Udang Kam Heong

5:12 PTG

Salam petang Isnin. Memandangkan talian internet mogok selama 2 hari, Amie's Little Kitchen pun tak dapat beroperasi dalam tempoh tersebut! Jadi, berderetlah menu tertunggak sedang menanti giliran untuk dihidangkan! Alhamdulillah, walaupun lewat petang, talian kembali pulih tapi tidak dapat dijangkakan tempoh hayatnya. Di kesempatan keemasan ini, Amie gunakan untuk berkongsi menu yang ringkas cara penyediaannya tetapi dijamin kelazatannya! Resepi ini Amie ambil dari buku masakan Selera Malaysia Chef Wan. Bahan asal yang digunakan dalam menu ini ialah ketam tetapi Amie gantikan dengan udang.


Resepi Asal : Ketam Kam Heong
Sumber : Selera Malaysia Chef Wan

Bahan-bahan:
3 ekor ketam - Amie gantikan dengan 25 ekor udang kertas - bersihkan (tidak perlu buang kulit) dan belah belakang 
5 ulas bawang putih cincang - Amie gunakan 7 ulas
2 sudu besar udang kering  - Amie gunakan 3/4 cawan, rendam dan tumbuk kasar
2 sudu besar serbuk kari
3 tangkai daun kari - Amie gunakan 4 tangkai
6 biji cili padi  dihiris- Amie gunakan 10 biji tapi tidak dihiris
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh lada hitam - kisar
garam & gula - Amie tidak gunakan kerana rasa sudah memenuhi selera
minyak

Cara:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terendam ketam / udang selama 5 minit atau sehingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan 3 sudu minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
3. Masukkan udang kering dan goreng sehingga udang masak.
4. Masukkan serbuk kari, daun kari serta cili padi dan goreng kacau selama beberapa minit. 
5. Tambah sos tiram dan lada hitam dan gaul sebati.
6. Masukkan udang dan balik-balikkan supaya disaluti dengan sos.
7. Angkat dan hidangkan.



Selepas ini, mungkin Amie akan 'mengkamheongkan' macam-macam lagi.... he he hehh sebab sedap! Memang sedap!


Dalam kepala Amie hanya ada serbuk kari, bawang putih, sos tiram dan udang kering untuk 'mengkamheongkan' mangsa yang seterusnya! Jom... ada sesiapa yang nak ikut jejak langkah Amie? Dijamin tidak mengecewakan!

16 comments

  1. salam kak amie cyg..patutlah 2 hari mghilang..he hhee mesti byk resepi best2 nie akk keep..zila mmg pgmar udang..smalam pun ada msk udang kt umh tue..tp goreng2 bodoh jew..pastu cicah sos..leh try resepi akk plk nnt:)

    BalasPadam
  2. salam amie..selalunya Cm makan nasi goreng kam heong tetapi kali ni nak cuba masak udang kam heong Cam Amie ni:) pastinya sedap ....

    BalasPadam
  3. Bau udang Kam Heong, wanginya sampai ke bangi Amie..cepat2 ummi datang, ada lagi ke?hihi..

    BalasPadam
  4. amie..sedapnya udang tu..acik teringat masa ank sedara dok saabah..balik mesti bawak udang besar dn segar..sedap

    BalasPadam
  5. assalam
    mengiurkan tgknya, tp tumpang tgk je k.Amie sb x leh makan he he nanti x berenti bersin sy
    udang ni kalu en.Suami memang pelahap, habis sepinggan kalu duk depan mata he he

    BalasPadam
  6. best nya Amie nnti akak pun nak kam heongkan sayur boleh tak?? heeee udnag bos tak makan pulak,ikan buleh tak kam heong Amie??

    BalasPadam
  7. Apa maksud kam heong tu Amie? Dah mcm mskn thai je......sedap tu sedap, kolestrol boleh tahan tu....

    BalasPadam
  8. ada udang kering tu yg sedap tu..perghhhh..terbayang2...melayang2 difikiran..hehe

    BalasPadam
  9. asslm kak Amie cyggg...wah sedapnye kak lauk udang tu...mau ralit duk mgopek kulit udang tu 1 persatu...terbayang2 kesedapannye tu...

    sama la QH...sejak jarang berblog ni...byk resepi yg masih tertangguh tu...hehehe

    BalasPadam
  10. Assalam amie, saya rasa lagi sedap udang kam heong ni dari ayam, nasi mkn sikit je, udang yg banyak heheh, nyum3x

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum kak amie....

    Tentu sedap udang tu kan...saya tak tahu rasa udang macam mana sbb dari kecik mmng tk makan udang...hehehe mmng rugi betul...

    BalasPadam
  12. assalam amie kat sabah senang nak dapat udang yg besar ni kan?..aritu sepupu mama bawa udang dgn flight masa balik semenanjung.. he2x..

    BalasPadam
  13. Zila,
    udang masak apa pun sedakan Zila.

    Cik Manggis,
    memang sedap CM! Cubalah, mesti nak lagi.

    Ummiross,
    mmmm...ni masa Amie masak udang kam heong sambil mengenang Ummi he he heh

    BalasPadam
  14. Mama Sara nur,
    ooo alergik udang yea...

    Kak Noor,
    Amie pun mengkamheongkan macam-macam dah he he heh

    Zana,
    kam heong ni katanya dalam bahasa Cina membawa maksud wangi.

    BalasPadam
  15. Roha,
    memang betul tu... udang kering yang hidupkan kelazatan kam heong ni.

    Qasey Honey,
    memang ralit...sedap...sedap!

    Rosa,
    betul tu, senang & cepat lagi masaknya.

    BalasPadam
  16. MP,
    ruginya tak makan udang MP... sedap tau!

    Acik Erna,
    sekarang ni tak berapa banyak udang di tempat kami, sebab banyak dieksport ke luar negara.

    Mama Ani,
    kena tengok tempat juga, ada setengah tempat banyak,. ada setengah tempat tak ada...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe