah lama tak buat nak tunggu raya kot heee mesti sedap ni
BalasPadamCantik. Cara susun kat pinggan jadikan lebih menyerlah kecantikan lapis-lapisnya. Ayah tak boleh makan benda tu.... sikit. Kena banyak!
BalasPadamcute patung2 kecil tu.. hehe.. kak amie ni mmg rajin betul lah.. memang beruntung suami & anak2..
BalasPadamWaduhhh ini kena gigih betul ni baru boleh makan kek sesedap ini.
BalasPadamSaya belum lagi sampai tahap gigih camtu.
Nampak sedappppp....!
Yana dh lama x membaking sejak ada baby..apatah lg nk bt kek lapis melapis nih..duk melapis dgn baby je lah hehee..terliur tgk kek lapis kak Amie yang gebuss nih..nk 2 potong hihii
BalasPadamHello Amie, I betul suka the name of your this cake...
BalasPadamAnd it looks fantastic.
I heard someone say a person is not a good cake maker unless she has made a kueh lapis.
My wife dare not even try this. Nanti jadi kueh lari pulak, ha ha.
I love the colours and smooth texture, Amie.
3 pieces will do me fine, with iced coffee.
I think tu Hilton hotel pun kala to your this cake. Really beautiful.
Have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.
as salam k.amie.....
BalasPadamdah lama x tinggal suara tanpa mulut (????) kt sini....
rasa mcm tercabar le pulak tengok akak rajin melapis....tp kalau ucu nk buat kena tunggu sampai seru kot baru terbuat...
Ermm...yummy! sedapnyaaaa
BalasPadamkak...menjak2 ki rajin kuwe kak..ngolah2 kek.. seronok ndelok..
BalasPadamwow sedapnya, kemas je lapisannya ye kak amie
BalasPadamSedap nampaknya kek tu Amie.
BalasPadamAmie..kek lapis ada lagi, nampak tersangatlah sedapnya tuu.
BalasPadamAssalamualaikum..selamat bertugas kembali..ohhh baru semalam saya baca kat Utusan berkenaan pencerobohan dari Selatan Filipina tu...Rasanya macam takde plak kat Buletin Utama..tak taulah klu ada kat berita RTM... Dan..Kek ni nampak sedappppppp...dah terbayang2 rasa manis kurmanya
BalasPadamaslmkum amie.. mmg suke tgok kek2 kat dapur dayang tu.. tpi bila megenang nk melapis tu yg selalu KIV resepi.. hasil tangan amie pun hebat jugak ni.. rajin2..
BalasPadamNampak sungguh sedap kek ni Amie..
BalasPadamsekejap je kan cuti dah berakhir he hee
BalasPadamlawa lapis tu k.Amie, mesti sedap nampak lembab bhagian coklatnya
sy pun suker ada kurma ni
hwaaaa...sedapnye... teringin nk sepotong ;)
BalasPadam