Peparu & Hati Rusa Goreng Berempah
5:08 PTGAssalamualaikum semua. Nampaknya cuaca agak mendung ketika ini. Awan kelihatan kelabu, dan langit pun tampak suram. Kalau tidak kerana cahaya lampu, tentu gelap malap suasana di dalam rumah. Biarpun ribut melanda dan petir membingit telinga, serta kilat sabung-menyabung yang menandakan hari hendak hujan, namun kerja di dapur tetap diteruskan. Tidak tersedar pula, adakah hujan telah turun atau tidak jadi, yang penting kalau mendengar guruh di langit, air di tempayan jangan dicurahkan! Ha.. ha hahh sempat berperibahasa pula kita ini ye. Maksud peribahasa di atas itu kenalah cari sendiri, tapi rasanya semua orang tahu apa maksud yang tersirat di sebaliknya itu. Apa pun peribahasa itu tidak ada kait-mengait dengan resepi Amie kali ini. Sebenarnya, beberapa hari yang lalu kakak ipar Amie bagi kami daging rusa, siap dengan tulang-tulangnya sekali. Ada lagi yang diberinya.... jantung, peparu dan hati rusa juga! Semuanya dalam kuantiti sepotong-sepotong. Setelah difikir masak-masak dan ditimbang-timbang serta mengingat bahan yang ada di dapur, jadilah hidangan Paru & Hati Rusa Goreng Berempah sebagai salah satu menu kami tengahari tadi. Minta maaf banyak-banyak kalau Amie buat salah dan silap sebab resepi ini resepi hasil reka cipta Amie sendiri. Harapan Amie agar resepi ini boleh Amie jadikan rujukan apabila ingin memasak hati dan peparu, dan juga sebagai resepi warisan buat anak cucu dan generasi akan datang.
Resepi : Peparu & Hati Rusan Goreng Berempah
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
250 gram peparu rusa
300 gram hati rusa
1 cawan santan pekat
1 labu bawang besar - mayang kasar
1/2 cawan air bancuhan asam jawa
3 helai daun limau purut
minyak
garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar:
15 biji cili kering
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2cm halia
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh ketumbar
Cara:
1. Rebus peparu dan hati rusa hingga masak. Kemudian hiris nipis dan goreng hingga garing. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan bancuhan air asam jawa dan bawang besar. Biarkan seketika.
3. Masukkan santan pekat, garam, gula dan perasa pilihan secukupnya. Masak dengan api perlahan sehingga kuah menjadi pekat.
4. Masukkan peparu dan hati rusa serta daun limau purut. Gaul hingga sebati.
5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Amie dapat ilmu baru mengenai cara masak hati. Apabila hati direbus dan dihiris nipis serta digoreng, rasanya jauh lebih sedap berbanding kalau masak hati cara biasa.
30 comments
Favourite ini...akk paling suka makan dengan bubur nasi dan telur masin....mak aiii dah tak pandang belakang dah
BalasPadamSalam. Senang ke dapat bekalan daging rusa? Dah lama tak makan sebab susah juga nak dapat bekalan di sini.
BalasPadamas-salam kak Amie
BalasPadammmg suka mkn paru favourite..tapi hati rusa tak pernah mkn..sedap ke hati rusa tu kak Amie..
Salam kak amie! alaaaaaaaa kita jakun lah kak dgn rusa2 niii :D tp kalau gantikan dgn ahti lembu atau paru lembu pun sedap kan? kita lama betul tak makan paru, suke mkn paru sbb liat2 hihihi..
BalasPadamKak Paty,
BalasPadammakan bubur berlauk memang sedap kan kak.
Hazila,
tidaklah juga dikatakan senang sebab tak ada bekalan berterusan kecuali kalau ada yang rajin pergi memburu.
Ady,
biasa saja rasanya tapi lebih lembut dari hati lembu.
Ika,
ha ha hahh jakun ye... peparu rusa dan hatinya lebih lembut dari llorgan dalaman lembu.
amie..rusa lagi..tapi acik memang tak pernah mknselain dari daging rusa
BalasPadamnani belum pernah makan hati & paru payau ni..selalu beli daging aje...mesti sedap kan? ayah nani suka betul kalau nani bawa balik daging payau ni...
BalasPadamnampak sedap je rendang kak amie tu tp syg cuma boleh di pandang dari jauh je huhuhu tp kalau dihulur depan mata rasanya...... hihihihi
BalasPadamBagus tip Amie mengenai cara memasak hati tu - rebus, hiris nipis & goreng. Boleh dicuba ni dengan hati lembu, sebab tak mudah Ayah nak dapatkan hati rusa. Hati ayam agaknya tak sesuai, sebab mudah hancur, ya?
BalasPadamHata dan paru lembu pernah kak Ros makan,yang ni tak tahu la bila dapat rasa..
BalasPadamAssallamualaikum Amie..
BalasPadamSuka makan peparu.. Kalau betul masaknya mmg sedap peparu ni.
Teringin jugak nak makan daging rusa. Sedap gak, kot..!
BalasPadampenah mkn daging rusa masa peknen anak kedua... mujur la dpt klu tak ngencessssss.. hihi
BalasPadamWalllaaa..berselera betul nampak lauk ni..lapar la..
BalasPadamTak pernah makan hati dan paru rusa...mesti sedapkan....
BalasPadamAmie..ummi singgah gak malam2 ni,siang tadi tak sempat nak jenguk masakan apa kat dapur Amie hari ni. Ummi tak pernah makan lagi daging rusa Amie, mesti sedap kan, apatah lagi hasil airtangan Amie..
BalasPadamKalau makan nasi lemak saya mmg suka dengan paru ni...mmg berselera lah mknnye tuu..
BalasPadamwahhh sedapnya..suka....ada jugak jual paru ngan hati dia ye kak...sama mahal dgn daging dia jugak kek kak? hari tu saya masak hati ngan paru kambing sedap btul...:)
BalasPadamsalam kak amie..
BalasPadamdaging rusa saya penah makan, tapi paru dan hati tak penah makan pulak..rasanya sama macam paru dan hati lembu ke kak?
apapun nampak sedap sungguh tu lauk kat atas ni..:)
nampak sedap sekali kak,makan dengan nasi hangat pasti enak yah. nyam..nyam
BalasPadamingatkan daging rupanyer hati ekkk....cheq x makan plak...but nmpk sedap sgt
BalasPadamSalam Amie, seronok tgk Amie adventurous betul bab masak memasak dan juga makan2 ni.Kaz ni pula sgt pemilih bila tiba bab makan ni. Itik, kambing, kerbau, rusa, arnab semuanya Kaz tak makan sedangkan kawan Kaz kata semua makanan ni lebih sedap dari ayam dan daging lembu.
BalasPadamAcik Erna,
BalasPadamrezeki orang bagi ni Acik.
Nani,
baunya tidaklah sekuat organ dalaman lembu.
Mas,
tak apa, boleh pandang-pandang, saru hari nanti dapat juga makan he he heh
uwaa..teringinnye nk makan rusa atau kancil..x pernah rasa lagik..kancil ngn rusa pon tgk bile time g zoo je..haha
BalasPadamTentu sedapkan...kak Zai tak pernah makan daging rusa.
BalasPadamAyah Temuk,
BalasPadamitulah idea yang terlintas di fikiran Amie, sebab kalau masak hati dengan hirisan yang tebal rasanya macam padat sangat isinya.
Puan Ros,
kalau ada bekalan rusa, tentu ada organ dalammannya tapi memang susah nak dapat rusa ye.
Naz,
memang sedap kalau kena gaya masaknya, ratah-ratah aje.
Kamariah,
BalasPadamsatu hari nanti insya-Allah dapat makan juga.
Hana,
ooo..ngidam ye.
Rahel,
memang sedaplah Rahel, aroma berempah tu.
MP,
BalasPadamlebih kurang dengan lembu juga tapi rusa lebih lembut.
Ummiross,
makan ramai-ramai lagi sedap kan Ummi.
Ainoraini,
memang sedap kalau goreng rangup-rangup!
Quinnie,
BalasPadamhati dan peparu dia lebih murah kot... tak beli, ni kakak ipar bagi.
Kamalia,
nak kata sedap memanglah sedap sebab lebih lembut dari peptru lembu.
Melly,
makan ratah begitu pun enak Melly.
Lady Ayu,
BalasPadammemang ada orang tak pandai makan Ayu.
Kaz,
alhamdulillah Kak Amie memang boleh telan apa saja selain kayu & batu dan yang pastinya halal, bawa ke mana pun boleh hidup sebab tak memilih sangat makanan he he hehh janji perut boleh terima.
Nens,
sedapnya kancil oiii.... walaupun kecik!
Kak Zaitun,
sedap bagi yang boleh makan kak, tapi yang tak biasa atau tak boleh makan tentulah sebaliknya he he hehhh