Nasi Kuning Sambal Ikan Tongkol

2:10 PTG

Salam wangi seharum mawar merah sedang berkembang! Sejak pagi tadi, buka saja pintu dapur memang bau harum semerbak ros merah menusuk hidung. Jadi sepanjang hari ini hati sangat gembira sambil menyanyi-nyanyi menyiapkan kerja rumah dan ketika memasak di dapur. Kami menikmati hidangan Nasi Kuning Sambal Ikan Tongkol.


Resepi : Nasi Kuning Sambal Ikan Tongkol
Sumber : Amie's Little Kitchen

Nasi Kuning
Bahan-bahan:
5 pot rice cooker beras wangi - cuci dan toskan airnya
2 batang serai - dititik
3cm halia - hiris halus
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk pati ayam Tumix
500ml pati santan

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk pengukus.
2. Masukkan santan bersama serai, halia, serbuk kunyit dan serbuk pati ayam Tumis ke dalam kuali. Buka api dapur dan biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan beras dan kacau sekali-sekala sehingga beras kembang dan mengering.
4. Pindahkan beras dari kuali ke dalam periuk pengukus.
5. Kukus selama 15-20 minit atau sehingga nasi masak.

Sambal Ikan Tongkol
Bahan-bahan:
6 keping ikan tongkol
garam secukupnya
gula secukupnya
1 sudu teh kunyit
2 batang serai - diketuk
minyak
1sudu teh pati asam jawa
3/4 cawan air

Bahan kisar:
15 biji cili kering
5 biji bawang putih
7 biji bawang merah
1.5cm belacan

Cara:
1. Lumurkan ikan tongkol dengan garam dan kunyit. Goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
3. Masukkan air, pati asam jawa dan serai.
4. Masukkan ikan tongkol yang telah digoreng. Biar masak sehingga kuah memekat.
5. Masukkan garam dan gula secukupnya.
6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.



Amie sediakan sup yang sememangnya enak manis dengan kurma merah dan harum dengan bau cendawan shiitake. Amie campur dengan buah kundur dan juga kentang serta hirisan halia muda! Ha... di bawah ini ialah ros merah yang sentiasa mengembalikan kenangan manis lebih 18 tahun yang lalu....


Bunga ros merah desa yang harum semenrbak inilah yang si dia gunakan untuk mengorat Amie suatu ketika dahulu. Yang melucukan, si penghantar tersalah orang dan jambangan bunga ros bersama orkid diterima oleh kawan baik Amie. Ketika si dia menelefon kawan tadi untuk menyatakan duduk cerita sebenar, kawan Amie terlebih dahulu mengucapkan terima kasih di atas pemberian bunga itu! Ha... apa jadi selepas itu??? Sebenarnya waktu itu Amie pun tak tahu si dia mengirim bunga ros! Apa pun kalau sudah namanya jodoh, memang tak ke mana. Si dia tanam sepokok bunga ros di tepi rumah sewa Amie sewaktu kami bertunang, dan selepas diijabkabulkan.... berbungalah sekuntum ros merah yang sangat cantik! Ketika itu musim hujan, bertambah suburlah pokok bunga ros kami!Sekarang, walaupun lebih 11 tahun menghuni rumah sendiri, si dia tetap mengabadikan kenangan ros merah bersama. Ditanamnya pokok bunga ros merah ini di tepi dapur, dan bila Amie buka pintu... sekiranya ada bunganya, terciumlah semerbak mewangi ros desa ini. Mudah-mudahan begitulah cinta kami.... harum, mekar dan indah sepanjang masa!


Hmmm.... makan Nasi Kuning Sambal Ikan Tongkol sambil mengimbau nostalgia lalu.... manis dan indah!

21 comments

  1. sdapnya nasi kuning....rindu ngan nasi kuning mak mertua saya :)

    BalasPadam
  2. Salam Amie.slmt berhujung minggu.sedapnya nampak set nasi kuning dg sambal ikan tongkol...menambat selera....

    BalasPadam
  3. Shidah,
    boleh buat sendiri Shidah... kak Amie pun dah lama tak makan ni.

    Mamasya,
    selamat berhujung minggu juga... alhamdulillah, juga menambat selera keluarga...:)

    BalasPadam
  4. salam kak Amie,x gi bercuti ke?.... bw anak2 gi jln ke?..
    nampak sedapnye nasi kuning dgn sambal ikan tongkol tu...nasinya rasa lemak2 gitu...

    BalasPadam
  5. dapnyer kak.... terasa lapo di petang hari.. lom masak.. malas tollll...

    BalasPadam
  6. biasa kt ganu, nasi kuning ni makan ngan gulai ikan tongkol yg sama utk nasi dagang ^^ sedap!

    BalasPadam
  7. salam cikgu amie
    h ehehe wahhh teringat2 kisah lama lg..he ehhee..sedapnya kak..klu mkn nasi kuning nie..bertambah selera:)

    BalasPadam
  8. salam kak amie

    wah sedapnya

    BalasPadam
  9. salam Ame
    sorry akak lambt sampai dah malam baru lepas skype dengan anak2 dekat 2 jam jugak,baru dpt ber BW..amboi kenangan indah sungguh tu ada bunga rose lagi best kan asal buak pintu tercium bunga ros yg wangi hehee

    terlupa nk komen menu tu sedap rajin sangat Ame waalupun sibuk dngn tugasan lain tabik hrmat lah dgn cikgu sorng ni

    BalasPadam
  10. wah..mngimbau kenangan bersama ros merah..romntiknya.....

    Tiap kali snggah 'rumah' kak amie..jiwa sntiasa bergelora melihat menu2 yg sedap tu...

    BalasPadam
  11. SWEETNYER CINTA KAK AMIE..HEHE
    SEMOGA SUBUR MEWANGI DI TAMAN FIRDAUSI..AMINN..

    SAYA X RETI BUAT PULUT KUNING..HUHU..MAKAN JE RETI..KIKI

    BalasPadam
  12. assalamualaikum kak amie! macam terbau2 ros merah tu. wah! romantik betol org dulu2 bercinta...siap bertanam2 lagi..

    nani mcm dh bertahun2 kot x mkn nasi kuning ni. dah lama tak beli.

    BalasPadam
  13. As'KUM kak Amie cayangg hadoii romantisnya kisah si bunga mawar tu.. aww.. suka i you! kisah macam ni susah nak dapat sekarang ni hehhee.. sebab main pakai beli manjang.. Kirim salam dengan si dia tu yaa.. Beruntung Kak Amie memasak di dapur dapat cium bau bunga ros yang segar..

    Segar lagi mata yang memandang nasi kuning tu hah! macam azimat dan keramat giteww

    BalasPadam
  14. assalam amie,
    tengok nasi kuning ni teringat kita pun ada masak nasi kuning/kunyit ni hari tu tapi masih belum masuk entry ....sedap ni amie..

    BalasPadam
  15. Kak Amie..mengkilat jak nasi kuning tu..pasti wangi..tapi yang gue suka tu soup kurma merah..soup utk kesihatan..

    BalasPadam
  16. wahh romantiknya....moga kekal bahagia ye kak..:)

    BalasPadam
  17. Assalam kak Amie...
    ayu dtg bawa pinggan nak tapau lauk
    Ayu folow akak ya

    BalasPadam
  18. sedapnya! mmg lauk yg sesuai gitu. suka ngan sup tu!

    BalasPadam
  19. salam amie...
    sedapnya nasi kuning tu.. bertambah terliur nampak sampai ikan aye.. aduhhh! meleleh!!

    bunga ros! dulu2 (masa madiha masih sekolah rendah) mak kita suka tanam bunga ros juga selain pokok puding pelbagai jenis.. mcm2 kaler ada.. mmg wangi.. now mak tumpukan pada pokok orkid je sbb senang jaga..

    BalasPadam
  20. Dahlah makanan terhidang nampak sedap, baca kisah bunga ros lagilah membuat kakak senyum sama. Syukurlah Amie segalanya masih mekar bukan saja diingatan tapi kekal depan mata setiap hari...

    BalasPadam
  21. Salam Kak Amie..emmm sesuai sgt makan nasi sambal ikan tongkol tu ngan sup..kedua-dua kesukaan tuuuuu

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe