Ikan Pari Masak Asam Pedas
6:23 PTGAsyik-asyik kalau masak ikan pari tak lainlah dari masak asam pedas! Hmmm... masalahnya memang suka sangat makan asam pedas, baik ikan pari, ikan kembung dan apa juga ikan yang sesuai. Entah kenapa selera makan asam pedas tak pandai surut! Tak apalah... bagi sesiapa yang tersesat mencari resepi Ikan Pari Masak Asam Pedas atau adik-adik yang sedang belajar masak-masak bolehlah teruskan pembacaan.
Resepi : Ikan Pari Masak Asam Pedas
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
700 gram ikan pari - bersihkan dan potong ikut suka
3 tangkai daun kesum
2 kuntum bunga kantan - belah 2
12 biji kacang bendi
garam dan gula secukup rasa
3 keping asam gelugur
2 cawan air
minyak
Bahan kisar:
15 biji cili kering
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
1.5cm belacan
1cm halia
1cm kunyit hidup
1 sudu teh lada putih
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak. Jika terlalu kering tambah, sedikit air.
2. Tambah 2 cawan air, dan masukkan asam gelugur, daun kesum dan bunga kantan. Biarkan kuah mendidih.
3. Masukkan ikan pari dan biarkan sehingga masak.
4. Masukkan kacang bendi, dan perasakan dengan garam serta gula.
5. Apabila kacang bendi telah bertubah warna, tutup api dapur.
6. Angkat dan hidangkan.
29 comments
dalam banyak2 asam pedas, memang feveret nani ikan pari. bukan apa,ikan pari takde tulang halus macam ikan lain. dah namanya pedas2 ni kena makan laju2. ikan pari tak risau dah tercekik tulang ke apa. dah lama tak buat asam pedas. suke sangat menu masam2 pedas mcm tu.
BalasPadamdalam banyak2 asam pedas, memang feveret nani ikan pari. bukan apa,ikan pari takde tulang halus macam ikan lain. dah namanya pedas2 ni kena makan laju2. ikan pari tak risau dah tercekik tulang ke apa. dah lama tak buat asam pedas. suke sangat menu masam2 pedas mcm tu.
BalasPadamsedapnya amie
BalasPadamsuka makan masak asam dgn sambal tempoyak...perrghhhh
saya pun sama cam nani kak amie...kalau dapat ikan pari asam pedas ni adehhhh sedapnya... kadang2 nak masak tu bercinta jugak, setakat sekeping ikan :)
BalasPadamBaru mkn kt restoran semalam, tp pari bakar. Rasanya lebih sdp masak asam pedas daun kesom.
BalasPadamsalam Amie..atie pun suka mkn asam pedas gak.Tp skrg lom jumpa lagi daun kesum kat pasar..klu xder daun kesum mmg x'menyengat' asam pedas.hihi
BalasPadamsedapnya asam pedas ni mmg fav saya..
BalasPadamasam pedas...feveret nih... kat tmpt sy nih tak pernah lg jumpa ikan pari... hmmm...mmg best ikan pari buat masak asam pedas kan
BalasPadambestnya Amie...saya br msak ahad lepas...mkn dgn cencalok mak buat, sekali makan dua ketoi ikan pari....puas hati...
BalasPadamterliur!! tumpang mkn sini lah yer kak amie..hehe sabar jer la tgk lauk ikan pari ni kak memang dah lama nak mkn ikan pari tapi sini tak ada jual.
BalasPadamSalam..kak..selain ikan pari, ikan pa yg sesuai ya. Saya kat rumah ni, kuarga tak mkn ikan pari..baru nak blaja masak skit2 ni.huhuhu
BalasPadamkat rumah ni anak2 mmg suka makan ikan pari masak asam pedas..lebih2 lagi asam pedas dgn taburan lada hitam..perghhh..sedapnyaaaa
BalasPadamsedapnya ikan pari asam pedas,akak pun suka pari,tapi kalau pari cicah ayaq asam lgi besttt ni tapi my laling tk suka pulak,kalau asam pedas anytime anywhere hahaha
BalasPadamassalam k.Amie
BalasPadamasam pedas bestttnya makan dgn nasi putih wahh mesti laju je ni
Slurpppp mau tak kecur.. asam pedas ikan pari memang tidak pernah menjemukan kami sekeluarga..:))
BalasPadamAmie, ikan pari memang sedap masak asam pedas,ummi pun suka sangat, macam kena sangat kalau pari masak asam pedas ni.
BalasPadamslurpp!!! sedapnya...saya kalau masak sendiri asam pedas tak berapa nak sedap...tengok org masak nampak sedap je..huhuhu....nak bendi banyak2..hehehhe
BalasPadamNani,
BalasPadambetul tu Nani, syukurlah anak-anak pun suka kalau dihidang asam pedas ikan pari, jadi biasanya kakak masak lebihkan ikan.
Kasih,
habis dah stok tempoyak kami kasih... di sini belum musim durian lagi.
Cheq Sue,
he he he hhh asam pedas ni sebenarnya yang sedap kuahnyakan Cheq Sue.
Zana,
BalasPadammemang resepi asam pedas resepi evergreen, disukai ramai dari dulu, kini dan selamanya.....
Atie,
Amie pun sama, kalau nak masak asam pedas kenalah cari daun kesom di pasar, dah berapa kali tanam asyik tak menjadi juga...
lina,
memang asam pedas menu kegemaran ramai!
FnF,
BalasPadamtak apa, nanti balik sini boleh makan puas-puas.
Khairiah,
panggang ikan pari ye... cicah cencalok.
Nieza,
insya-Allah balik sini nanti masih ada lagi ikan pari di peraiaran negara kita he he he menunggu Nieza balik.
Lana,
BalasPadamikan apa sajalah, kembung ke, tenggiri ke, jenahak ke...
Kak Anim,
memang Amie suka bubuh lada putih / hitam dalam resepi asam pedas, tambah menyengat!
Kak Noor,
laaa... kecur liur pula pepagi bayangkan ikan pari panggang cicah air asam!
Mama Sara Nur,
BalasPadamwaalaikumussalam, memang sedap makan dengan nasi putih, bubuh kuah banyak-banyak!
Shahriah,
nampaknya menu ikan pari paling cepat larisnya kalau dihidang depan kita ye...
Ummiross,
mmmm... Amie pun dalam seminggu mesti ada sekali atau dua kali hidangan asam pedas, tak kita ikan apa, ayaam dana daging pun dibuat asam pedas juga!
Quinnie,
haa... dah jemulah tu dengana air tangan sendiri ye Quinnie, memang elok bubuh kacang bendi banyak-banyak, tak payah masak sayur lagi dah, cukup lengkap lauk!
kak ami thanks kongsi tips & cerita ttg hb tu..really2 appreciate it..
BalasPadamnens kalo ikan pari biasa buat bakar cicah air asam..cari pari yg kecik2..pehh mmg sedapp..menambah nasik..hehe
lagi satu kalo sy buat asam pedas mest sy rebus je..bukan yg kene tumis2 dulu x reti nk buat cam kak ami ni..lps ni leh try ni..;)
Sama la kita Kak Amie...minat makan asam pedas..tak pernah surut...mungkin kerana ramuan2 yg diguna tu memang menyelerakan..ada masam ada manis dan paling utama rasa pedasnya..memang mantop..
BalasPadamwahh..best ayam penyet..nk belajar2x!..hehe..terbaikk la kak amie..;)
BalasPadamikan yg paling susah nk jumpa kat japan ni....act ni la makanan fav ayu taw...cuma beza asam pedas org kedah dia rebus x tumis....sedapppppp!!!
BalasPadamNens,
BalasPadamterima kasih idea asam pedas rebus tu, memang resepi menyihatkan! nanti ada kesempatan kakak buat nasi ayam penyet yeaa..
Rahel,
Betul tu Rahel, segalanya ada dalam asam pedas! Tu sebab cukuplh satu lauk aje...
Ayu,
ye ke... nak cuba masak asam pedas rebus pulak...
dulu ucu tak pandai mkn ikan pari sbb tak diajar dari kecik...tapi sekrang hantu ikan...
BalasPadamsiakap masak asam pedas pon sedap...
sedap. dah cuba.
BalasPadamjemput ke blog sy juga ye