Ikan Patin Asam Pedas Tempoyak, Kerabu Pucuk Paku & Sup Kundur
2:30 PTG
Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung budiman. Hari untuk mengemaskini setiap penjuru kediaman nampaknya sudah mula beransur petang. Kalau hendak dihitung memang tidak terhitung segala perkara yang perlu dibereskan kerana hari Ahad begini bukan bererti hari untuk berehat sepenuhnya bagi sesetengah orang. Bagaimanapun, pada hari beginilah seisi keluarga dapat berkumpul bersama, sarapan bersama, membersihkan apa yang patut dari penjuru ke penjuru rumah, kemudian makan tengahari bersama dan sebelah petang pula kalau tidak ke mana-mana bolehlah bersantai-santai menonton televisyen. Begitulah juga dengan Amie, mengambil kesempatan ini untuk menyediakan hidangan tengahari sementara anak-anak dan Encik Suami membuat apa yang patut termasuk mencuci kereta, membantu menjemur pakaian, dan serba-serbi hal ehwal rumah tangga yang lain. Tengahari ini Amie masak Ikan Patin Asam Pedas Tempoyak. Amie gandingkan dengan Kerabu Pucuk Paku. Oleh kerana anak-anak tidak suka makan sayur, Amie sediakan Sup Kundur. Sekurang-kurangnya dengan menghirup kuah sup, dapatlah juga sedikit zat dan vitamin sayur-sayuran masuk ke tubuh badan anak-anak. Amie gunakan sahaja bahan yang ada di dapur di samping bertujuan untuk menghabiskan stok mingguan. Jadi, mana-mana bahagian dalam resepi yang Amie tuliskan di bawah ini tidak atau kurang memenuhi citarasa anda, maaf jua Amie pinta.
Resepi: Ikan Patin Asam Pedas Tempoyak
Sumber: Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin - bersihkan, belah 2 dan potong 5
3 sudu tempoyak
4 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan - belah 4
5 biji cili hijau
3 cawan air
garam & gula
minyak
Bahan kisar:
10 biji cili kering
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2cm kunyit hidup
1.5cm belacan
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan daun kesum, bunga kantan dan tempoyak. Biarkan seketika.
3. Masukkan ikan patin. Terus didihkan sehingga ikan masak.
4. Masukkan cili hijau, garam dan gula.
5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Resepi: Kerabu Pucuk Paku
Sumber: Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 ikat pucuk paku - potong ikut suka - celur
1/2 batang lobak merah - potong halus - celur
2 ekor ikan kembung panggang - ambil isinya - hancurkan
1 labu bawang besar - mayang
3 biji cili merah - hiris
7 biji cili padi - hiris
2 cawan kelapa parut - tumbuk separuh hancur
1 cawan santan pekat
garam & gula secukup rasa
2 biji limau kasturi - ambil jusnya
Cara:
1. Campurkan pucuk paku, lobak merah, bawang besar, cili merah dan cili padi ke dalam mangkuk besar.
2. Masukkan kelapa parut, dan isi ikan kembung. Gaul rata.
3. Masukkan garam, gula dan santan.
4. Akhir sekali sebatikan dengan jus limau kasturi.
5. Sedia untuk dihidangkan.
Resepi: Sup Kundur
Sumber: Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
600 gram buah kundur - potong ikut suka - Amie masak bersama kulitnya
10 biji kurma merah
1/2 batang lobak merah - potong ikut suka
15 biji bebola ikan
2cm halia - hiris halus
2 batang daun sup - potong halus
3 ulas bawang putih - pecahkan
1/2 labu bawang besar - mayang kasar
1/2 sudu teh lada putih - tumbuk
1 sudu serbuk pati ikan bilis
4 cawan air
Cara:
1. Didihkan air di dalam periuk dengan api kuat. Masukkan kundur, lobak merah, kurma merah, halia, bawang putih dan bawang besar.
2. Apabila kulit kundur telah berubah warna, perlahankan api.
3. Masukkan serbuk pati ikan bilis, lada putih dan bebola ikan. Biarkan seketika.
4. Tutup api.
5. Sup Kundur sedia untuk dihidangkan.
19 comments
alamak ruginya saya x mkn ikan patin.....
BalasPadamAmie..kerabu pucuk paku tu...terguda kak Ros.Rumah kak Ros pula lain pesen..tak boleh tak ada sayur.Nanti semua tak boleh makan.Papanya dah lateh anak2 dari kecil..sayur lebih penting dari lauk pauk....So sayur apa pun kat sini grenti jalan.
BalasPadamwahhh..nice lah kak ikan patinnye menu tu...sedapnya..semua2 sedap belaka..thanks 4 sharing :)
BalasPadamMyda,
BalasPadammemang rugi... hilang satu nikmat he he heh
Puan Ros,
memang dari kecil si abang sulung tak mahu makan, kalau makan terus muntah... adik2nya pun mengikut ngada2 he he he.... tu selalu buat sup sayur.
Tihara,
menu hentam keromo aje...
Sedapnya menu2 ni, Kerabu memang sedap, makan mcm tu je pon sedap
BalasPadamOh saya pun tak makan ikan patin, entah kenapa. Urap tu nampak menyelerakan.
BalasPadamwow! tak tertahan la amie tengok rupa makanan ni sume.
BalasPadamSalam kak amie!!! selamat pagiii waktu kat bangkok skrg ni :D sori kak semalam tak dpt nak blogwalking sbb bz n badan kita ni sakit2 lah pulak.. sedapnyerr nmpk ikan masak asam pedas tuuu ada pulak kerabu pucuk pakuuu uuuuwaaaaaaaa...sedaaapppp!!!! sume sedap2!!
BalasPadamsalam amie..tak tau pulak acik kundur tu boleh buat sup..tima kasih amie..sharekan disini..
BalasPadamfullamak..sedapnya lauk pauk hari ni...bila nak ajak akak dtg makan tengahari?jgn lupa sambal tempoyak sekali ya...^_^
BalasPadamSalam Amie...semuanya menyelerakn menu kat umah Amie ni.Nk tumpang mkn..jauh la pulak!
BalasPadamYg xtahan tu..gulai tempoyak!dah lama xmakan..huhhuuuu
Amie, gandingan yang mantap ni, semuanya kena dengan taste ummi, kalau 1 pinggan nasi tak cukup ni.
BalasPadamThanks kak amie dah hidang ye saya duduk baca doa ye ,heheeh sedap2 hidangan akak
BalasPadamya ampun sedapnya menu lauk akak ni memang menyelerakan ni kak.Ikan patin dan kerabu tu memang buatkan saya terliur tau..sabar jer lah..hehe
BalasPadamsalam kak amie
BalasPadamwahhh resepi semunya menarik..tq share..:)
Ajumohit,
BalasPadammemang sedap ratah begitu aje.
Hazila,
memang ada sesetengah orang tak makan ikan patin.
Whitecappucino,
lauk kampung ni WC, jom makan sama.
Ika,
BalasPadamada masa sikit hari Ahad untuk siapakan hidangan tengahari buat keluarga, jom makan sama Ika...
Acik Erna,
Amie dapat resepi begini dari kakak ipar, rasanya pun okey.
Kak Anymz,
jemputlah makan sama... boleh datang bila2 masa tapi Air Asia tak sampai Lahad Datu kak, kena tukar MAS Wing dari KK he he hehh
Azatie,
BalasPadamsekali-sekala kenalkan anak2 dengan hidangan tradisi kita.... anak2 bukannya tahu makan tempoyak he he heh
Ummi,
boleh tambah kerabu, tambah lauk dan tambah sup... tapi tak boleh tambah nasi he he hehh
Chik Mimi,
silakan...silakan baca doanya Mimi... semua dah tadah tangan ni..
Nieza,
BalasPadamcepat2lah balik sini Nieza... ikan patin dengan kerabu dah lama menunggu he he hehh
Zila 4ever,
silakan... silakan kongsi resepi.