Ayam Masak Pedas Manis, Peria Goreng & Sup Lobak Putih
6:55 PTG
Salam petang Selasa. Apa khabar suri rumah sepenuh masa, separuh masa dan yang langsung tidak ada masa di rumah. Sesibuk mana pun, tak sempurna rasanya kalau dapur tidak berasap. Amie telah menyiapkan hidangan makan malam untuk keluarga tersayang. Maklumlah hidup bagaikan burung, pagi-pagi ke luar sarang, mencari makanan sendiri-sendiri di kantin sekolah masing-msing, jadi hanya waktu petang atau malam sahaja dapat menikmati hidangan bersama. Biasanya kami makan malam sebelum menjelang Maghrib. Memang setiap petang kena bertukar jadi lipas kudung sekejap, kalau tidak sampai malam tak siaplah hidangan untuk disajikan. Jom kita jamu sama-sama lauk-pauk ringkas yang Amie sediakan. Amie ada Ayam Masak Pedas Manis, Peria Goreng dan tidak ketinggalan Sup Lobak Putih. Kata Encik Suami dan anak-anak, Ayam Masak Pedas Manis sesuai benar kalau dimakan bersama nasi lemak. Lain kali kalau buat nasi lemak, Amie akan lengkapkan dengan Ayam Masak Pedas Manis begini.
Resepi : Ayam Masak Pedas Manis
Sumber : Koleksi SAJI
Bahan perap:
500 gram ayam - Amie gunakan 700 gram dan potong 6
4 ulas bawang putih - kisar
3cm halia - kisar
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar serbuk kari
Bahan sos:
1 1/2 sudu besar cili kisar - Amie tambah
1 sudu besar minyak masak - Amie tambah
3 sudu besar gula
3 ulas bawang putih - hiris
2 labu bawang besar - hiris
sedikit air - Amie bancuh dengan sedikit pati asam jawa
garam
Cara:
1. Cuci ayam dan toskan airnya. Perap dengan bahan pemerap selama 30 minit.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk menyediakan sosnya, panaskan minyak dan tumis bawang putih serta bawang besar. Masukkan cili kisar dan tuangkan sedikit air (Amie gunakan air asam jawa). Kemudian masukkan gula, tambahkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih seketika.
4. Kemudian masukkan ayam. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
Resepi : Peria Goreng
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 biji peria - belah 2, buang biji dan hiris nipis (jika tidak suka pahit, tambahkan sedikit garam dan ramas-ramas, kemudian bilas dan toskan hingga kering)
2 biji telur
1/2 cawan udang kering - rendam dan tumbuk kasar
10 biji cili padi - hiris
2 ulas bawang putih - tumbuk kasar
3 biji bawang merah - tumbuk kasar
1 sudu besar serbuk pati ikan bilis
minyak
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, bawang merah, cili padi dan udang kering sehingga wangi.
2. Masukkan peria dan gaul rata sehingga peria berubah warna.
3. Masukkan serbuk pati ikan bilis. Gaul sebati.
4. Pecahkan 2 biji telur di atas peria dan gaul rata.
5. Angkat dan hidangkan.
Resepi : Sup Lobak Putih
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 batang lobak putih - kupas kulit dan potong ikut suka
7 biji kurma merah
3 ketul ayam
3 biji bawang putih - pecahkan
1/2 labu bawang besar - belah 2
1/2 sudu lada putih - tumbuk
garam / perasa pilihan
daun bawang
600ml air
Cara:
1. Masukkan daging ayam, kurma merah dan lobak putih bersama bawang putih dan bawang merah ke dalam periuk berisi air.
2. Gunakan api besar untuk mendidihkannya. Setelah mendidih, perlahan api sehingga kesemua bahan empuk dan masak.
3. Masukkan lada putih, garam dan peras pilihan.
4. Akhir sekali masukkan daun bawang dan sedia untuk dihidangkan.
23 comments
Salam kak amie!! sedapnyer ayam tu kak, eeeee tak tahu dah mana satu resepi nak dicuba dulu sume sedap! Sup lobak putih kita sukeeeeee! suke sgt makan lobak putih sejak tahu kesedapannyaaaaaa hihihi... popiah pun lama tak buat bila ntah nak rajin nii :D
BalasPadamAmie..aik tak pandai makan peria..pahit sangat rasanya..kalau teringin nak makan..acik masak ngan udang..dan acik makan udang je..ada juga rasa pahit2 dia tu.
BalasPadamHari ini saya masak ayam kurma..
BalasPadamPeria tu pun saya suka mkn...walaupun ada rasa pahit...
saya x suka mkn peria kak...pahitttttt rasanya...nk telan pun x leh ...huhuhu..tp kalau ayam pedas manis tu sukalah.....lobak putih x pernah mkn ...
BalasPadamkagum! dalam kelam kabut mcm ni pun sempat aje kak amie masak special.
BalasPadamIka,
BalasPadamcepat2 buat popiah ye Ika. jangan lupa simpankan Kak Amie 10 batang!
Acik Erna,
sebenarnya tidak semua peria rasanya sepahit yang kita sangkakan, kalau peria katak memanglah pahit tapi kalau peria yang besar2 dijual di psar tu, kena pilih warna cerah kalau tak mahu pahit. Boleh hilangkan pahit peria seperti yng Amie catatkan di atas.
Ainnoraini,
Amie fikirkan khasiatnya, pahit tu ubat kan Ain, tapi taklah sepahit mana.
Myda,
tak apa tak suka makan peria,kak Aie nak buat macam mana... he he hehh
Nani,
Tukar jadi lipas kudung dik!
Saya suka peria telur tu. Mak saya pun ajar nk hilangkan pahit rendam dlm air garam. Selalu jugak mak masak peria telur tu. Rindu masakan mak!
BalasPadamSaya lak kalo msk peria tu kena gnding dgn telur asin baru leh mkn dulu kak.tp incik suami suke jer peria ni msk cmana pun.hehe..
BalasPadamAyam tu nmpk mnyelerakn!
assalam
BalasPadamsedapnya menu2 kat sini, gandingan yg cukup menyelerakan
peria tu paling sy suke k.Amie
akak tak pandai masak peria amie...selalu gagal...huhu
BalasPadamselalu gak masak peria camtu kak kurang sikit pahitnya:)..ayam tu nampak sedap nanti nak cuba juga la
BalasPadamthanks amie share resepi yg sungguh menyelerakan.. :)
BalasPadamsalam kak amie.. bestnya hidangan dinner kak amie family semuanya sedap2 tapi dalam banyak2 tu wani x pernah buat sup lobak putih tuh .. mseti bagus untuk kesihatan ...jarang dalam masakan wani guna lobak putih ... boleh la cuba nanti :)
BalasPadamAssalamualaikum Amie,
BalasPadamSemuanya Kak Ros suka he.he.he....macam2 resepi yang sedap2 kak Ros dapat kat blog Amie ni...terima kasih ya Amie....
salam kak amie
BalasPadampaling sy suka peria tue..sy mmg pengemar peria..x kisahlah jenis apa pun..klu peria katak tu lg la sy minat..masakan akk semunya sedap2 kak..suka tgok blog akk nie..smuanya ada.:)
Siang Kak Amie.. banyak nya lauk, ngeces ahh kak liat nya, peria goreng nya nampak sedap,melly tak suka makan peria karena pahit tapi lihat peria goreng akak jadi mau makan nya..slurrp
BalasPadamsedapnya segala laup pauk..lengkap set nasinya..hehehhe
BalasPadamakak peria akak masak tak pahit ke kak? saya kalau masak kuat betul rasa pahitnya..jenuh nak nelan..hehhehe
ooo ramas2 ngan garam ye...nanti nak cuba..:)
BalasPadamAsmara,
BalasPadammemang masakan emak tidak ada bandingan, yang rasa pahit pun bertukar jadi manis!
Hasue,
ooo..bagus idea tu, nanti kakak nak cuba masak dengan telur asin pula.
Mama Sara Nur,
ada yang suka peria kerana khasiatnya, dulu masa kecik2 pun tak berani nak makan peria sebab pahit tapi bila tahu banyak khasiatnya, rasa pahit tidak pula teras.
Kasih,
BalasPadamoooh... kenapa gagal, senangnya masaknya tu... tapi mungkin gagal kerana masih rasa pahit kot..
Qema,
kalau dah bubuh icli padi, rasa pedas, bubuh udang kering ada rasa masin, tambah dengan telur... jadinya ada pelbagai rasa di situ.
Mama Aini,
terima kasih kembali kerasa sudi mengongsi sama.
Wani,
BalasPadamKak Amie gunakan lobak putih sebab rasa kuah sup jadi lebih sedap! Dan ia memang baik untuk kesihatan.
Ros,
waalaikumussalam.... terima kasih sudi mengambil bahagian untuk kongsi resepi di sini.
Zila 4ever,
terima kasih Zila kerana sudi datang dapur kakak, kita kongsilah mana yang boleh dikongsi ye...
Melly,
BalasPadamwallah... ngences sudah ye...nanti kakak ambilkan tisu ye he hehehh
Quinnie,
nanti kak Amie kongsi sedikit info tentang peria ni yea.
Salam Kak Amie...kombinasi lauk pauk yang amat sepadan..sedappppnya
BalasPadam