Risotto Bebola Ayam

3:05 PTG

Salam petang Sabtu dan selamat berhujung minggu. Hari ini Amie menghadiri mesyuarat yang bermula seawal pukul 7.30 pagi, seterusnya mengikuti bengkel PLC. Selepas Zohor, kami beramai-ramai ke rumah rakan sekerja untuk menghadiri majlis persandingannya. Rakan sekerja ini pula bekas anak murid  SPM Amie dan suaminya pun bekas anak murid  Amie juga dari sekolah yang sama dengan pengantin perempuan tetapi berlainan kelas. Semoga jodoh mereka berkekalan dan berbahagia hingga ke akhir hayat. Sesampainya di depan pagar rumah baru teringat anak-anak belum makan tengahari! Nak bawa keluar makan, rasa keberatan pula bila menoleh ke arah jalan raya besar, kelihatan kenderaan bersusun dalam kesesakan lalu-lintas! Perkara yang paling Amie tidak sanggup hadapi sudah tentulah beratur panjang di belakang kenderaan lain. Akhirnya Amie pujuk anak-anak supaya memberi Amie sedikit masa untuk menyiapkan hidangan ringkas untuk mereka. Hidangan paling ringkas untuk makan tengahari anak-anak hari ini ialah Risotto Bebola Ayam.


Resepi : Risotto Bebola Ayam
Sumber : Aneka Hidangan Nasi - Sa'adiah Mohamad

Bahan-bahan: 
1 kg beras dibersihkan - Amie gunakan sukatan 4 cawan rice cooker beras basmathi
700 ml stok ayam - Amie gunakan air biasa dan menambah 2 sudu pati ayam Tumix
200 gram bebola ayam - Amie gunakan 400 gram
100 gram jagung manis - Amie gunakan 1 tin jagung manis
2 biji cili merah - hiris
3 ulas bawang merah - hiris
4cm halia - hiris
1 kiub pati ayam - Amie sudah gantikan dengan pati ayam Tumix di atas
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
sedikit serbuk lada sulah
garam - jika perlu
bawang goreng
minyak - Amie gunakan marjerin

Cara:
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, buah pelaga dan kulit kayu manis.
2. Masukkan bebola ayam, jagung manis, cli merah, serbuk lada sulah dan garam. Gaul rata.
3. Masukkan serbuk pati ayam Tumix dan air / stok ayam secukupnya.
4. Apabila mendidih, masukkan beras dan masak hingga kering.
5. Ketika menghidang, gaulkan dengan bawang goreng.


Alhamdulillah, anak-anak tidak cerewet dihidangkan menu yang ringkas ini! Sebenarnya sudah agak lama Amie berkira-kira untuk memasak Risotto Bebola Ayam tetapi tidak dapat menyediakannya kerana memikirkan waktu yang sesuai supaya enak dimakan. Agaknya waktu beginilah  menu Risotto Bebola Ayam dapat membantu menyelesaikan masalah kesempitan waktu!

8 comments

  1. assalam amie..acik tak pernah tau pun resepi ni..nampak sedap..izinkan acik ambik resepi ye.

    BalasPadam
  2. assalam kak amie...sibuk betul ya sekarang ni. hari sabtu pun menyuarat lagi.takpe2...demi anak bangsa...

    apabila tengok nama menu ni rasa2nya memang tak pernah dengar. kalau merasa tu jauh sekali la kot. mewah dengan bebola ayam. kalau nani jadi anak kak amie, nani pun tak cerewet sebab mak dia rajin masak sedap2.

    BalasPadam
  3. As'kum Kak Amie cayang waduhh sedap risotto ni tau.. sha baru nak turun masak untuk dinner.. sedap tu kak Amie.. kalaulah kita berjirankan.. bertukar pinggan kita yaa.. cayang kak Amie.. muahhzz

    BalasPadam
  4. Sedapnya kak amie, buat lapar betul bah, hehe

    BalasPadam
  5. assalam k.Amie
    alhamdulillah di sukai anak2 k.Amie, airtangan ibu lagi sedap dari yg dibeli, untung dpt ibu camni tau
    nampak sedap dgn ramuan2nya tu

    BalasPadam
  6. Sedapnya kak, anak2 saya suke sgt bebola ayam ni

    BalasPadam
  7. ok jugak msk cam nie...jimat masa..

    BalasPadam
  8. Salam K.Amie..nnt nk cuba lah resepi nii..nmpk sedap..suka jgk bebola ayam ^^

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe