Hidangan Tengahari : Menu Kampung

1:45 PTG

Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung Amie's Little Kitchen. Hari ini tidak ada resepi, hanya menu tengahari sahaja yang Amie paparkan kerana semuanya merupakan menu ulangan walaupun hasil masakan pada hari ini. Encik Suami membawa pulang ikan kembung yang masih segar dari pasar. Tentulah rasanya jauh lebih sedap dan manis dari ikan yang terperam dalam peti sejuk. Amie sediakan Asam Pedas Ikan Kembung, Sayur Pucuk Paku Tumis dan sekali lagi Amie buat otak-otak tetapi hari ini Amie gunakan ikan kembung jadi namanya pun berubah kepada Otak-Otak Ikan Kembung.


Untuk resepi Asam Pedas Ikan (tidak kiralah ikan apa) bolehlah klik  Ikan Parang Asam Pedas DI SINI Bolu@Milkfish Asam Pedas Di SINI,  Ikan Pari Asam PedasDI SINI, dan DI SINI, juga DI SINI dan banyak lagi.


Sayur Pucuk Paku Tumis tentu semua orang pandai masak. Masukkan sajalah apa benda pun sebagai bahan campuran, tidak kiralah ikan bilis ke, udang kering ke, udang basah ke, daging ke, ikut cita rasa masing-masinglah.



Otak-Otak Ikan Kembung ini Amie sediakan setelah rasa tidak puas makan Otak-Otak Ikan Tenggiri yang dibuat beberapa hari lepas. Kali ini Amie buat lebih sedikit, dan memanglah puas makan sebab Amie ratah-ratah sahaja. Pada Amie, secara jujurnya Otak-Otak Ikan Kembung lebih sedap berbanding rasa ikan tenggiri. Mungkin disebabkan daging ikan tenggiri yang agak tawar berbanding isi ikan kembung. Apa pun semua otak-otak memang sedap, cuma terpulang kepada kehendak masing-masing untuk membuat pilihan. Disebabkan suka makan otak-otak, Amie pun tidaklah terasa sukar untuk menyediakannya! Boleh klik resepi Otak-Otak Ikan DI SINI.

Selamat berhujung minggu. Jumpa lagi!

12 comments

  1. as-salam kak Amie
    mmg npk sungguh menyelerakan hidangan tengahari kak Amie ni..my fav asam pedas tu...

    BalasPadam
  2. salam amie..kalau ikan fresh memang sedap..bakar aje pun sedap kan.

    BalasPadam
  3. asslm Kak Amie...QH nk tumpang makan kt sini bleh x...sedap la kesemua lauk2 tu...QH suka...lg2 tgk asam pedas tu...kecur teliur semua ade...tgh lapo ni...hihi

    BalasPadam
  4. Salam kak amie,
    Menu saya pun pucuk paku hari ni. Cuma saya buat kerabu. Kerabu lagi kan....

    BalasPadam
  5. salam kak amie...sy ni kalo lauk2 kampung camni,,,cepat je bubuh nasi lm pinggan...hehehe..itu pon kalo ada org pelawa..muahahaha

    BalasPadam
  6. Pergh!!!, mengancam betul masak asam pedas Amie tu,tumpang makan nasi sepinggan!.Otak2 ummi tapau,hikhik!!!

    BalasPadam
  7. pucuk paku mmg feberet....lg2 kalu goreng belacan..perhhh,mmg sedap...

    BalasPadam
  8. sedap ni kak amie kalau makan kena beringat tarik hand break ,kalau idak huhuhuh terlajak

    BalasPadam
  9. dalam banyak2 menu tu, paling tertarik tengok otak2...adoi.. terliurnya...nak buat takde kerajinan seperti kak amie pulak.

    BalasPadam
  10. hari2 nak ke sini kak amie...muahahhahaha...peberet kita asam pedas ni.tak kira ikan ape pun.tau dh dilla asal mana...

    BalasPadam
  11. Salam kak amie! aaarghhhhh! nmpk lagi otak2 ikan akak uuuwaaaaa...sedapnyerrrr! mana nak carik daun utk bungkus dia tu ya? sume konkrit kak kat condo kita ni, ada pokok pun pokok lain :D Asam pedas pun lama sgt tak buat, ada bunga kantan mmg sedap pastu ada bendi aduhhhhhh! mmg yg abis sayur dulu :D

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe