Omelet @ Telur Dadar
7:38 PGSelamat pagi dan selamat berhujung minggu. Rasa sunyi dan sepi pagi ini kerana tinggal berdua sahaja dengan bujang tengah. Awal pagi lagi Encik Suami dan bujang sulung sudah meninggalkan rumah. Bujang sulung masih mengikuti seminar SPM yang bermula dari kelmarin. Pesan Encik Suami, pukul 1 tengahari nanti Amie perlu ambil bujang sulung dari sekolah, dan pukul 2.30 petang pula ambil si bongsu dari perkhemahan pengakap di sekolahnya. Bila penghuni rumah berkurangan, kurang meriahlah suasana di dapur. Apa pun perut perlu dialas juga. Jom layan Omelet di bawah ini.
Biasanya kita lihat omelet lembut gebu, terlipat kemas tapi Amie buat ikut suka sendiri saja. Untuk rujukan akan datang, Amie tuliskan resepinya di bawah ini.
Resepi : Omelet @ Telur Dadar
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
4 biji telur
1/2 labu bawang besar - cincang
2 sudu makan cawan jagung tin
2 sudu makan cendawan shiitake cincang - yang sudah direndam hingga kembang
5 ekor udang basah - cincang
2 sudu makan capsicum hijau cincang
1 sudu teh serbuk pati ayam Tumix
susu segar - Amie lupa bubuh
mentega
Cara:
1. Pukul ringan telur. Masukkan kesemua bahan di atas kecuali mentega dan gaul sebati.
2. Panaskan mentega di dalam kuali dengan api panas sederhana. Masukkan bahan adunan omelet.
3. Sebaiknya omelet hendaklah dalam keadaan basah lembab.
4 comments
sedap gak nie :) selalu saya letak mayonis jer untuk anak2 :)
BalasPadamassalam k.Amie
BalasPadamwat breakfast makan dgn roti sedap ni kan
kadang2 bila tak ada idea nk msak makan apa , inilah yg terfikir kan he he
Adyna,
BalasPadammemang boleh masuk macam2 bahan kan Adyna.
Mama Sara Nur,
betul tu... ada telur, bubuh bahan itu ini sikit, jadik!
kunjungan gan .,.
BalasPadamsaat kau kehilangan arah ingatlah masih ada yang menolong mu
dan tetap berdoa mengharap untuk menemukan jalanmu.,.
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.