Ayam Begana

8:15 PTG

Petang tadi Amie sempat masak Ayam Begana untuk keluarga sebagai hidangan makan malam. Walaupun hasil kejadiannya tidak sepertinya (masakan orang Melayu Cocos), tetapi sekurang-kurangnya anak-anak dan Encik Suami dapat juga merasa hasil air tangan Amie. Ayam Begana merupakan salah satu  resepi masakan masyarakat Melayu Cocos, dan resepi ini Amie perolehi daripada rakan sekerja pada tahun lepas walaupun sebenarnya sudah banyak kali melihat ibu-ibu memasak resepi ini di kampung sewaktu kenduri-kendara. Terima kasih buat Surayati Kadia yang sudi memberikan Amie resepi turun temurun yang dibawa dari Pulau Cocos-Keeling ini. Biasanya Ayam Begana dijadikan lauk istimewa bersama nasi semasa kenduri dan bacaan doa selamat dalam kalangan masyarakat Cocos.  Hasilnya, ia dinamakan Nasi Begana yang akan Amie tunjukkan di bawah. Sepinggan Nasi Begana akan dibawa pulang oleh tetamu lelaki yang menghadiri majlis tersebut. Tradisi ini masih diamalkan sehingga ke hari ini. 



Resepi: Ayam Begana
Sumber : Surayaati Kadia (Kampung Cocos, Lahad Datu, Sabah.)

Bahan-bahan:
500 gram daging ayam - potong ikut suka
3 biji bawang putih - tumbuk / kisar
5 biji bawang merah - tumbuk / kisar
1 labu bawang besar - tumbuk / kisar
1/2 cawan serbuk kari
1 sudu serbuk ketumbar
1/2 cawan cili kisar
2 batang serai
2 cawan kelapa parut
jus limau nipis / air asam jawa
minyak
1 cawan air
garam / gula / perasa pilihan

Cara:
1. Gaul ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Perap seketika kemudian goreng setengah masak.
2. Sementara itu satukan serai bersama kelapa parut untuk disangai dan kemudian kisar / tumbuk menjadi kerisik.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, bawang besar, serbuk ketumbar, dan cili kisar serta serbuk kari hingga naik bau.
4. Masukkan daging ayam yang telah digoreng tadi.
5. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga daging ayam menjadi empuk.
6. Masukkan bahan-bahan perasa bersama dengan jus limau nipis / air asam jawa.
7. Masukkan kerisik dan biarkan seketika sehingga agak kering.
8. Tutup api dan hidangkan.


Inilah contoh Nasi Begana yang Amie sebutkan di atas. Di atas sepinggan nasi kukus, diletak daun pisang sebagai alas dan dibubuh seketul Ayam Begana bersaiz besar. Nampaknya Amie belum begitu mahir untuk menghasilkan Ayam Begana, tetapi sekurang-kurangnya Amie sudah mencuba resepi yang selalu dimasak oleh MIL. Semoga resepi ini akan menjadi tatapan anak-anak kami pada masa akan datang agar mereka mengetahui adanya resepi-resepi yang unik dari sebelah ayah mereka yang diturunkan secara warisan oleh nenek moyang dari Pulau Cocos.

51 comments

  1. melayu cocos?????? tun terbayang2 zaman keutuhan melayu melaka gitu.. huhu.. 1st time tun dengar. pastu tgk kepulauan tu, terbayang2 jawa sumatera pulak. rupa2nya kt lahad datu ye.. nama lauk pun unik je. kalau rajin blh try.

    BalasPadam
  2. SAlam Kak Amie cayangg.. laa Begana tu kat SAbah yaa.. sha ingat kat Uganda.. hadoii kureng laa sha ni hehehe.. apa pun nampak macam sedap... nak suap boleh tak kak..muahh

    BalasPadam
  3. Tun Telani,
    sebahagian kecil masyarakat Melayu Cocos tinggal di Lahad Datu, sebahagian lagi di Pamol, Kunak dan Balung,Tawau. Sebahagian lagi menjadi penghuni Christmas Island, ada yang menjadi warga Australia Barat terutama di Katanning dan Geraldton. Sebenarnya mereka serumpun dari Kepulauan Cocos-Keeling.

    Shahriah,
    salam dik Sha cayangggg.... ha ha hahh Begana bukan di Sabah dik oiii... resepi Ayam Begana tu menu tradisi Melayu Cocos, he he hehh dan segelintir kecil mereka penduduk Sabah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya anak jati Cocos berasal dari balung Cocos Tawau,kini menetap Di Klebang ipoh perak,walaupun jauh dari Kampung masakan tradisi tetap jamuan harian

      Padam
  4. Nampaknya enak sekali tuh Ayam Begana,nanti takcuba resepnya,,,,
    bolehkan Amie,,,,

    BalasPadam
  5. Dede Tajidin,
    silakan...kita kongsi resepi, supaya tambah meriah dunia masakan!

    BalasPadam
  6. Pulau Cocos...kat mana tu amie?
    sedappppp..pasti hingga menjilat jari

    BalasPadam
  7. Kasih,
    Pulau Cocos letaknya di tengah Lautan Hindi, wilayah Australia setelah diambil alih dari Clunies Ross (pentadbiran British).

    BalasPadam
  8. 1st time dengar ayam begana nie...

    BalasPadam
  9. Kak amie di Sabah ka?Sabah d mana tu?dilla di Labuan..saya pernah rasa ni..sedap.

    BalasPadam
  10. asslm Kak Amie...pertama kali QH dgr psl Melayu Cocos tu...terus tfikir spi ke Indonesia sna...hehehe...rupanya kat Lahad Datu aje...

    1st time jugak tgk lauk ni...ayam begana...tu la kelebihan bile bblog ni...segala jenis masakan@makanan kita akan tau...xde la asyik dgn menu yg sama aje kan...

    ape2 pon nmpk sedap dan myelerakan menu ni...nti nk cuba jugak..nk tau cmne pula rasanya tu...

    BalasPadam
  11. Assalam kak amie cayang,kalo datang dapo akak byk menu pelik2,tapi nmpk sgt2 sedap dihidangkan,wah ngan nasi kukus lapik daun pisang lagi,bestnyer,mesti harum semerbak kan baunya..Rajin akak mncuba pelbagai resepi.

    BalasPadam
  12. Myda,
    tambah info ye Myda.


    Dapurmerahibu,
    di lahad Datu, ooo di Labuan... dah sampai sana beberapa kali, naik feri, naik Foker 50.

    Qasey Honey,
    Melayu Cocos ni tak ramai, komuniti kecil saja...
    Ayam Begana ni biasanya dimasak untuk kenduri & baca doa selamat.

    Dana cayanggg...
    lain padang lain belalang, lain tempat lain makanan ha ha hahh

    BalasPadam
  13. Salam Amie...dah sampai tak ke perak?...mesti penat berenang merentasi lautan cina selatan tu ya.hihi
    Takpe..ada lg mangga tu atie simpan tuk Amie.
    Ayam begana?nampak sedap...cam org jawa gak ada nasi ambengnya bila time kenduri.:D

    BalasPadam
  14. nampak sedap aje ayam tu kak amie, kalau saya masak ni mesti gempak. awak bekal ke sekolah, nasi dengan ayam begana...mau ternganga member2 semua... :)

    BalasPadam
  15. jauh jua tu kak lahad datu di tawau sana tu kan.belum lagi bah sampai di sana..selalu juga akak ke labuan next trip bolehlah kita jumpa.

    BalasPadam
  16. Bagusnya menu Akak hari ni, memang tak pernah dgr Nama melayu cocos tu kak, di samping blaja masak dpt tau pasal sejarah jugak

    BalasPadam
  17. Nampak sedap,ayam pulak besar macam ayam turkey. Semoga recepi ini dapat dipraktikkan selalu.

    BalasPadam
  18. Ayam tu mesti sedap dan wangi, ada kerisik dan serai lagi,gabungan yang mantop!. Sedap sungguh nampaknya Amie..

    BalasPadam
  19. Baru pertama kali dgr melayu cocos...ketinggalan jugak saya ni pasal sejarah...

    Tapi ayam begana tu mmng nmpak sangat menyelerakan.....nanti kalau rajin nak try buat jugaklah....

    BalasPadam
  20. Assalam amie,
    waw nampak sungguh sedap ayam begana ni..ada ala2 rendang kot rasanya..
    tentu istimewa lauk ni ya amie..bolehlah masuk list..terimaksih for sharing dear..
    terimaksih juga for being my friend ya amie..rasa terharu kita tau..

    BalasPadam
  21. rajinnya kak Amie,
    menambat selera..

    BalasPadam
  22. Atie,
    alhamdulillah... setiap kali merenangi Laut China Selatam, memang lepas tak lemas tenggelam... he he heh

    Cheq Sue,
    Amie buat tak berapa menjadi ni... maunya yang masak ni orang Melayu Cocos sendiri (sebab tengok yang mereka masak hasilnya cantk!)

    Dapurmerahibu,
    Kalau ikut jaan darat, Tawau jauh lagi melebihi 155km dari Lahad Datu.

    AjuMohit,
    memang ada masyarakat Melayu Cocos, MIL & FIL memang Cocos tulin dari Pulau Cocos-Keeling.

    BalasPadam
  23. Kak Zaitun,
    biasanya orang Cocos potong saiz besar untuk dibuat Nasi Begana.

    Ummiross,
    memang wangi, ada rasa masam air limau nipis sedikit... itulah keaslian & keunikan masakan ini.

    MP,
    tidak banyak taburan penduduk Melayu Cocos, tapi sebenarnya ada penduduk Singapura bberketurunan yang sama, sebab sewaktu kapal kargo yang mereka tumpang dari Pulau Cocos singgah di Singapore, ada di antara mereka ambil keputusan menetap di pulau itu dan ada juga yang menetap di Malaya. Fandi Ahmad (pemain bola sepak) & Ebby Saiful (pelakon) dipoercayai keturunan Melayu Cocos.

    BalasPadam
  24. Ayu,
    memang ala-ala rendang, tapi mereka tidak gunakan santan.

    Rohah,
    Amie cuba meneruskan resepi warisan tradisi sebelah suami.... supaya tak luput dek zaman.

    BalasPadam
  25. Bagus mengetengahkan resepi warisan supaya tidak dilupakan.

    BalasPadam
  26. As'salam Amie

    Kiranya ct baru kenal nama masakan ni, memang tersangat jakun rasanya. Tapi apa yang menjadi kesukaan ct bila singgah dapur Amie ni, kerana menunya semua amat berlainan. Dan ada yang tak pernah ct tahu dan dengar sebelum2 ni.

    Tapi tengok dari bahan2 ayam ni seakan masak kari tapi dikeringkan kuahnya erk..ya ker..hehehe

    BalasPadam
  27. Assallamualaikum Amie..

    Bila Amie cakap pasal Cocos Island, teringat rakan2 pakcik dan makcik melayu yang tinggal dan menetap di Perth. Dulu Naz pernah merantau ke Perth.. Di sana ramai org melayu kita yg kebanyakannya org Melaka yg datang dari Cocos island dan crismas island. Mereka ke pulau2 tu pun sbb merantau bawa anak isteri datang dari M'sia..

    Sedap nampaknya ayam ni.. Cam nak seluk tangan nak amik seketul jer..

    BalasPadam
  28. as-salam kak AMIE
    NPK SEDAPLAH AYAM BEGANA NI..MASUK LIST DULU..

    BalasPadam
  29. ayat baru belajar hari ni BEGANA ...new word

    sedap nmpk kaka

    BalasPadam
  30. wahhh uniknya kak cara hidangan dia...nanti nak cuba lah..:)

    akak saya dah buat lawar akak tu tapi saya guna timun...hehehhe..nanti saya post ek...maybe isnin kot..hehehhe

    BalasPadam
  31. lambat datng dah habis dah..
    sedap kalau makan dengan nasi tumis ni.

    BalasPadam
  32. ayam begana dipadankan dengan nasik ambeng mesti lagi meriah kan...

    BalasPadam
  33. Uwaaa...Ayam begana..sedap tu...my jiran ni ada orang cocos gak...harus diterai ni Kak Amie,terima kasih utk resepi turun temurun ni...mesti sedap digandingkan dengan nasi minyak..adeiii..laparnya gue..mau mau pandu kereta laju2 sampai lahad datu..

    BalasPadam
  34. Kakak tak pernah lagi merasa itu yg buat teringin nak merasa. Baca bahan resepi memang sedap tu Amie..

    BalasPadam
  35. wow! mengancam u.... enak sekali...

    BalasPadam
  36. 1st time dgr ayam begana dgn melayu cocos..best blog k.Amie..dpt blaja resepi baru smbil blaja sejarah hihiikk..ayam begana ni msk list dulu..harus cuba ^_^

    BalasPadam
  37. Eh amie, dulu masa kecil2 wc pernah tinggal di Pamol tau. bersekolah dari darjah satu sampai darjah 4 kat sana.

    BalasPadam
  38. pertama kali dgr ayam begana ni..cantik gulungan timun tu..

    BalasPadam
  39. aslmkum amie.. cam lama tak mjengok ke sini.. sihat2 n ceria selalu hendaknya.. kt rumah saya kalau ayam goreng jer baru laris.. klau masak2 canggih camni saya n eh hb lah kene mgadap bagi perabih.. jakun tul anak2 saya tu amie..

    BalasPadam
  40. pertama kali tahu, kalau dtg blog kak amie mmg byk dpt byk info ttg masakan yang tak pernah dengar sebelum ni, tapi bab nak cuba tu, salin resipi kemain lg bila nk buat tak confident pulak huhu...

    p/s: hanis suka sakura mankai :)

    BalasPadam
  41. salam kenal amie..tenkiu visit blog akak..kt sini pun mcm2 menu sedap ada..i followww!!

    BalasPadam
  42. Hazila,
    itulah kelebihannya kecanggihan teknologi hari ini ye Hazila, boleh didokumentasikan dengan mudah untuk tatapan generasi masa kini dan akan datang.

    Ct Delima,
    memang sebelum datang ke sini pun Amie tak tahu ada resepi begini, dah kahwin baru tahu sebab kenalah kenal dan faham budaya masyarakat belh suami mereka dari segala segi, supaya boleh sesuaikan diri.

    Naz,
    memang ada yang merantau, tapi kebanyakannya kerana terpaksa berhijrah selepas peperangan dunia ke2 akibat ledakan penduduk di pulau dan terputusnya bekalan makanan asas seperti beras dari Singapura.

    BalasPadam
  43. Ady, silakan cuba Ady, Kak Amie tak berapa cun menghasilkannya berbanding orang asal empunya resepi ini he he hehh

    Lady Ayu,
    ada juga yang sebut bogana.

    Quinnie,
    tentu sedp lawar timun tu Quinnie, kak Amie nak cuba daging bakar dan juga jantunglah pulak!

    BalasPadam
  44. Kak Na,
    kuahnya yang pekat tu rasa gurih.

    Ucu,
    betul tu Ucu... memang ikut asalnya pun dari Teggal, Jawa Tengah.

    Rahel,
    pelan2 bawa kereta tu Rahel...jalan Kunak ke Lahad Datu tu macam ular kena palu... he heheh

    BalasPadam
  45. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  46. Kak Zakie,
    ringkas saja bahan-bahan penyediannnya. Cubalah kak.

    Gee,
    memang sedap Gee.

    White Cappucino,
    sempat tak jumpa orang Cocos di situ, masakan ini terkenal dalam majlis doa selamat, dibekalkan seorang sebungkus untuk dibawa pulang.

    BalasPadam
  47. Mama Ema,
    ooo timun begulung-gulung tu boleh diguling-gulingkan pulak ha hahah

    Dzana,
    alhamdulillah sihat,
    anak-anak kami makan saja apa yang dihidangkan, ayam goreng pun dimakan, masakan ayam selain goreng pun habis juga.

    Hanis,
    alahamdulillah Hanis, sekurang-kurangnya dapatlah buat dokumen dan kongsi pengetahuan dengan pengunjung.

    Inahar,
    selamat datang ke dapur Amie, terima kasih sudi follow.

    BalasPadam
  48. kalaulah satu hari nanti nani dapat singgah di rumah kak amie, memang nani nak request kak amie masak makanan melayu cocos...nampak sedap2 semuanya...

    BalasPadam
  49. Nani,
    ha ha hahhh... MIL dan family belah suami kuat gunakan jus limau nipis Nani, terasa kemasamannya... itu yang bezanya masakan mereka dengan kakak.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe