Ikan Nyok-Nyok Masak Sup, Cencalok & Ulam

4:19 PTG

Selamat berhujung minggu buat semua yang sudi berkunjung ke Amie's Little Kitchen. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga Amie bersantai-santai di sini walaupun sebenarnya rasa sangat mengantuk! Entah kenapa, malam tadi tidur Amie asyik terganggu. Rasa badan sekejap panas, dan tiba-tiba-tiba rasa sejuk. Tengahmalam terjaga lagi kerana hujan begitu lebat, dan Encik Suami beberapa kali menjengok keluar bimbang berlaku banjir! Pagi kelmarin, sebaik sampai ke sekolah pada pukul 6 15 pagi, tiba-tiba hujan lebat disertai kilat petir pancar-memancar! Tengaharinya pula panas terik. Pagi tadi, Amie ke sekolah kerana pada hari ini merupakan hari penyampaian rekod kemajuan murid kepada ibu bapa. Sinaran matahari sangat cerah dan rasa kembali bertenaga tetapi kepala pula rasa berdengung  dan berpusing semacam. Amie sempat telefon bujang sulung  dari sekolah supaya keluarkan ikan dari peti sejuk dan masak nasi. Sampai rumah pukul 12.30 tengahari nanti, bolehlah Amie terus masak lauk. Bujang sulung Amie keluarkan ikan nyok-nyok. Sebenarnya ikan nyok-nyok ini hanya sepotong tapi saiznya besar sangat! Lebih 1 kilogram! Memandangkan kepala masih lagi rasa berpusing berdengung-dengung, Amie terfikir pula untuk mengurangkannya dengan cara menghirup sup panas! 


Inilah hasilnya Ikan Nyok-Nyok Masak Sup! Ikan nyok-nyok nan sekeping itu Amie potong menjadi 8. Bila sudah siap dimasak sup, penuh satu mangkuk! Anak-anak pula begitu berselera menghirup kuahnya! Syukurlah, anak-anak kami tidak cerewet ketika menghadap hidangan. Apa yang Amie masak itulah yang mereka makan tanpa banyak bicara. Oleh kerana Encik Suami pulang pada sebelah petang, kami makan empat beranak sahaja. Untuk anak-anak memang cukup hidangan Ikan Nyok-Nyok Masak Sup kerana mereka kurang gemar sayur, tapi Amie rasa kurang lengkap kalau tidak ada hidangan sayur. Jadi Amie sediakan sedikit ulam-ulam seperti bendi celur, hirisan tomato dan juga daun pegaga cicah bersama cencalok. 


Resepi ikan masak sup ini Amie ikut cara bonda Amie masak. Pesan bonda, jangan lupakan 2 bahan terpenting  untuk menghidupkan masakan sup. Bahan tersebut sudah tentulah daun saderi dan bawang goreng! Satu lagi, bonda tidak meletakkan serai dalam masakan ini kerana katanya bau serai akan mematikan bau segar daun sup! Oh ya... ada satu lagi! Biasanya masakan sup bonda, baik daging, ayam atau pun ikan, mesti ditumis terlebih dahulu sebelum ditambah air. Mengikut bahasa bonda 'goreng malem-malem' atau yang Amie faham maksudnya goreng setengah masak. Eh... betul ke tu? Tapi Amie tafsirkan di sini kita goreng atau tumis sehingga ikan kelihatan berubah warna atau layu, dan tak perlu sampai setengah masak untuk ditambah air. Apa pun, resepi ini sebenarnya resepi yang biasa diolah oleh orang kampung kami.... orang Bukit Hijau!

Resepi : Ikan Nyok-Nyok Masak Sup
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
8 kepingan ikan nyok-nyok
3 biji bawang putih - hiris
1 labu bawang besar - hiris
2cm halia - hiris
2 keping asam gelugur
1 sudu serbuk pati ikan bilis
2 biji tomato - belah 4
1/2 sudu makan lada putih - tumbuk
700ml air
minyak
daun sup / saderi - hiris
bawang goreng

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang besar, dan halia hingga wangi.
2. Masukkan kepingan ikan nyok-nyok dan balik-balikkan sehingga layu.
3. Masukkan asam gelugur dan air. Biarkan mendidih sehingga ikan masak.
4. Masukkan lada putih, serbuk pati ikan bilis dan tomato. Biarkan sebentar.
5. Tutup api dan angkat.
6. Hidangkan bersama taburan daun sup dan juga bawang goreng.

Di bawah ini sudah tentulah cencalok yang sudah ditambah dengan beberapa bahan untuk dicicah bersama ulam-ulaman.


Resepi : Cencalok & Ulam
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
3 sudu makan cencalok - Amie buangkan airnya
1/2 cawan hirisan bawang merah besar
hirisan cili padi & cili merah
2 biji limau kasturi - perah airnya
kacang bendi  - dicelur
tomato - hiris
pegaga 

Cara:
1. Campurkan cencalok, bawang merah, cili padi dan air limau kasturi.
2. Gaul sebati.
3. Hidangkan bersama ulam-ulaman.


Wokey.... petang ini cuaca panas tapi agak nyaman bila berada di dalam rumah. Jangan lupa minum air kosong banyak-banyak. Ingatkan tadi Amie ingin tidur sebentar kerana kepala berpusing-pusing, tapi sekarang tak berpusing berdengung pulak dah.....  Alhamdulillah.

24 comments

  1. Assalamualaikum akak amke cayang...
    Info yg sgt menarik.... N berguna... Terima kasih akak...

    Tgk ikan tu mmg sgt sedap.. Kalu d hirup kiahnya panas2 nie mmg best kan akak...

    BalasPadam
  2. Opss!! Silap plak... Huhuuu... Akak amie caayng... Hehehe

    BalasPadam
  3. ape ke ikan nyok-nyok tu kak... ni baru 1st time saya tahu..

    BalasPadam
  4. sedapnya ikan nyok2...kepalanya kalo dibuat kari...mmg meletops...smg pening akak dh kurang yea...frofesen kiter ni mmg le stress...walopon tak pikir sgt..tau2 je dh pening..take care yea k amie!

    BalasPadam
  5. Salam kak amie lamanyaaa tk dtg tgk kak amie masak terima kasih atas tips dan kata semangat syg kak amie...

    BalasPadam
  6. menarikkk lah hiasan pada sup ikan nyok nyok2 tu,kalau orang kedah kan ikan nyok nyok ni selalu depa buat kari lah Mie sedap jugak heee,cencalok tu aduyaii buat tingin snagat ulam dah banyak cencalok boliawww lah

    BalasPadam
  7. Amie, rasa nak pegang jer ulam tu.cantik sangat gambar tu. kamera jenis apa yang Amie guna ni

    BalasPadam
  8. kak amieeee...apa khbar? lamanya kita tak calling2...rindu suara kak amie tuuuu...
    Kak, mieza tak pernah wat sup ikan nyok nyok..selalu kalau sup buat ikan merah..kalau ikan nyok2 ni mieza buat kari...sedap ye kak rasanya..kena cuba juga ni...
    kak tahun ni raya balik malaya tak?

    BalasPadam
  9. asslm Kak Amie cygggg...kalau ke dapur akak ni mesti mcm2 jenis makanan2 dan masakan yg agak pelik pd QH...slama ni xtau pon ade ikan nyok2 tu..hihi..atau ade nma lain ker ikan tu...nmpk sedap tu..

    BalasPadam
  10. nasik panas, sup, ulam2an ... cukup menyelerakan...

    BalasPadam
  11. salm amie..lamanya acik tk makan ikan nyok nyok ni.dulu kalau beli dah tentu sup ikan,,bila pindah dari tanjung karang tak pernah ji..umpa lag

    BalasPadam
  12. Salam Kak Amie...semoga kepala kakak tidak berdenyut-denyut lagi..
    memang ngam la menghirup kuah ikan panas2...segar rasanya kan..

    BalasPadam
  13. Sedapnya ikan nyok2..1st time yana mkn ikan ni kat umah mertua..dia slalu beli ikan ni bt gulai or kari..kat klate xpnh jmpa plak ikan nyok2 nii.. sedap pulak tgk sup ikan kak Amie..kalau ada rs pedas+masam mmg terangkat hihiii ^^

    BalasPadam
  14. Slmt berhujung minggu Amie.baru pertama kali tahu ada ikan nyok nyok.tp nampak sedap masak buat sup...dan bagus kongsi tip bonda Amie. juga yg buat lagi sedap cencaluk yg posing tu..

    BalasPadam
  15. kelakar pulak nama ikan tu kan. tp masak gini pun tentu sedap! ;D

    BalasPadam
  16. Diana,
    waalaikumussalam...
    memang sedap hirup panas! keluar pe;uh... ringan sikit kepla.

    Cheq Sue,
    entahlah Cheq Sue... orang panggil nyok2, kak Amie pun ikut sama... tapi di sini juga dipanggil ikan putih.

    Ummiaisyah,
    memang sedap dibuat kari.... lain kali kalau ada kepalanya nak masak kari mamak!

    BalasPadam
  17. Hanis My,
    sama-sama kasih Hanis sayanggg...

    Kak Noor,
    memang sedap dimasak karikan kak.

    Azie,
    he he hehh kamera biasa saja Azie.

    BalasPadam
  18. Mieza cayanggg...
    memang biasanya sedap buat kari, tapi kakak masak sup sebab nak hirup kuahnya yang bubuh lada putih tu supaya keluar peluh bagi ringan sikit kepala he he ehh

    Qaseh Honey,
    nama lainnya ikan putih kot...

    FnF,
    alhamdulillah.... menyelerakan Dan rasa segar.

    BalasPadam
  19. Acik,
    ooo... di tempat Amie banyak ikan n yok-nyok ni.

    Rahel,
    okey sudah...ndak pusing berdengung lagi!

    Yana,
    alhamdulillah... larfat juga kak Amie masak sup nyok-nyok!

    BalasPadam
  20. Mamasya,
    betul tu... air tangan bonda tetap diingat yang paling enak walau di mana kita berada.

    Asmara,
    ha ha hahh memang lucu namanya kan As.

    BalasPadam
  21. kunjungan gan .,.
    saat kau kehilangan arah ingatlah masih ada yang menolong mu
    dan tetap berdoa mengharap untuk menemukan jalanmu.,.
    di tunggu kunjungan balik.na gan.,.

    BalasPadam
  22. haisshh tengok akak makan cencaluk ni baru teringat nak makan cencaluk kat rumah ni..heheheh..sedapnya kak..fav saya ni..huhuhu

    lama tak makan sup ikan besar2 cam gini..sedapnyaaaaa...!!!

    BalasPadam
  23. x pernah dgr lagik ikan nyok2..mb sini panggil lain kot..emm..nmpk sgt sedapp k.ami..menyelerakan dan menu sgguh sihat!..;)

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum Amie,

    Terbukak selera kak Ros...tengah tak selera makan nih,boleh la Kak Ros cuba resepi nih..terima kasih ya Amie kongsi...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe