Samosa Inti Ayam Kisar
9:40 PG
Selamat berhujung minggu. Selamat menyambut Hari Bapa dan selamat segala-galanya. Jom sarapan pagi dengan Samosa Inti Ayam Kisar. Baru keluar dari kuali, masih panas dan berminyak-minyak! Yang tidak berminat untuk menambah lemak dan menternakj kolestrol kenalah bersampai sehingga minyaknya tos dulu ha ha ha ahhhh....
Seronok mengerjakan Samosa Inti Ayam Kisar kerana tidak merumitkan tetapi ada pembantu peribadi yang makan intinya sebelum menjadi samosa! Siapa lagi kalau bukan si bongsu! Akhirnya separuh inti hilang dan hanya 16 keping samosa yang menjadi! Kepingan kulit popia yang selebihnya terpaksa masukkan kembali ke dalam peti sejuk.
Inti samosa yang Amie sediakan adalah atas cadangan anak-anak. kalau boleh mereka hanya mahu jagung dan ayam kisar semata-mata tetapi Amie campurkan juga dengan kacang peas dan juga sedikit lobak merah.
Resepi: Samosa Inti Ayam Kisar
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
300 gram ayam kisar
1 tin jagung manis - toskan air
1 tin kecil kacang peas
1/2 batang lobak merah - potong dadu kecil-kecil
2 biji bawang putih - cincang
3 biji bawang merah - cincang
3 sudu serbuk rempah kari
1 sudu serbuk pati ayam Tumix
1 cawan air
minyak
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang merah hingga wangi.
2. Perlahankan api dan masukkan serbuk rempah kari. Gaul rata.
3. Besarkan api dan terus masukkan ayam kisar bersama lobak merah dan jagung.
4. Gaul sebati dan masukkan air jika tumisan kelihatan terlalu kering.
5. Akhir sekali masukkan kacang peas dan juga serbuk pati ayam Tumix.
6. Kacau sekali- sekala sehingga kering.
7. Tutup api. Angkat.
Nampak berselera benar anak-anak dengan hidangan Samosa Inti Ayam Kisar. Amie macam biasalah, bila tengok anak-anak makan, perut pun ikut sama kenyang! Untuk yang belum biasa menghasilkan samosa terutama cara melipatnya bolehlah klik DI SINI untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, tetapi yang sudah biasa melipat-lipat sarung ketupat palas tu, tak payahlah klik ye.
5 comments
dah selamat ke semuanya Ame...
BalasPadamakak pun fail ni bab lipat samosa last2 buat popia je senang heee boleh try cara Ame nnt tapi agak lambat lah kan dari popia kalau nak cepat mmmmmmmm time santai2 bole rasa nya belajo2 buat samosa ni kan
assalam k.Amie
BalasPadamsedapnya ada samosa pagi2 ahad ni
kalu bulan posa boleh dikatakan setiap hari beli kak, he he anak2 pulak suka makan kulitnya je intinya buang hu hu
sy pun x reti lipat segitiga , senang2 gulong macam popia akhirnya..
macam nampak di blog kak hasue semalam. hari ni kak amie pulak tayang. nani tak pernah buat sendiri samosa. selalu beli je. kalau tak pun tolong kakak buatkan.sekarang ni lagi lah tak boleh buat sebab minyak di rumah guna minyak jagung je. kalau nak buat menggoreng, macam rugi pulak.
BalasPadamKak Noor,
BalasPadammemang lambat sikit dari melipat popia, tapi kalau dah biasa senang aje kak.
Mama Sara Nur,
anak-anak saya makan inti dan kulitnya... tapi sebelum menjadi memang separuh inti hiang kena copet!
Nani,
sesekali aje buat samosa Nani, takut hilang kemahiran melipat-lipat pulak ha ha ha hh
selalu mama beli je samosa tu..hu2x..rajinbya amie masak..pandai kan amie masak..
BalasPadam