Yong Tau Foo

7:54 PTG

Salam petang Jumaat. Aduh! Dinginnya petang ini, terasa menyucuk sampai ke tulang sum-sum! Hari hampir menjelang senja, tapi hujan masih turun dengan lebatnya. Kami berkurung di dapur menikmati Yong Tau Foo. Minta maaflah wahai teman-teman tersayang kerana resepi Yong Tau Foo yang Amie sediakan terutama kuahnya tidak seperti yang anda sangkakan! Sebenarnya, kuah Yong Tau Foo ini ada kisahnya yang tersendiri. Mengikut sejarah masa lalu Amie ketika sampai ke Lahad Datu, memang tidak ada hidangan Yong Tau Foo disediakan di mana-mana. Pada tahun 1995, sempena ulang tahun anak sulung Amie yang pertama, kami mengadakan majlis doa selamat untuk meraikannya. Salah satu hidangan yang Amie sediakan ialah Yong  Tau Foo. Oleh kerana waktu itu kudrat masih kuat, dan nilai kerajinan masih tinggi, selain bahan-bahan sedia ada seperti bebola ikan dan sebagainya, Amie sediakan pelbagai bahan segar lain termasuk udang,  daging ayam, sotong dan segala macam keranga-kerangan laut! Dengan penuh keberanian Amie pun mereka cipta kuah Yong Tau Foo kerana sangkaan Amie keluarga sebelah suami bukannya biasa makan Yong Tau Foo, jadi tentulah kalau suka mereka akan makan dan kalau tak suka makan, boleh makan makanan yang lain. Tak terfikir pula Amie bahawa rakan-rakan sekerja yang Amie panggil merupakan rakan-rakan dari semenanjung dan sudah biasa makan Yong Tau Foo!  Mereka minta pula resepi kuah Yong Tau Foo! Masya-Allah... baru Amie tersedar Amie buat kuah ikut kepala sendiri, dan bukannya ada resepi sebenar. Oleh kerana rakan-rakan mendesak sangat sebab mereka pun teringin buat sendiri di rumah, jadi Amie pun dengan rasa takut-takut (takut salah resepi!) beri jugalah resepi tersebut! Kalau kawan-kawan baca resepi kuah Yong Tau Foo di bawah nanti, janganlah rasa pelik dengan bahan-bahan yang Amie gunakan ye... maklumlah, kalau teringin sangat nak makan tapi benda tak ada, keluarlah segala kreativiti untuk memasaknya! Sekarang ini, tak perlulah tunggu balik kampung untuk beli Yong Tau Foo di pasar malam.  Kalau teringin makan, bolehlah Amie buat sendiri dengan kuahnya yang ringkas itu. Sekarang memang ada Yong Tau Foo dijual di Lahad Datu, tetapi Amie jarang membelinya kerana sudah rasa sedap dengan Yong Tau Foo  hasil air tangan sendiri dengan kuahnya yang direkacipta 17  tahun lalu!


Resepi : Yong Tau Foo
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan A - untuk 5 orang:
10 biji white fish ball
10 biji lobster flavoured ball
10 biji crab meat squid ball
10 biji scallop shape seafood tofu
10 ketul golden seafood nugget
10 biji wantan ikan
10 tangkai kangkung

Bahan B - untuk kuah:
1 cawan kicap cair lemak manis - Cap Kipas Udang / Habhals
1 cawan sos tomato - Cap Kipas Udang / Habhals 
1.5cm belacan - tumbuk
7 biji cili padi - tumbuk
1/2 cawan air bancuhan tepung jagung - jika suka

Bahan sampingan:
1 cawan kacang tanah - digoreng dan tumbuk
bawang goreng
daun bawang
sambal : kisar 3 biji cili merah + 3 biji bawang putih + 1 labu bawang besar + gula + garam + jus limau kasturi

Cara:
1. Celur kesemua Bahan A. Potong ikut saiz yang dikehendaki.
2. Panaskan kesemua Bahan B di atas api sederhana sehingga pekat.
3. Susun Bahan A ke dalam sebuah bekas. Tuangkan kuah dari Bahan B di atasnya.
4. Taburkan kacang tanah tumbuk, bawang goreng,  dan daun bawang.
5. Tambahkan sambal di dalam hidangan.
6. Sedia untuk dinikmati.


Mudah bukan? Sesungguhnya jika anda gunakan sos kicap dan sos tomato Cap Kipas Udang, anda tidak perlu menambah sebarang bahan perasa lain! Semuanya sudah cukup rasa! Kalau tidak suka belacan, boleh gantikan dengan petis atau otak udang! Jika tidak suka pedas, tak perlu bubuh cili padi!


Jika sukakan bijan, sangankan bijan seketika tetapi jika tidak suka, tidak perlu bubuh. Oleh kerana banyak pilihan bahan untuk Yong Tau Foo, carilah  jenis yang disukai! Anda berani mencubanya? Cubalah.... tapi dengan syarat, gunakan sos jenama Cap Kipas Udang!

30 comments

  1. ini resepi kuah yong taufu paling simple pernah nani jumpa. selalu kalau nani buat punyalah.....siap kene blend kepala udang, masak dulu petisnya. kali ni main taruk je belacan. habis cerita! nampak sedap tu!

    BalasPadam
  2. Kak amie saya baru je try makan ni,anak2 pelik sbb kuahnya itam heheh sbb maknya pun jakun tak pernah makan

    BalasPadam
  3. SAlam Kak Amie... waduhh ni memang terbaik ni.. ciptaan yang kalau di jadikan francais aje memang meleTOP! hehheee...


    wahh sedap kak sedap! ada jual di sini.. tapi rasanya kak Amie punya resipe lebih best.. tak caya sudah hehee.. sedap!

    BalasPadam
  4. wah bestnya...suka resepi ni...lps ni bleh la buat sendiri...QH amik resepi ni yer....sedapppp...

    BalasPadam
  5. Aslmkm..rajinnya buat menu ni, kita beli terusla senang..hehe..

    BalasPadam
  6. Nani,
    Memang sangat simple, bidan terjun pun boleh buat... ha ha hahhh tak payah susah payah kumpul banyak bahan! Betul Nani... habis cerita...

    Puan Ros,
    Kalau buat sendiri, kita boleh tentukan bahan yang kita sukai.

    Chik Mimi,
    oh... kuahnya boleh dikurangkan warna hitam kepada coklat tua atau coklat muda... he he hehhh

    BalasPadam
  7. Shahriah,
    Ha ha hahh betul tu Sha... tak caya sudah! Ini menu orang terdesak... apa pun boleh jadi!

    Qasey Honey,
    Boleh buat QH... pastikan kalau ikut resepi Kak Amie, kena guna sos Cap Kipas Udang ye! Jenama lain kak Amie tak jamin dapat rasa yang seenak kuah kakak ye!

    Anna,
    kalau di tempat sendiri memang senang beli, tapi di sini jarang ada, jadi dah teringin, kenalah buat sendiri he he hehhh

    BalasPadam
  8. Salam mie. Sejuk? Bundo kat sini berpeluh-peluh dari pagi sampai kepetang. Panasss sesangat.
    Terima kasih amie sebab bagi menu yang senang yang amat ni.

    BalasPadam
  9. Salam kak amie! semalam kita pun buat yong tau foo :D cepat n sedap, tgk kak amie punyer yong tau foo ni terasa mcm nak buat lagi ehehehe..

    BalasPadam
  10. Ibundo,
    Memang senang yang amat sangat! Gerentai jadi punya...

    White Cappucino,
    boleh cuba... semua bahan ready made, hanya celur, panaskan, hidang. Yong Tau Foo siap!

    Ika,
    Ini resepi lipas kudung punya Ika he he heh.

    BalasPadam
  11. Amie,waa simple je kuah Yong Tau Fu ni,bolehlah ummi cuba, simple yang sedap ni Amie, sampai meleleh air liur ummi tengok YTF dengan kuahnya yang mengancam tu

    BalasPadam
  12. waaa....ye la kak amie..teramat simple rasanya...mendatangkan idea nak makan yong tau foo dengan kuah buatan sendiri ini..nampak sedap pun...

    BalasPadam
  13. Assalam kak Amie, sedapnya tgk yong tau foo akak ni.lama dah saya tak buat.memula buat masa sampai Finland dulu juga sebab kes tak ada jual kat sini semua jadi teringin jer nk mkn kalau ada jual mcm kat Msia tu tak la rasa nak mkn sgt..hehe

    BalasPadam
  14. peberet ni.. selalu beli je kat pasar malam..

    BalasPadam
  15. Hello Amie, wow! I love your this yong tau fu. Looks really fantastic. I think ini masuk mulut lupa nama mak, ha ha.
    Can see you ada black belt in cooking. And I love your presentation. Macham lima bintang hotel.
    Very beautiful display.

    Have a fun weekend, keep a song in your heart.
    Lee.

    BalasPadam
  16. salam kak gemm li lah fv YTF...kalau g pasar mlm mmg sah beli...dah ada resepi ni lah lah try buat

    BalasPadam
  17. Saya dan suami suka maka yong tau fu. Sekarang tengah giler makan steamboat. 2 hari lepas my husband beli steamboat & tepanyaki grill pan.

    BalasPadam
  18. nnt nk cuba lah..simple jer kuahnya.. nyumnyumm..sedapnyaa :-)

    BalasPadam
  19. salam kak amie .. ya ALlah // dah lama dah wani tak makan yong tau fu ni// meh hantar sepiring kat cni hihi//

    BalasPadam
  20. salam kenal...fuh...sedapnya yong tau fu... teringin sudaaa

    BalasPadam
  21. kak amie! hebat kuah versi kak amie nih. tun pernah buat yg masak letak cili kering tu. len kali nk try versi ni pulak.

    BalasPadam
  22. Ummiross,
    memang senang buat yang simpel begini, cepat siap, cepat pula dimakan!

    Nora,
    kadang-kadang yang simple itulah yang sedap! he he hehh

    Nieza,
    dulu kalau nak makan beli saja di pasar malam, tapi dah duduk jauh dari kawasan YTF, kenalah buat sendiri.

    BalasPadam
  23. Norlie,
    kalau balik kampung memang beli je di pasar malam.

    Uncle Lee,
    jemput makan uncle!

    Sheila,
    sekarang ni banyak bahan YTF boleh dibeli, buat kuahnya saja, stye kami ni senang saja Sheila.

    BalasPadam
  24. Hazila,
    makan steamboat pun selalunya Amie buat kuah yang sama he he heh

    Yana,
    silakan Yana, tak sampai berapa minit pun nak buatnya. Senang sangat.

    Wani,
    mari Wani.. jempiut makan YTF di sini.

    BalasPadam
  25. FnF Simple,
    salam kenal juga... terima kasih sudi datang dapur kami.

    Tun Telani,
    he he hehh ikut kreativiti masing-masing Tun, asalkan boleh diterima tekak...

    BalasPadam
  26. Sore Kak Amie.. cocok banget nih kaksekarang pun hujan kuat di sini.. sedap betul yong tau foo nya,. beda sama yg selalu melly makan..slurrp

    BalasPadam
  27. Wahhh kuah buatan sendiri. Maseh for sharing! Yummy!
    My latest Entry :)
    The Beginning of the new

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe