Ikan Parang Asam Pedas

1:29 PTG

Salam tengahari Sabtu. Selamat menikmati hidangan tengahari bersama insan yang tersayang. Tengahari yang mendung tanpa sinaran matahari pada waktu ini, Amie hidangkan menu Ikan Parang Asam Pedas. Lama sangat tak makan ikan parang disebabkan suami tidak makan kerana katanya banyak tulang. Kalau diikutkan seleranya seorang memang kempunanlah sampai bila-bila untuk makan ikan parang. Padahal, inilah salah sejenis ikan yang keluarga Amie suka masak asam pedas masa kami kecil dulu. Akhirnya, untuk pertama kali dalam hidupnya.... dan juga hidup anak-anak, kami sekeluarga menghadapi hidangan tengahari dengan menu ini. Sebelum makan, Amie beri amaran terlebih dahulu: Makan perlahan-lahan, ikan ini banyak tulang. Percaya atau tidak....Amie masak 1kg ikan parang dan hanya tinggal bahagian ekor sahaja, itu pun sebab Amie ingatkan kena tinggalkan sedikit untuk kucing kami. Walaupun banyak tulang, nampaknya semua makan dengan penuh berhati-hati supaya tidak tercekik tulang. Alhamdulillah. Lepas ini kalau Amie ingin masak ikan parang, mudah-mudahan tiada bantahan seperti sebelum ini.


Resepi: Ikan Parang Asam Pedas
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1kg ikan parang - bersihkan dan potong-potong
sekepal asam jawa - bancuh dengan 300ml air
10 biji kacang bendi
2 batang serai - dititik
5 helai daun limau purut
1/2 sudu lada hitam - tumbuk
garam dan gula / perasa secukup rasa
minyak

Bahan kisar:
20 biji cili kering
7 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1.5cm kunyit hidup
1.5cm halia
1.5cm belacan

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan serai dan bancuhan air asam jawa. Biarkan mendidih seketika.
3. Masukkan ikan parang dan masak selama 7-8 minit.
4. Masukkan kacang bendi dan daun limau purut.
5. Perasakan dengan garam dan gula atau perasa pilihan.
6. Tutup api dan angkat untuk dihidangkan.


Bagi yang suka makan atau biasa makan ikan parang, marilah sama-sama kita meratah. Yang tak biasa makan disebabkan takut tulang dan sebagainya, minta maaf ye..... salah masuk dapur...keh kehh he hehehhh

10 comments

  1. Asslama amie, sedapnya asam pedas ikan parang ni, dulu2 masa dok umah makcik pun suka sangat dia masak asam pedas guna ikn parang ni.

    Tapi kat rumah ni mmg payah la nak mkn ikan 2 yg banyak tulang, anak2 masih kecil lagi, huhu kadang yg dh tua ni pun terkena gak heheh

    Sedapnya asam pedas tu amie

    BalasPadam
  2. Salam k.amie..nmpk sedap sungguhasam pedas tu..honestly sy mmg xpndai msk asam pedas ni.asyik failed je..tp suka mkn.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Amie...


    Ikan Parang Ni Walaupun Byk Tulang Tapi Isinya Lemak...Lagi Kalau Masak Asam Pedas Bila Makan Tak Nampak Pasti Tak Nampak Telinga!

    BalasPadam
  4. Rosa,
    Waalaikumussalam.
    Memang kena hati-hati makan ikan tu, tulangnya pun panjang & tajam, tapi nak makan punya pasal, he he hehh masak sajalah.

    Salam Kamalia,
    masak asam pedas ni banyak caranya, sebenarnya rinkas saja, kali ini Kak Amie tak bubuh bunga kantan & daun kesum, kakak bubuh daun limau purut dengan serai saja.

    Lin,
    Waalaikumussalam.
    Memang berlemak, kalau makan kena guna dua tangan Lin, sebelah kiri cabut tulangnya, tangan kanan suap ke mulut.

    BalasPadam
  5. Kak Amie..muah muah muah..sedap nyer asam pedas ikan ni..mieza tak pernah mkn ikan parang..cuma makan kopok ikan parang je..selalunya ikan yg byk tulang isinya akan lemak2 sedap..tp mmg tk tahan tang nak asingkan tulangnya tu..isi ikan parang kalau buat kuah laksa pun sedap kan kak...nnt mieza nak cuba buat asam pedas ikut resepi akak ni la...kecur air liur nampak asam pedas ni..kak amie mmg mabeles!

    BalasPadam
  6. Sedap tu..masam2 pedas kalau musim hujan ni.Biar panas sikit badan kan amie.

    BalasPadam
  7. Salam Amie..
    Asam pedas fav ita ni.. adoiii.. dah terliur2 dah rasanya...

    Salam kenal dari ita

    BalasPadam
  8. Mieza,
    memang kena banyak sabar ketika menghadapi hidangan begini, tapi ikan parang ni pun buka selalu Amie jumpa, tu pasal nampak di pasar hari tu terus tangkap!

    Puan Ros,
    betul tu , Amie pun ada bubuh lada hitam dalam asam pedas tu.

    Azlita,
    terima kasih sudi datang dapur Amie, jemput makan Ita.

    BalasPadam
  9. Sedapnya Amie, ummi berlama2lah kat dapur Amie ni, nak meratah..

    BalasPadam
  10. Assalam Amie..ikan parang antara ikan yang acik paling suka..tapi acik sorang je makan dirumah ni..anak2 tak mau sebab tulang banyak katanya..padahal isi ikan parang paling sedap dan lemak

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe