Ayam Kam Heong
8:26 PTG
Sebelum ini Amie tak pernah makan Ayam Kam Heong, apatah lagi memasaknya. Sewaktu jalan-jalan di Kota Kinabalu tempohari, si bongsu memesan Ayam Kam Heong. Oleh kerana macam-macam menu pilihan masing-masing, jadi Amie tidaklah mengambil peduli sangat Ayam Kam Heong memandangkan warnanya yang gelap pekat. Bila Amie tanya si bongsu, katanya sedap! Amie pun cuba sedikit... dan memang sedap, ada rasa udang kering dalam resepi Ayam Kam Heong! Hari ini Amie cuba google resepi Ayam Kam Heong tapi kebanyakannya tidak menggunakan udang kering! Namun begitu, Amie dapat pengetahuan baru tentang resepi Ayam Kam Heong ini. Menu ini biasa disajikan di restoran Cina, dan Kam Heong bermaksud Golden Fragrance! Oh... sudah tentu baunya wangi! Akhirnya Amie pun bertemulah dengan resepi yang dicari-cari di Abbot Cottage. Katanya, resepi Ayam Kam Heong ini ditemui di rumah Nyonya Pendek Melaka. Setelah meneliti resepinya, Amie pun rasa berpuas hati dan mulalah mencari bahan yang ada di dapur untuk merealisasikan hidangan yang sudah dibayangkan kelazatannya! Terima kasih Abbot Cottage kerana telah menemukan pencarian Amie, dan minta izin untuk kongsi resepi enak ini untuk tatapan rakan-rakan pengunjung.
Sumber : Abbot Cottage
{A} Bahan untuk perapan ayam:
2 ketul peha ayam penuh - dipotong kecil, cuci bersih (aku gunakan 1/2 ayam)
1 sudu teh kicap cair
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh minyak bijan
Satukan semua bahan, perap ayam dalam peti sejuk selama 30 minit
{B} Bahan sos Kam Heong: 2 ketul peha ayam penuh - dipotong kecil, cuci bersih (aku gunakan 1/2 ayam)
1 sudu teh kicap cair
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh minyak bijan
Satukan semua bahan, perap ayam dalam peti sejuk selama 30 minit
100g udang kering (rendam dulu 10 minit dan tos)
2 sudu besar bawang putih cincang
8 biji bawang merah cincang
1/2 mangkuk daun kari
6 biji cili padi - dicincang - Amie tak cincang, biarkan bulat-bulat
3 sudu besar minyak
Bahan perencah:
2 sudu besar serbuk kari
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh kicap pekat
Cara:
1. Panaskan minyak, masukkan udang kering, cincangan bawang putih dan bawang merah dan goreng hingga benar-benar wangi.
2. Kemudian masukkan daun kari, cincangan cili padi dan semua bahan perencah, kacau hingga bau semerbak.
3. Panaskan minyak untuk goreng ayam terendam dalam kuali hingga masak.
4. Panaskan sedikit minyak, tumiskan sos Kam Heong hingga wangi.
5. Masukkan gorengan ayam bersama air. Masak hingga pekat.
6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
18 comments
nani pernah buat ayam kam heong ni. tp masa tu guna resepi dari blog kak diana. memang tak letak udang kering pun. boleh try resepi ni pulak lain kali.
BalasPadamsalam Amie,unik nya nama ayam tu,boleh try ni nnt mesti sedap kan, tapi pak hubby tk suka udang kering escape boleh kot Mie..
BalasPadamassalam amie..mama respect kat amie..mcm2 jenis makanan amie masak sendiri..sekali lagi thanks share resepi ni.. :)
BalasPadamKak Amie lapar lah malam malam lihat ayam yg sedap ini. Melly tak pernah dengar sebelum nya ayam ini.. bagi dong buat tester.. hehe
BalasPadamAmie..masak Kam Heong ni memang sedap, ummi pun pertama kali order Lala Kam Heong, sedapnya tak terkata, sekarang jadi peberet kami sekeluarga,bila balik,ummi cari resepi dgn bantuan en.goole gak. Nanti nak cuba jugaklah ayam Kam Heong, tq for the recipe ye Amie..
BalasPadamassalam..sedapnya ayam kam heong ni..resepi dan bahan2 pun senang nk dapat.Bleh try nnt
BalasPadamnampak sedap sgt..nnt leh cube :D
BalasPadamAssalam amie, sebelum ni ada juga tgk blogger msk ayam kam heong ni tapi tak baca pulak bahannya. senang je rupanya nak buat. lain kali boleh cuba nih
BalasPadamAssalamualaikum Amie,
BalasPadamnmpk sungguh menyelerakan ayam kam heong ni..kalau letak kicap mcm ni mmng kegemaran anak2..leh cuba ni..tq..
resepi yg wajib dicuba! ;D
BalasPadamNani,
BalasPadamagaknya yang pertama Kak Amie cuba rasa ada udang kering, itulah yang melekat di minda... nak cari juga resepi yang sama!
Kak Noor,
ada yang buat ayam kam heong memang tak bubuh udang kering kak.
Mama Aini,
sayang kalau tak cuba Mama Aini, bolehlah kita tahu sedap atau sebaliknya.
Melly,
BalasPadamsebelum ini kak Amie memang pernah dengar & lihat dalam blog resepi ini tapi tak pernah cuba, dah rasa sekali di KK, sedaplah.. tu yang usaha mencari resepinya tu.
Ummiross,
Amie pun ada terjumpa ketam kam heong, sotong , daging dsb, memang lepas ni nak cuba selain ayam, sedapkan Ummi!
Lina,
memang mudah bahannya Lina, bila dah masak memang sangat berbaloi2 rasanya!
Delima,
BalasPadamboleh cuba... memang sedap!
Rosa,
memang patut dicuba resepi ini Rosa, harum wangi, enak sekali!
Yatie,
Amie bubuh kicap sikit je ni... yang kami makan di KK memang tak ada rupa ayam, rupa kicap pekat aje... tapi sebab sedap itulah yang Amie buat di rumah pulak!
Asmara,
wajib As! Jangan tak cuba... dijamin sedap!
salam kak, saya mohon share resipi ayam kam heong yer...:)
BalasPadambtw, saya follow blog akak yer..bnyk resipi boleh di cuba2..hihi...
salam kak AMIE'S.memang sedap ayam kam heong ni,tapi lebih sedap lagi kalu nak cuba udang kam heong lagi sedap,udang besar@ udang harimau di+ udang kering kecil memang terangkat sedap hingga tak terkata...........
BalasPadamGuna serbuk kari daging ke atau seafood ?
BalasPadamGuna serbuk kari daging ke atau seafood ?
BalasPadamDiv Nair,
BalasPadamserbuk kari daging / ayam