Murtabak Maggie Mini
8:17 PG
Antara menu dari Amie's Little Kitchen yang sedang berbaris menunggu giliran dihidangkan ialah Murtabak Maggie Mini. Minggu lepas jalan-jalan lagi ke dapur kawan-kawan dan terjumpalah Murtabak Maggie 15 Minit Siap - Shahriah Masterchef. Terima kasih Shahriah kerana beri idea untuk buat murtabak! Sebenarnya lama sangat Amie tak buat murtabak maggie yang suatu ketika dahulu (zaman bujang) sangat kami gemari hingga dibawa ke sekolah dan makan bersama-sama rakan di bilik guru! Untuk mengembalikan nostalgia lalu yang penuh dengan kenangan manis (terutama makan bersama rfakan-rakan yang sudah berpindah dan entah di mana mereka berada kini), Amie sediakan hidangan Murtabak Maggie Mini untuk sarapan pagi anak-anak menggunakan resepi pertama yang Amie pelajari melalui seorang rakan, Mahani Awang! Terima kasih Cikgu Mahani (juga tidak tahu kini berada di mana), kerana memenuhi keinginan kami untuk makan murtabak. Al-maklum, zaman 1990-an, di Lahad Datu tidak banyak kedai makan, jadi memang kalau ada sedikit kepakaran memasak, dan rajin bawa hasil masakan ke tempat kerja, alamatnya akan dihurunglah meja guru terbabit!
Resepi : Murtabak Maggie Mini
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
3 bungkus maggie kari - celur mee sehingga kembang dan toskan airnya
7 biji telur - pukul ringan
1 cawan mix - vege
10 biji udang basah - bersihkan, buang kulit dan cincang kasar
1 labu bawang besar - cincang
mentega
Cara:
1. Masukkan mee ke dalam mangkuk besar. Campurkan mix-vege, udang cincang dan perendah maggie kari. Amie masukkan 3 paket perencah.
2. Masukkan separuh telur yang sudah dipukul ringan ke dalam adunan mee dan gaul rata.
3. Panaskan kuali kecil dan masukkan sedikit mentega sehingga cair.
4. Masukkan adunan mee maggie ke dalam kuali.
5. Ambil telur pukul lebihan tadi dan tutup permukaan murtabak maggie di dalam kuali dengan menggunakan 3-4 sudu telur.
6. Panaskan kuali lain dan masukkan sedikit mentega sehingga cair.
7. Apabila murtabak maggie masak di bahagian bawahnya, pindah telangkupkan di dalam kuali yang baru dipanaskan tadi.
8. Biarkan seketika sehingga murtabak maggie mini masak.
9. Angkat dan hidangkan panas.
10. Jika suka, boleh dihidangkan berfsama sos pilihan.
Amie dapat menghasilkan 7 keping Murtabak Maggie Mini dengan menggunakan 3 bungkus mee maggie kari. Gambar di atas merupakan bahagian permukaan Murtabak Maggie Mini.
Murtabak Maggie Mini bahagian dilihat dari bahagian bawah.
Jom sarapan dengan sekeping Murtabak Maggie Mini yang comel ini!
Walau di mana kau berada Cikgu Mahani Awang, Amie sentiasa doakan agar sentiasa berbahagia bersama suami dan keluarga tercinta. Kenangan bersamamu tetap dalam ingatan terutama masakan ikan kembung tempoyak yang kau hasilkan dan kita sama-sama makan di bilik guru!
18 comments
as-salam kak Amie
BalasPadamAmboi!!! sedapnye..pagi2 dah dihidangkan dgn murtabak maggie..lagi sedap kalau dapat rasa...
sedapnya kak amie.. comey2nya murtabak akak, nmpk sama saiz je, mcm pakai acuan gitu..:) nt sy cuba, kita tgk camne plak rupanya..:)
BalasPadamsy ade sekali jumpa murtabak megi..mula2 mcm pelik..rupanye mmg ade..hehe..
BalasPadamnampak sedapp sgt..tetiba rs ramadhan dh hampir tiba..;)
Assalamualaikum Amie,
BalasPadamwaduhhhh pepagi tayang murtabak maggie..buat perutku berlagu rianglahhhhh...lapar yg amat sangat ni....nak buat dari aritu, tapi tak terbuat2...nak cepat makan maggie kari berkuah jek...he3..
sedap plak nmpak murtabak maggi ni kat sini kak amie. nak buat jugaklah... kempunan dah tekak ni!
BalasPadamnak buat gak lah...:)
BalasPadamsalam Mie
BalasPadamalahai time puasa ni ada murtabak maggi lah oleh lah try petang nnt heee menariksss dan dah tertariksss ni
Amie, datang sarapan murtabak maggi ni, sedap, smoothie pun dah abih segelas, ummi balik dulu ye,hehe..sopan je datang makan kat dapur Amie.
BalasPadamassalam kak Amie..comey jer mertabak megi ni size pancake gitew..sedap ni wat minum petang
BalasPadamsedapnya...dulu masa bujang selalu jugak buat...dah kawen ni tak pernah teringat pulak nak buat...huhu...
BalasPadamingat nak buat lah nnt..
tengs kak!!
salam kak amie cyg..dh lama zila x buat...aritu si sha show kt blog..mggamit memori btl..sebb dh berzaman x mkn ..he hehee kasi sikit kt kita kak:)
BalasPadamAssalam Amie...sedap jek nampak murtabak maggie ni...anak2 akak pun suka nih! Mood R ada, tp kerajinan nak masak2 xda lgk...hehe
BalasPadamAdy,
BalasPadamwaalaikumussalam... makan ramai-ramai sedap ni Ady.
Puan Hazel,
pakai kuali kecik.
Nens,
mula-mula pun kak Amie rasa pelik juga.
Yatie,
BalasPadamwaalaikumussalam...
memang sedap Yatie, anak-anak tak sabar makan, angkat dari kuali terus dingap!
Izan,
senang aje buatnya ye Izan...
Zurina,
silakan, mudah saja dan memang sedap!
Kak Noor,
BalasPadaminilah kenangan pilihan terakhir nak makan murtabak tapi tak ada murtabak original masa tu. Silakan Kak Noor & selamat berbuka...
Ummi,
he he hhh dah terpejam-pejam hirup smoothie, makan murtabak maggie pulak ye Ummi... elok-elok jalan pulang ye Ummi.
Lina,
betul tu macam pancake, dulu selalu buat besar sebab makan berdua dengan suami, sekarang kena buat kecik-kecik sebab kena bagi sama rata dengan anak-anak he he heh
Wahida,
BalasPadamseronok buat murtabak maggie ni dengan syarat ada tukang makannya he he heh
Zila,
nasib baiklah Shahriah tayang murtabak siap 15 minit dia, kalau tak memang dah lupa terus murtabak special yang pernah digilai zaman remaja dulu!
Ummi,
waalaikumussalam... tak apa, nanti datang kerajinan, jadi juga tu.
As'kum Kak Amie cayang waduhhh terima kasih kerana mentioned nama sha lagi ya kak Amie.. cayang dia sangat sangat... waduhh versi murtabak kak Amie ni lagi menarik!! cantik.. i like.. muahzzz cayang kak amie.. :))
BalasPadamShahriah,
BalasPadamwaalaikumussalam... terima kasih banyak2 sebab Sha selalu kongsi idea masak yang keratif!