Sata Ikan

7:54 PTG

Selamat berhujung minggu. Sudah terlalu lama kepingin makan sata ikan sampai tahap mengidam! Tapi tak terbuat-buat juga. Beli di pasar? Selama 2 dekad tinggal di sini belum sekali terjumpa sebiji sata di mana-mana pasar. Hari ini entah berapa kali menelefon Encik Suami supaya membeli ikan segar kerana sudah tidak tertahan liur mengenang sata ikan. Bila sudah duduk di rumah, malas pula nak keluar ke pasar, jadi harapkan Encik Suami sajalah untuk membelinya sepulangnya dari tempat kerja. Encik Suami pulang lewat petang tapi hati tetap gembira kerana ikan segar dan kelapa parut yang dipesan dibawa bersama. Dengan gaya lipas kudung, mulalah membersihkan ikan, mengaut isi dan menumbuk bersama bahan-bahan lain. Sayangnya, hasil kejadiannya tidaklah secantik yang diharapkan kerana kelapa yang ditumbuk tidak halus hancur. Tidak apalah...untuk memujuk hati, lain kali buat perlahan-lahan, jangan kelam-kabut. Sudahlah ini kali pertama membuat sata, jadi sepatutnya buat dengan cermat. Amie terlupa minta Encik Suami belikan daun pisang untuk membungkus sata. Sudahnya, ketika matahari hampir tenggelam, Encik Suami membuka pintu pagar jiran sebelah untuk mengambil daun pisang dari serumpun pokoknya di belakang rumah. (Jiran sebelah balik kampung, jadi Encik Suami telefon untuk mengambil daun pisang dan kebetulan pula kunci rumahnya ada pada kami). Punyalah teruk rasa mengidam sata ikan... habis semua jadi mangsa keadaan... ha ha hahh... Tak habis cerita lagi ni... kita manalah ada dapur arang nak panggang sata, jadi terpaksalah gunakan kuali untuk memanggangnya. Akhirnya..... siaplah sata ikan yang pertama Amie buat dalam hidup ini. Terubatlah rasa kepingin makan sata ikan!


Resepi : Sata Ikan
Sumber : Resepi Warisan Chef - Perempuan

Bahan-bahan:
3 ekor  isi ikan kembung segar
1 cawan kelapa parut muda
4 biji bawang merah
2cm halia
2 batang serai - Amie tak bubuh
3 biji cili padi - Amie tambah
1/2 sudu teh lada putih
garam & gula secukup rasa
daun pisang muda secukupnya
lidi penyemat

Cara:
1. Tumbuk kesemua bahan di atas dan gaul sebati. Perapkan selama 1/2 jam.
2. Layurkan daun pisang dan bentukkan seperti kon.
3. Masukkan adunan tadi ke dalam daun pisang dan tutup hujungnya dengan menyematkan lidi.
4. Cucuk sata tadi dengan bilah bulu.
5. Bakar hingga masak.



Alhamdulillah. Terlaksanalah sudah hajat dihati yang terpendam selama ini. Namun tetap akan mencuba dan terus mencuba membuat sata seterusnya yang lebih sedap, lebih cantik dan lebih banyak! Anda bagaimana? Pernah buat sata ikan? Atau beli saja di pasar malam dan tak perlu sudah payah menyediakannya?

24 comments

  1. Memang susah nak cari sata ni.. Suka juga makan, tapi tak tau bila nk ada kerajinan nak buat sendiri.. Rajin Kak Amie..

    BalasPadam
  2. Nur-nba,
    betul tu, kalau ada pun kecik2 je bentuknya.. tak puas makan! Terima kasih atas pujian 'rajin' tu.. he he hehh ni yang tambah rajin nak buat sata lagi ni...

    BalasPadam
  3. hehehe...tgk QH dtg memalam ni nk amik sata ikan tu...fav QH jugak tu...rajin betul tuan dapur ni buat sata ni...nk minta 2 ketuiiii....

    BalasPadam
  4. nampaknya, nani pon kene buat sendiri jugak kalo nk makan sata...di sini walaupun harga ikan murah, tapi tak pulak diorg buat keropok lekor ke, sata ke, otak2 ke...hmm...kat kg nani, kalo tepi pantai tu wajib ada jual sata...selalu beli aje..

    BalasPadam
  5. Qasey Honey,
    ini gara-gara ter9ingin nak makan...itu pasal memaksa diri membuatnya he he he kalau tak nanti asyik ngencesssss...

    Nani,
    memang kena rajin buat sendiri Nani, nak tunggu balik kampung pun setahun sekali atau 2 kali aje...buat sendiri lagi puas hati.

    BalasPadam
  6. rasa teringinlah plk bila tngk Amie buat SATA ni..tq berkongsi resepi..nak wat gaklah..

    BalasPadam
  7. sedapnya sata..ain dok kat trgn nie sngla nk jmp sata, tp 2pun kedai tertentu je yg sedap...nnt bila dah dok kat perak mst ssh nk cari sata ikan..tq syer resepi..nnt bila dah xtgl d trgn nie leh try sata ikan amie

    BalasPadam
  8. Kak amie rajinnya akak ,saya kenal sata masa tinggal di Dungun memang sedapkan

    BalasPadam
  9. Salam Amie,tabik spring le...sata ni kalau nak makan yang sedap kena le gi Kuala trengganu atau sempadan trengganu dan cherating.banyak lah sata yang sedap.Apa pun hebat la amie!

    BalasPadam
  10. tak pernah buat sendiri amie..nak beli je..kalau disana..kena la amie buat jugakan..

    BalasPadam
  11. Salam Kak Amie aduhaii mana nak cari sata kat sini ni???? nak kena pergi terengganu baru boleh dapat.. kan dah masuk dalam list mengidam dah ni.. nak cuba buatlah nanti... tq for the recipes yaa kak Amie sayang muahh... :)))

    BalasPadam
  12. Yatie,
    buat... jangan tak buat, jangan tangguh-tangguh nanti tak terbuat ha ha hahah

    Ain,
    memang berbaloi buat sendiri, kalau beli pun (merujuk pasar malam) seco'et je isinya... tak puas makan!

    Chik Mimi,
    sekarang ni sata ada kat pasar malam, tapi tengok jugalah pasar malam di mana, terakhir Amie beli di pasar malam Kapar masa balik kampung Mac lepas.

    BalasPadam
  13. Puan Ros,
    teringin punya pasal, sanggup aje buatnya he he heh

    Acik Erna,
    kalau ada yang boleh dibeli, memang nak beli walaupun bungkusannya makin lama makin kecik, harganya makin mahal.. tapi memanglah kita kat sini kena buat sendiri hu hu huu

    Shahriah,
    ha ha hahh... Kak Amie dah ada gang mengidam sata ikan ke... yahoooo jom buat sata...kak Amie nak buat lagi...

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum Amie,

    tadi pagi singgah sini tapi tk lepas...mlm2 nie return balik tengok ok tk?? Hehehe...kalo masuk sini mesti lihat yg sedap2 dari airtangan Amie...mcm2 hidangan yg lazat dihidangkanla oleh Amie....boleh jadi lapar perut.

    BalasPadam
  15. Salam kak Amie wooo ni yg jalosss ni heheh sata fv mkn saya dan family ni kak...kalau balik t'loh mmg x miss beli...dan on the way balik kelantan sure singah ganu dulu mkn sata....hem ni dah ada resepi leh le buats endiri...

    kalau bulan puasa mmg byk org jual sata ...tp bungkusnya mmg kecik dan dlm nya ciput aje....

    BalasPadam
  16. Nak cuba jugak la! Mmg marvelous!

    BalasPadam
  17. alamak aaaaiiii,dah lama xmkn ni....nak jugakkkk....hihihihih

    BalasPadam
  18. wahh kagumnyaaa dengan kak amie ni... biasa beli masa balik dr tganu ke kelantan...

    BalasPadam
  19. Nuridah,
    waalaikumussalam,
    memang begitulah, kalau bertandang tak semestinya boleh dapat masuk... ada saja halangan maya yang menunggu, tapi tak apa Nur, tak dapat masuk hari ini, esok lusa mungkin boleh pula...

    Sheila,
    iyelah.... kalau
    Kak Amie beli pun sekadar nak rasa aje, sebab satu bungkus tu masuk sekali je ke mulut... ha ha hahh

    Geez,
    silakan merajinkan diri... tak susah buatnya tu.

    Liza,
    he he hehh kak Amie kalau terjumpa benda ni memang nak makan berbungkus-bungkus!

    Hanis,
    nak makan punya pasal ni...

    BalasPadam
  20. Salam Kak Amie..ni antara snek kegemaran ni..Bila balik Trg mesti cari ni kat Sorang PakCik tu di Pasar Dungun...

    BalasPadam
  21. kak amie..sy ni mmg hantu sata.kalau beli rm10 tu sy hadap sorg jer..tapi masalah nak buat tu..sbb nak kena bakar..huhuh..malasnyaa

    BalasPadam
  22. Sue@Nenie,
    memang snek ini sangat sedap.... kalau beli di pasar malam tak sabar2 nak sampai rumah nak makan.

    Pen Biru,
    Ha ha hahh... seronoknya ada hantu sata macam Kak Amie... betul tu, kakak percaya RM10 ratah sendiri...

    BalasPadam
  23. kak amie..saya kalau dpt makan sata..aduiii tak leh stop rasanya..huhuhu..sedap betul..suka sgt....:)

    BalasPadam
  24. Saya pyn suke sgt mjn sata ni.rase nk buat.bru2 ni mkn dgn kulit popia sdp kmain.kak ikn mmg xpyh rebus ye.trus balut je dlm kulit popia.btl x

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe