Apam Puteri Ayu

12:17 PTG

Ampun Tuanku! Daulat Tuanku! Mohon izin perkenan Tuanku kerana patik ingin mempersembahkan kuih Apam Puteri Ayu, hidangan ringan tidak kira sebagai santapan pagi atau pun petang. Memanglah rupa paras kuih Apam Puteri Ayu ini secantik namanya. Dari mana asal-usulnya tidaklah patik ketahui. Patik sekadar meneruskan resepi warisan ini agar tidak pupus ditelan zaman. Kebetulan pula jatuhnya hari ini adalah sempena pertabalan Tuanku Yang Dipertuan Agung yang ke 14. Mohon ampun Tuanku, sembah patik harap diampun. Doa patik, hamba rakyat yang pacal hina dina ini, mudah-mudahan Tuanku terus tegak di singgahsana takhta kerajaan menjadi payung mahkota, tonggak pentadbiran negara Malaysia yang berdaulat. Amin.


Kelmarin Amie jalan-jalan ke rumah kawan-kawan yang rajin menggodek tepung. Akhirnya termasuklah kaki Amie ke dalam dapur lama Mamasya. Terpaku mata melihat kecantikan dan keceriaan wajah Puteri Ayu yang sudah siap Mamasya solek dengan pelbagai warna. Walaupun Mamasya sudah lama berpindah ke dapur baru tetapi sebagai mengenang pertemuan Amie dengan Puteri Ayunya yang cantik jelita ini , Amie abadikan di sini resepi asalnya dari mamasya.fotopages. Kata Mamasya, sumber resepinya dari blog princessharyati. Terima kasih kepada kedua-dua penyumbang resepi diraja ini. Minta izin Amie salin semula resepinya di sini ye Mamasya.

Resepi: Puteri Ayu
Sumber : Mamasya & Princessharyati

Bahan-bahan:
270 gm tepung gandum 

1 sudu kecil ovallate 
240ml santan/ fresh milk 
1 sudu besar jus pandan - Amie tambah setitik pewarna hijau kerana jus pandan Amie warnanya suram
3 biji telur 
240gm gula 
*Kelapa parut (muda) digaulkan garam dan 1 sudu besar tepung kanji - Amie tidak bubuh tepung kanji
*kelapa muda ni saya guna decicated coconut-campurkan dgn sedikit air suam,kacau dan masukkan dlm microwave - Amie hanya gaulkan kelapa parut dengan garam sahaja


Cara-caranya: 
1. Telur dipukul bersama gula sehingga kembang. 
2. Masukkan santan, ovallate dan tepung gandum dan jus pandan. Gaulkan sehingga sebati.
3. Panaskan periuk kukus dan sapukan sedikit minyak pada acuan. 
4. Ambil sedikit kelapa yang telah digaulkan dengan garam tadi dan tekan sehingga padat.
5. Tuangkan adunan tepung tadi.
6. Kukus hingga masak selama 15 minit - Amie kukus lebih kurang 10-12 minit.

NOTA: kuih ini boleh juga ditukarkan jus pandan / perwarna lain dengan pes coklat.

 

Betul tak apa Amie katakan di awal tulisan Amie. Kuih Apam Puteri Ayu ini memang secantik dan seindah namanya.... ha ha ha.... Amie masuk bakul berlubang ni! Tak boleh angkat sendiri akhirnya terjatuh bawah bakul sendiri. Maklumlah.... segan nak bagitahu ni....syyyyyyhhhhh! Ini Apam Puteri Ayu Amie yang pertama Amie pernah buat seorang diri tanpa bantuan bonda atau ahli keluarga! Kwang...kwang.... kwang!


Sudi-sudikanlah menjamah Apam Puteri Ayu yang memang sedia ayu! Seorang dapat 3 ketul aje ye...

24 comments

  1. kak amie! sungguh ayu puteri itu... heheh...nani dah pernah buat kuih ni..tapi masih ada kureng2 sikit..kene try lagi lenkali.

    BalasPadam
  2. Salam Kak Amie Ya! ALLAH tahu tak.. semalam petang terfikir jugak nak buat putu ayu hahaha.. tup tap kak Amie dah buat.. wow! telan air liur aje nih... tq for the recipe's yaa...

    BalasPadam
  3. Salam kak amie!!! uuuwaaaaaaaa...sedapnyerrrr! jeles tgk dia punyer kelapa ituuuu... kita td pagi buat apam mentega resepi yg kat bwh tuu :D sedapppppppp sgt2!! mekaseh ya kak kongsi resepinya :D n3 tunggu balik dr cuti2 minggu depan hihihi...

    BalasPadam
  4. Amin...!

    Walla!!!, nampak sedap bebeno apam tu Amie,ummi ni nengok je le,sampai kecur air liur,hehe...

    BalasPadam
  5. Mmg cun puteri ayu kak amie nih..dpt 3 ketul pun jadik laa..hehe.

    BalasPadam
  6. wowwiii yum yum.. mmg feberet hanis la kalau kuih yg ada kelapa2 ni...

    BalasPadam
  7. Mmg feveret saya ni kak, saya perkenankan untuk dipersembahkan kekekeke

    BalasPadam
  8. assalam
    k. Amie, cantiklah apam seri ayu ni
    hijau epal
    dah ada salin resepi ni tp tak terbuat-buat lagi he he

    BalasPadam
  9. kuih feveret saya, tapi belum pernah buat lagi.. he he he

    BalasPadam
  10. Kak Amie.......ni peberet saya ni...3 ketul mana cukup....hihihi...

    BalasPadam
  11. salam amie..acik lama dah tak buat ni..mas dulu rajin buat..awal2 90'an dulu masa kuih ni sedang popular tu.

    BalasPadam
  12. Nani,
    memang ayu puteri itu...boleh cuba lagi Nani, pasti menjadi.

    Shahriah,
    he he hehh langkah kanan tu, makan sajalah di sini Shahriah, banyak tu hasil satu adunan yang kakak buat.

    Ika,
    apam mentega memang sedapkan Ika, kak Amie pun suka sangat rasanya.

    BalasPadam
  13. Ummiross,
    he he hehh harap-harap rasanya seenak sebagaimana indahnya nama yang diberi ye Ummi.

    Hasue,
    3 ketul pun boleh kenyang ye Hasue.

    Hanis,
    memang sedap kelapanya tu, lemak2 masin dengan manis apamnya.

    BalasPadam
  14. Aju Mohit,
    wah! bukan calang-calang kuih ni ye Aju... kuih diraja!

    Mama Sara Nur,
    samalah dengan Amie... nak godek tepung punyalah beratnya jari-jemari ni he hehehh

    Cheq Sue,
    apa tunggu lagi Sue, Kak Amie dah buat... Sue yang seterusnya pulak... he he he teruskan kuih warisan kita.

    BalasPadam
  15. MP,
    ooow tak cukup ye... boleh ambik lebih, banyak lagi tu MP... he he heh

    Acik Erna,
    ni Amie ni dah tertinggal keretapi... ha hahahhh baru nak berkjawan dengan tepung and the gang!

    BalasPadam
  16. Salam Amie.t.kasih..Alhamdullilah dah sihat sikit. akak dtg jamu mata dg puteri Ayu Amie yg cantik molek jadinya...sedap mkn letak kelapa byk2.t.kasih mencuba.Dapurlama dah terbengkalai sejak pindah dapur baru...

    BalasPadam
  17. Salam amie...atie pon dah alam xbuat kuih puteri ayu ni.Mmg sedapkan..atie klu buat mmg tambah tepung kanji lam adunan kelapa tu..senang melekat kat acu :D
    takkan 3 ketui sorang jer..lbh xleh ke?sepinggan blh?hikhik

    BalasPadam
  18. sedap tuu...sesuai buat minum petang ni amie...

    BalasPadam
  19. aslmkum amie.. tak pernah buat lagi putu ayu.. kt rmh saya klau kuih camni mmg slow sgt.. itu yg jadi malas nk buat..

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum Amie,
    Memang ayu kueh itu seayu namanya......bolehla kita tukar denga n tart coklat saya.....

    BalasPadam
  21. Mamasya,
    lain kali nak buat yang bersolek warna-warni macam Mamasya buat tu... terima kasih ye Mamasya sudi kongsi resepi.

    Atie,
    Amie tak bubuh pulak sebab terlupa, tapi alhamdulillah tak melekat kelapa parutnya.

    Ainnoraini,
    memang sedap dengan secawan teh panas, tambah pula sekarang ni sejuk dingin sebab hujan.

    BalasPadam
  22. Dzana,
    anak-anak suka makan waktu masih panas, dan perut lapar... tu yang boleh habisnya tu.

    Wattie,
    waalaikumussalam....
    memang boleh sangat, tak rugi tukar dengan tart coklat malah terlebih baloi... he he hehh

    BalasPadam
  23. memang ayu sungguh kuih puteri ayu akak ni..sedapnya.lama dah saya tak buat kuih ni..:)

    BalasPadam
  24. selamat malam kak amie...nampak sungguh sedap apam puteri ayu ni..siap ada nama puteri lagi tu..hehehe

    nanti nak cubalah :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe