Oleh- Oleh Kundasang.
2:05 PTG
Alhamdulillah.... selamat sampai ke rumah setelah menikmati percutian singkat selama 3 hari! Hari ini giliran Amie bertugas di sekolah! Badan pun masih terasa lenguh sebab terlalu lama dalam perjalanan. Kalau naik kapal terbang hanya memakan masa selama 55 minit sahaja dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu tapi tak dapatlah pula melihat pemandangan atau singgah di tempat tertentu. Jika menaiki kenderaan darat pula memang memakan masa 6 hingga 7 jam jika tidak berhenti di mana-mana.
Jambangan ros segar oleh-oleh dari Kundasang! Kepulangan kami di sambut oleh dua ekor anak kucing, setiap seekor duduk di kiri dan di kanan pintu pagar! Dan... letihnya, tak boleh hendak dicerita sebab terlalu banyak guna tenaga, berjalan, mendaki... bukan mendaki Gunung Kinabalu, tapi mendaki tangga di Memorial Australian War di Kundasang, dan menjelajah ke segenap penjuru Taman Hidupan Liar di Lok Kawi terutama sekali di Botanical Garden! Semasa berada di Botanical Garden teringatlah pula pengalaman Novemver 2011 semasa berada di Hutan Simpana Lembah Danum.
Rumah yang ditinggalkan kuserikan kembali dengan jambangan ros dari Kundasang ini.
Ketika berhenti di Kundasang, kami sempat memborong sayur-sayuran, terutamanya Encik Suami. Amie sempat membeli buah-buahan kegemaran termasuk jambu madu, buah lemak manis dan buah habbyu.
Ini buah habiu.
Ini buah lemak manis atau buah mentega (panggilan belah suami).
Masih letih.... jom minum secawan teh panas! Makan apa.....? Makan bunga ros ke? He he hehhhhh...
5 comments
best nye Amie cantik betul lah bunga rose tu nampak segar bugar je,ada sebijik tart cheese tu makan tu kenyang ke??heeee akak syorkan makan buah lah yg banyak2 tu lagi sihat kan..
BalasPadamKak Noor cayangggg.... ros segar dari Kundasang tu Kak Noor! Tak mau makan cheese tart tu kak, nak makan bunganya aje he he hehh boleh ke makan bunga?
BalasPadamAmie..cantiknya bunga ros tu, suka warnanya, berseri2 jadinya rumah Amie.
BalasPadamBestnya buah2 tu, hari tu, ummi tak sempat ke Kundasang..
cantiknya ros! akak tak penah jumpa kot buah lemak manis ni..
BalasPadambestnya amie..mcm2 tempat amie bolih lawati kat sabah..cantik ros tu..mama pun suka sgt dgn ros..cantik !!
BalasPadam