Ayam Masak Sos Tiram

7:53 PTG

Assalamualaikum dan selamat malam. Kita cerita ringkas sahaja tentang menu yang sangat mudah dimasak ini. Jom sama-sama cicipi Ayam Masak Sos Tiram di bawah ini.


Resepi : Ayam Masak Sos Tiram
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
12 ketul daging ayam
6 biji kentang saiz kecil - belah 2
3 kuntum cendawan shiitake - rendam hingga kembang dan belah 2
2 batang daun bawang besar - potong sepanjang 5cm
3cm halia - hiris nipis
3 biji bawang putih - pecahkan dan cincang halus
1 labu bawang besar - cincang halus
1 sudu lada putih - tumbuk
3 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
1/2 sudu serbuk pati ayam Tumix - jika perlu
1 sudu tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
1/2 sudu teh pati asam jawa
400ml air
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga wangi.
2. Masukkan daging ayam bersama kentang dan cendawan shiitake. Gaul rata bersama sos tiram dan kicap pekat.
3. Masukkan pati asam jawa dan air. Tutup kuali sehingga daging ayam dan kentang empuk.
4. Masukkan lada putih dan serbuk pati ayam Tumix. Biarkan sebentar sehingga kuah mula memekat.
5. Tuangkan bancuhan tepung jagung dan gaul rata.
6. Masukkan daun bawang besar dan tutup api dapur.
7. Angkat dan sedia dihidang panas.

19 comments

  1. Kak Amie..melly datang mau dinner di rumah akak yah, buka pagar nya kak.. hehe

    BalasPadam
  2. saya pun nak tumpang dinner juga :)

    BalasPadam
  3. Melly,
    jemput masuk... jemput udah dibuka luas2 pagarnya dengan pintunya ya...

    Kasih,
    jemput sekali Kasih...terimakasih sudi datang kasihku!

    BalasPadam
  4. sedap nye...sy pun nak tumpang dinner ;)

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Amie,
    Sedapnya nampak ayam masak sos tiram tu, nak tumpang semangkuk boleh....

    BalasPadam
  6. tu dia!!!! sebijik2 tomato dia letak... dah lama x makan ayam sos tiram ni.

    BalasPadam
  7. sorang lagi Mie nak tumpang ni jauh akak dtg bagi lah semangkok haha boleh kan..

    BalasPadam
  8. Amie..ummi singgah makan malam pulak,tak nak nasi, nak ratah ayam je..

    BalasPadam
  9. asslm Kak Amie...nk tumpang makan jugak kt sni...nmpk sedap sgt lauk ayam tu...

    BalasPadam
  10. Selamat malam Kak Amie...
    kalau ayam masak sos tiram memang sedap wo..makan dengan nasi sejuk pun lagi la sedap...adoii..

    BalasPadam
  11. Salam, first time kat sini. Wah resepi n menu kat sini best2 laaa. Tq

    BalasPadam
  12. Ass'kum Kak Amie cayang waduhh ini best ni.. kecur aje tengok peha ayam yang terselit kat celah tu.... macam nak ambik aje seketul masuk mulut.. lagi sebelah tangan pegang tak lepas.. so sha amik 2 ketul tau ni...

    BalasPadam
  13. Selamat malam kak amie, aduh malam2 ni kasi lapar perut aku, sedapnya...

    BalasPadam
  14. salam kak amie

    sedapnya

    BalasPadam
  15. Kak amie.. Dtg bawa pinggan ada lagi ke.. Hihihi ieh la cuba masak nsmpak menarik je kak

    BalasPadam
  16. ayam kalau masak apa pun best je..hehehhe..sedapnya...saya pun hari ni nak masak ayam tapi duk pikir nak masak apa lagi ni...kekeke

    BalasPadam
  17. Sedap nyer tgk...Nnt insyaallah nk cube lah :D

    BalasPadam
  18. mcm masak kicap jugakkan. anak2 mesti suka!

    BalasPadam
  19. nk dok kt sebelah umah kak Amie lah,nnti hari2 dpt bau apa yg Kak Amie msk......cium bau pun jd lah...hihihi..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe