Karipap Pusing

8:30 PG

Selamat berhujung minggu buat semua. Pagi ini cuaca cerah, awan putih berarak perlahan, udara masih dingin dan terasa begitu menyegarkan. Al-maklum sahajalah, terlebih rajin kerana malam tadi sempat menyiapkan karipap pusing dan pagi-pagi lagi Amie goreng untuk sarapan Encik Suami dan bujang tengah. Bujang tengah sempat membawa bekalan karipap pusing kerana katanya karipap yang mummy buat sangat sedap! Pagi ini bujang tengah bertolak ke Sandakan untuk mengikuti perkhemahan pengakap selama seminggu di sana. Memang sangat sedap sebab sejak baru merajinkan diri menguli tepung. Seingat Amie, sewaktu berada di Tingkatan 6 Rendah di sebuah sekolah berasrama di Kelang, setiap minggu kakak saudara Amie ambil Amie dari asrama untuk membantunya menyiapkan kuih-muih untuk dijual di pasar malam pada petang Sabtu. Oleh kerana beliau dan suaminya bekerja sehingga tengahari pada hari tersebut, jadi pada sebelah malamnya memang kami bertungkus-lumus menyiapkan kuih-muih untuk dijual pada keesokan harinya. Pada pagi Sabtu itu Amie akan menggoreng beratus-ratus karipap pusing, kuih bom, kuih kasturi, dan menyediakan gula serta kelapa parut untuk kuih lopez. Kakak saudara Amie bersama suaminya juga menjual rempeyek kacang hijau dan kacang dal. Mak datuk! Kaya rayalah mereka sebab rajin mencari pendapatan tambahan! Keesokan harinya, pada hari Ahad mereka akan hantar Amie kembali ke asrama dengan menaiki kereta Volvo! Macam anak orang kaya gayanya ye... sebenarnya anak penoreh getah! Waktu itu kawan-kawan sebilik memang ternanti-nanti kepulangan Amie dengan pelbagai makanan yang kakak saudara Amie bekalkan! Amie pula, paling sedikit dapat 20 ringgit sebab menolong menyiapkan kuih jualannya. 20 ringgit waktu itu, besar nilainya! Bayangkan harga maggie pun masih 25 sen sebungkus! Tapi kena faham juga, bukan setiap minggu kami dibenarkan keluar asrama.... Amie keluar pun dengan seribu satu alasan yang direka untuk menjawab pertanyaan warden!


Sebenarnya Amie tidak berani mengelim atau mengisi inti karipap pusing untuk jualan, sebab takut kejadiannya tidak sedap dipandang mata. Amie bantu kakak saudara menggelek kulit karipap pusing, dengan menggunakan mesin mee (itu idea kakak saudara), jadi tidak berpeluh-peluh menggelek dengan kayu penggelek seperti yang Amie lakukan malam tadi sehingga anak bongsu mengambil tuala dan mengelap peluh yang meleleh di dahi dan hidung Amie. Ha ha hahh.... nampak benarlah dah berpuluh tahun tak menguli tepung! Akhirnya siaplah juga karipap pusing pertama kali Amie buat sendiri (sebelum ini buat karipap biasa, yang tak pusing). Kulitnya.... rangup habis! 

Resepi : Karipap Pusing
Sumber : Cita Rasa Kuih-Muih Satu Malaysia

Bahan A (kulit luar):
350 gram tepung gandum
180 gram air
30 gram marjerin
sedikit garam
2 sudu teh gula

Bahan B (kulit dalam - digaul sebati):
150 gram tepung gandum
100 gram mentega

Bahan C (inti):
150 gram daging ayam - potong kecil bentuk dadu
4 biji ubi kentang  - potong kecil bentuk dadu
2 sudu besar rempah kari
3 ulas bawang putih - tumbuk
5 ulas bawang merah - tumbuk
1 biji bawang besar - dipotong dadu
gula / garam / perasa pilihan
air secukupnya
4 sudu besar minyak masak

Cara:
1. Sediakan inti. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang ditumbuk.
2. Masukkan bawang besar, rempah kari, ubi kentang dan air secukupnya.
3. Masukkan garam dan serbuk perasa. Masak sehingga kentang empuk dan kuahnya kering. Angkat dan ketepikan.
4. Campurkan Bahan A kecuali air. Tuangkan air sedikit-sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Biarkan selama 20 minit.
5. Bahagiakan doh kepada 9 bahagian.
6. Adunan Bahan B yang telah diuli juga dibahagikan kepada 9 bahagian.
7. Doh dibuat bebola kecil dan setiap bebola Bahan B dibalut degan bebola Bahan A yang telah dileperkan terlebih dahulu.
8. Leperkan bebola doh dan canaikan memanjang dan gulung.
9. Kemudian canai lagi dan gulung sekali lagi.
10. Setelah digulung, potong kepada 4 bahagian.
11. Leperkan doh dan canai menjadi bulat / lonjong sedikit.
12. Masukkan inti, tutup lipatan dan buat kelim di tepinya.
13. Goreng di dalam minyak yang banyak hingga kuning keemasan.

Untuk yang berminat bolehlah klik  dapur Ika Bangkok DI SINI untuk melihat langkah demi langkah proses pembuatannya, lengkap dengan gambar-gambarnya sekali 



Mungkin hasilnya tidaklah secantik mana, tetapi yang penting rasanya sedap dan memenuhi selera keluarga! Jom... minum pagi bersama kami!

6 comments

  1. salam Mie,aduiii karipap dah sebakul tu hanto lah sini sikit nak rasa sesangat ni...

    BalasPadam
  2. Kak Noor,
    boleh sangat kak Noor.. nanti amie berenangkan bakul ni ikut Laut Sulu.. kak Noor tunggu di dermaga ye

    BalasPadam
  3. Waaa...rasa nk godek2 karipap la petang ni...terlior!

    BalasPadam
  4. nmpk karipap kak AMie,teringin pulak nk buatnya,tp takut x jadi je....

    BalasPadam
  5. Gee,
    godek jangan tak godek..

    Myda,
    mesti jadi punya

    BalasPadam
  6. As'Kum Kak Amie cayang wahh karipap pusing.. fav hb sha ni.. tak pernah bikin tolong mak cik pernah hehee.. dulu naa masa kecik2 sekarang dah besar ni memang nak kena cuba jugak ni... macehh kak Amie..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe