Pegedil Daging Kisar

10:34 PG

Salam pagi Jumaat. Ringkas sahaja celoteh Amie pagi ini. Amie hidangkan Pegedil Daging Kisar. Pegedil ini sebenarnya Amie buat kelmarin petang tetapi tidak sempat dimasukkan dalam blog kerana masalah talian internet yang terputus. Jadi, pagi ini baru sempat Amie kongsikan bersama.



Resepi : Pegedil Daging Kisar
Sumber : Amie's Little Kitchen (Resepi Bonda Amie)

Bahan-bahan:
4 biji kentang sederhana besar - kupas dan potong kecil
200 gram daging lembu kisar
1/2 cawan bawang goreng
2 tangkai daun sup - hiris halus
1/2 sudu teh jintan manis - tumbuk
1/2 sudu teh jintan putih - tumbuk
1/2 sudu teh lada putih - tumbuk
1 sudu serbuk pati ayam
1 biji telur - pukul hingga kembang
1 cawan serbuk roti
minyak
sos cili 

Cara:
1. Goreng kentang sehingga masak. Angkat dan toskan.
2. Tumbuk / lenyek kentang goreng sehingga halus.
3. Masukkan kentang lenyek dalam sebuah mangkuk besar. Masukkan daging lembu kisar, bawang goreng, daun sup, lada putih, jintan putih, jintan manis dan serbuk pati ayam. Gaul sebati.
4. Bulat-bulatkan adunan dan kemudian leperkan sedikit mengikut saiz  pegedil yang disukai. 
5. Celup pegedil ke dalam  telur dan kemudian golek-golekkan ke atas serbuk roti.
6. Goreng di dalam minyak menggunakan api sederhana panas.
7. Apabila pegedil masak, angkat dan toskan.
8. Hidangkan bersama sos pilihan.

Pesan bonda: Untuk mendapatkan pedegil yang elok, dan tidak pecah sewaktu digoreng, kentang hendaklah digoreng dan bukannya direbus. Sekiranya kentang goreng yang dilenyek masih kelihatan basah, bolehlah tambah sedikit tepung jagung. Bagaimanapun, untuk mendapatkan hasil seperti yang dikehendaki, kentang yang digunakan untuk dibuat pegedil hendaklah dari jenis kentang yang keras.

25 comments

  1. nmpk dh mcm nuget dh begedil tu...nmpk juga tu...tp QH ni xmkn daging la pulak...ganti ngn ayam la kot kalau nk buat nti..

    BalasPadam
  2. begedil selalu makan ...nak buat selalu malas..kenapa nyekk..?
    minta 1 talam k. amie sayang...

    BalasPadam
  3. Qasey Honey,
    pegedil ni boleh buat dengan macam-macam bahan campuran, tak makan daging, ayam pun boleh, tak makan ayam, udang pun boleh, ikan pun boleh... apa-apa pun boleh he he hehh

    Rohah,
    memang enak!

    Ucu Faridah,
    wah! Kalau setalam kenalah datang rewang dulu ye Ucu ayanggggg...

    BalasPadam
  4. dah lama betul nani tak buat pegedil ni.kalau makan dengan soto sedapnye! kadang2 nani buat utk makan ratah aje.

    BalasPadam
  5. Amie, ummi kalau makan pegedil ni saja dah kenyang , tak payah nak makan nasi dah,sukaa sangat!
    Ooh macam tu petuanya, kentang tu potong kecik2 pahtu goreng ye Amie?

    BalasPadam
  6. Salam Kak Amie..lama tak chat2 kan..hik hik sedapnya air oren tu..pegedil tu lagilah buat selera tertarik...

    BalasPadam
  7. salam Amie, wah pegedil fav anak2 akak jugak ni di ratah je Mie takyah makan dgn nasi sedappppppp

    BalasPadam
  8. Nani,
    bonda kakak selalu sarankan buat pegedil untuk sarapan pagi! Kenyang tau...

    Ummiross,
    kalau direbus kadang-kadang terburai isi perut waktu digoreng, kadang-kadang okey juga, jadi supaya selamat goreng sajalah dan pilih kentang yang keras, potong ikut suka, tapi tidaklah saiz besar supaya cepat masak.

    Khairul Nazima,
    he he hehhh... alas perut waktu petang tu!

    Kak Noor,
    betul Kak Noor, ratah gitu aje... kenyang!

    BalasPadam
  9. As salam Amie..
    yum3x begeil is my fav..tapi begedil amie lain sikit lah ada ltk rempah2 semua..nnt blh try :P

    BalasPadam
  10. salam Amie, Liza pun suka mkn pegedil, xkira buat dr apa pun...sedapppp

    BalasPadam
  11. Mama Hawa,
    entahlah mama, memang bonda letak rempah jintan, tapi sikit je jangan banyak-banyak...sekadar untuk dapatkan aromanya saja.

    Liza,
    memang sedap Liza... lagilah kalau orang lain yang buat he he he hehhh (dah bosan dengan air tangan sediri ni)

    BalasPadam
  12. jrng buat tapi mmg sedap
    ayu rajin buat nugget jer
    hahahaha

    BalasPadam
  13. sedapnya begeil ,lamaaa tak buat yes akak g idea sbb stok ubi kentang banyak sangat sebab kita beli 1 karung

    BalasPadam
  14. SAlam Kak Amie cayang... ada lagi tak bergedil daging tu kak?

    Nak sebiji jadilah.. makan sambil tido atas sofa ni hah!

    BalasPadam
  15. sedapnya, dulu buat begedil kentang ayam je, skrg ni angin malas byk sgt hehehehhe

    BalasPadam
  16. mudahnya nk buat begedil nie,ingatkan susah sgt....kalau gantikan ayam boleh juga kan,Kak Amie....bcoz org kt umah nie x mkn daging...

    BalasPadam
  17. sedapnya cicah sos..mcm naget!...rajin k amie ni...

    BalasPadam
  18. menyelerakan tgk begedil kak amie..
    sy pernah tolong kakak ipar buat begedil..dan mmg pecah..sbb ubi kentang 2 rebus..jdnye kene goreng la yer tuk jdkannye x pecah..;)

    BalasPadam
  19. nampak sedap sangat.. sellau buat begedil cuma celup dengan telur aje.. bila salut dengan serbuk roti nampak lebih cantik dan menyelerakan..

    BalasPadam
  20. Ayu,
    rajinnya buat nugget.

    Chik Mimi,
    boleh buat pegedil tu Mimi...puaslah makannya!

    Sha..... macamana nak makan sambil tidur tu... he he hehh makan dalam mimpi ajelah ye Shaa.

    BalasPadam
  21. Aju,
    pegedil kentang ayam pun sodap!

    Myda,
    memang tak susah, senang aje....

    Ummiaisya,
    memang sedap cicah sos, makan gitu saja pun sedap!

    BalasPadam
  22. Nens,
    kadang-kadang jadi juga kalau kentang tu direbus, tapi untuk selamat baiklah digoreng saja Nens.

    Hanis,
    suka-suka saja ni Hanis pakaikan pegedil dengan baju baru he he hehh.

    BalasPadam
  23. Dah lama yana xbuat pegedil.. sedapnyaa mkn ratah camtu jer..xyah ada benda lain dh..:-)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe