Rusa Masak Kuning
3:36 PTGSelamat berhujung minggu buat semua pengunjung Amie's Little Kitchen yang disayangi. Tengahari tadi Amie sempat menyediakan hidangan ringkas sebagai salah satu menu untuk hidangan keluarga. Amie ingin kongsi resepi Rusa Masak Kuning sebagai lauk pilihan hari ini. Di semenanjung tentu harga daging rusa sangat mahal, dan mungkin mencecah lebih RM40.00 sekilogram. Di tempat Amie, harganya masih rendah jika dibandingkan dengan harga di semenanjung sebab kami boleh membeli pada harga RM23 - RM25 sekilogram. Bagaimanapun bekalan daging rusa bukanlah sepanjang waktu mudah diperolehi, melainkan kena tempah terlebih dahulu. Itu pun terpaksa menunggu mengikut giliran. Ada juga di tempat-tempat tertentu membekalkan daging rusa ternak , tetapi ada juga daging rusa yang diperolehi hasil dari perburuan. Dahulu, seingat Amie harga daging rusa sangatlah murah serendah RM8-Rm10 sekilogram. Lama-kelamaan, harganya mencecah RM25.00 pula. Maklumlah, rusa haiwan lindungan hidupan liar dan tidak boleh sebarangan memburunya kecuali pemburu yang berlesen sahaja. Jom, kita jamu mata Rusa Masak Kuning di bawah ini. Amie masak sekejap saja kerana daging rusa yang digunakan adalah daging muda.
Resepi : Rusa Masak Kuning
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
500 gram daging rusa bahagian peha - dipotong nipis-nipis
200ml pati santan
3 biji ubi kentang - kupas kulit dan potong serong
1 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit
4 biji cili hijau
1 keping asam gelugur
garam / perasa pilihan
gula
200ml air
minyak
Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
10 biji cili padi
2 cm kunyit hidup
2cm halia
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumbuk, serai sehingga naik bau.
2. Masukkan daging rusa dan gaul sebati hingga daging layu.
3. Masukkan air. Biarkan masakan mendidih.
4. Masukkan kentang dan asam gelugur.
5. Apabila daging rusa dan kentang hampir empuk, masukkan pati santan.
6. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan daun kunyit dan biarkan seketika sehingga kuah menjadi pekat.
7. Masukkan cili hijau. Padamkan api.
8. Rusa Masak Kuning sedia untuk dihidangkan.
13 comments
mesti sedapkan Kak Amie daging rusa nie......pernah mkn ,ms tu member msk rendang,lembut je isinya,x de lah liat2 sgtmcm lembu tu dhlah bnyk lemak.....
BalasPadamSalam kak amie! salam hujung minggu :D daging rusa???? kita ni mmg jakun, daging kamben pun kita tak makan inikan pulak rusa mmg sgt2 jakun ni ehehe.,.. bau tak kak daging ni? kalau kamben sbb bau nyer kuat kita tak leh makan, pernah mkn sekali mcm nak pitam hihihi... kalau daging rusa ni alahaiiii.. tak tahu leh makan ke tak, tp kalau tak ckp itu daging ursa, tp ckp daging lembu kita makan lah kot :D
BalasPadamhhhmmm mesti sedap ni, ain penah makan sekali ms raya kat umah abg sedara..mmg dia tempah nk dptkan daging rusa..sedap ni..da terliur rsenya
BalasPadamMyda,
BalasPadamyang kakak masak ini kebetulan daging muda, memang lembut, sekejap je masaknya.
Ika,
kambing dengan rusa tak sama baunya, tapi sebenarnya kakak lebih suka lembu sebab dah biasa dengannya he he heh tapi lama-lama suka juga makan rusa, apalagi dapat rusa free... dulu abang sepupu (pengurus felcra) selalu bagi kami peha kijang, (lebih sedap dari rusa), memang ada bau rusa tapu bukan bau busuk atau hapak, kena pandailah cara masaknya supaya ikut citarasa masing-masing.
Ain,
dagingnya lembutkan Ain... kalau masa raya kakak suka makan sate...sate rusa! Keluarga belah suami selalu buat sate rusa, dapatlah makan puas-puas.
Amie..sedapnya..lama dah acik tak makan daging rusa ni..dulu ada makan..memang sedap
BalasPadamwaaa..tercium bau yang semerbak kat sini..rupa2nya ada daging rusa masak kuning..perghhh..mengancam banget.
BalasPadamsalam kak amie...
BalasPadamsalam kunjungan dari sy :))
sy tak pernah lagi makan daging rusa tp org kate daging rusa sgt sedap. Pernah cuba nak makan tp bila dh depan mata x jadi nak makan hihihihi....
Acik Erna,
BalasPadamkalau kena gaya & cara masaknya memang sedap daging rusa ni.
Rahel,
kuat baunya daging rusa ye Rahel... he he heh sampai ke Tawau!
Mas,
terima kasih atas kunjungan.
Salam Amie,
BalasPadamSedap gulai kuning tu. Kak Ani kerap juga merasa daging rusa ni sebab adik yg tinggal di Sabah tu selalu bawa balik bila dia balik kesini.
Katanya kalau naik Mas boleh bawa balik daging rusa ni sebab mas ada tempat utk menyimpannya kalai airasia tak boleh. Ada juga sesekali dia bawa daging pelanduk. Yang liar memang sedap.
betul tu kak..mahal betul rega daging rusa sekarang ni...saya suka daging rusa sebab lembut...hehehhe..cepat je masak...kalau masak lemak ni memang sesuai ler...:)
BalasPadamalooo kak Amie..dah lamanyer x mkn daging rusa nih...susah nk carik...sedapnyerrrr....
BalasPadamKunangKunang,
BalasPadamdaging pelanduk, pernah makan tapi lagi susah nak dapat...sedap betul kalau dapat! manis rasa dagingnya...beza sedikit dengan daging rusa.
Quinnie,
agaknya kalau usaha menternak rusa giat dijalankan, lama-lama turun juga harga rusa.
Mimie,
betul Mimie, susah nak cari, kami di sini pun kena tempah ikut giliran kalau nak daging rusa, tak macam dulu senang dapat.
Salam Kak Amie..bila tgk post Kak Amie ni baru saya teringat kat daging rusa saya yang masih membeku kat esbox sejak raya haji tahun lepas..harap2 masih elok lagi kat dalam food container tu...Almaklumlah, hubby tak makan daging2 eksotik macam tu, jadinya nak masak tu mood dia kurang sikettttt
BalasPadam