Otak-Otak Wantan & 3rd Blog Anniversary Kerdipan Rohani
8:12 PTGHujung minggu sudah berakhir. Sekejap panas, sekejap hujan dan akhirnya malam menjelma. Esok pagi perlu bangun awal kerana dijemput menjadi pengadil Pertandingan Pesta Pantun Peringkat Tenggara yang akan diadakan seawal 8.30 pagi sehingga 4.30 petang nun di sebuah sekolah sejauh lebih 25km dari sekolah Amie. Apa pun sebelum menyaksikan acara jual beli pantun esok pagi, Amie jual dulu Otak-Otak Wantan. Ada sesiapa yang nak beli? Idea mengolah Otak-Otak Wantan ini timbul setelah mengambilkira betapa sedapnya kalau Amie makan wantan di kantin sekolah. Makan 10 ketul pun macam tak cukup! Hei... teruk betul Amie dalam bab membantai makanan begini! Balik-balik cerita otak-otak saja, maklumlah tengah suka makan otak-otak. Nanti kalau mula rasa jemu, tiadalah lagi resepi otak-otak ye... he he hehhh.
Resepi: Otak-Otak Wantan
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
250 gram isi ikan kembung
250 gram isi udang
2 batang serai - mayang
2cm halia
2 cm lengkuas
3 biji bawang putih
1 labu bawang besar
2 biji cili merah
1 biji telur
1 cawan pati santan
garam / gula / perasa pilihan
kulit wantan secukupnya
minyak
Cara:
1. Kisar kesemua bahan di atas kecuali kulit wantan dan minyak.
2. Bubuh 1 sudu bahan otak-otak di atas kulit wantan dan lekatkan mengikut bentuk yang dikehendaki.
3. Panaskan minyak dan goreng tenggelam otak-otak watak menggunakan api sederhana panas sehingga masak.
4. Angkat dan toskan minyak.
5. Sedia untuk dihidang panas bersama sos pilihan tetapi tetap enak jika dimakan begitu sahaja.
Kalau kita gunakan kulit wantan, tak perlulah kita mencari daun pisang untuk membungkus otak-otak. Maklumlah, zaman sekarang ini bukannya daun pisang boleh terus cantas dari pokok... he he hehh tapi yang ada rumpun pisang bolehlah pilih daunnya yang muda. Kalau kita beli daun pisang, biasanya kita dapat daun tua, atau lebih malang lagi di bahagian dalamnya sudah robek! Cerita balik tentang Otak-Otak Wantan tadi, memang tidak dapat dinafikan kelazatannya! Walaupun baru balik dari makan di tempat orang kahwin, tapi bila dihidangkan Otak-Otak Wantan, sekelip mata pinggan jadi licin! Wah! Bahaya juga pengaruh Otak-Otak Wantan!
Apa pun, tradisi lama tidak dilupa. Biar pun otak-otak sudah dapat kulit baru, Amie tetap panggang sebahagian bahan otak-otak menggunakan daun pisang. Tidak ada yang lama, tidak adalah idea baru, betul tak?
Agaknya kalau Amie jual Otak-Otak Wantan, berapa harga yang rakan-rakan inginkan? Ha ha hahhh... isinya memang istimewa, isi ikan campur isi udang!
Sebelum undur diri malam ini, Amie ingin ucapkan tahniah buat Kunang-Kunang dari blog Kerdipan Rohani di atas 3rd Blog Anniversary beliau. Banyak info menarik kita boleh kongsi melalui blog tersebut terutamanya tentang kerohanian dan kemanusiaan. Jom kita lawati blog yang sungguh istimewa ini di Kunang-Kunang - Kerdipan Rohani.
Semoga KunangKunang terus aktif menulis dan sentiasa mengemaskini blognya untuk tatapan bersama. Tahniah sekali lagi daripada Amie buat KunangKunang dan semoga ceria selalu!
22 comments
perghhh! kak amie! terus nani tergoda nak buat otak2 juga. nantilah nak cari ikan segar2 sikit. takde kulit wantan, pakai kulit popiah pon jadi la...terima kasih ye kak amie
BalasPadamWah,wantan ni dah memanng lain pesyen sikit ya amie.Mai kita namakan dia 1Malaysia wantan nak..Kak Ros pasti rasanya sedap.
BalasPadamsalam amie
BalasPadamsaya suka wantan goreng berisi udang..cicah dgn thai sos...sedap :)
P/S tadi ada baca tentang pulau cocos di berita harian...bila baca terus ingat amie :)
Nani,
BalasPadamSama-sama kasih Nani... memang sedap tau!
Puan Ros,
Cantik namanya tu...1Malaysia Wantan, memang rasanya sedap kak Ros!
Kasih,
memang sedap Kasih...sedap sangat!
oohhh... nanti Amie tengok Berita Harian. Terima kasih ye Kasih.
sedapnya liza tgk otak2 tu, rangup dgn kulit wantan....liza mmg suka mkn otak2 ni, tp nk membuatnya malas bebenor....hihihihii
BalasPadamSalam kak amie! alaaaaaaaa otak2 lagiiiii, sedapnyer! nak makan tp mls nak buat :D
BalasPadamBaru sempat singgah dapur Amie,waa sedapnya, ummi suka wantan ,tambah otak2 pulak, tentu kesedapan berganda..
BalasPadamOtak-otak dan wantan are one of my favourites dishes. Bila dikombinasikan seperti ini, lagi umph!
BalasPadamNisa'
mesti sedap ni kak..haishhhh..:)
BalasPadamassalam k.amie..senang ye buat cmni..tak yah dah berbalut2 dgn daun, pastu nak kena bakar lagi.,.kan?..nak kena try la ni
BalasPadamKak amieeee..pandainya akk buat..mieza kalau bab mewantan ni mmg fail tak pandai hahaa...sedapnya kan crunchy je kulit dia tu yet very moist kat dalam..nak seketoi kak..
BalasPadamKak, mieza nak ucapkan terima kasih bnyk sebab sudi add mieza ke group MDM tu...tahniah buat akak kerana telah beraya create group sebegitu..semoga kita dpt bertukar2 bnyk lagi pendapat di dunia masakan ini..TAhniah kak!
sedapnya kak, pagi2 kalau breakfast dgn hidangan ni memang terbaik hehehe
BalasPadamrangupdi luar lembut di dalam..enaknyeeee
BalasPadamtu dia... otak2 versi moden ye kak amie.. tun suka makan, tp mmg malas betul nk main ngan ikan nih.
BalasPadambest ni kak amie boleh tiru ,sedapkan kak
BalasPadamSalam Kak Amie..yana slalu beli otak2 popia jer kat JJ..best jgk klu guna kulit wantan nii..nnt nk cuba lah.. aduii byknya msk list hihiii
BalasPadamkak amie ni penuh dgn magik hehe sebab selalu perkenalkan resipi2 yang hanis tak pernah tahu (eh nampak sgt tak terror masak huhu)... terima kasih kerana kenalkan dengan rakan blogger baru...
BalasPadamKak Amie..good idea, ini lagi sedap dati otak oatk yg pakai daun pisang yah.. hmmm kalo kak amie yg jual, melly mau nya free aja. hehe
BalasPadamAssalam amie, waduh sedap ni kalau dapat makan for snacking memang kenyang tak payah dinner lagi..
BalasPadamgood idea otak2 dibuat wantan ya amie..
sedapnya tgk otak-otak ni kak Amie, menarik idea akak guna wantan tu yer.
BalasPadamUmm sedapnya otak2 ni utk minum petang..menarik dan boleh dicuba..kruk kruk kruk..hehe
BalasPadamKak Amie,nanti singgah dapur Rahel ambik kalender bulan May ye..tq.
Cantik cantik lah gambar yg diambil. Bila nak add Azie Kitchen blog in your log list? Kami dah add your link.
BalasPadam