Ikan Pari Asam Pedas

5:15 PG

Assalamualaikum  semua. Kami baru saja bersahur untuk meneruskan ibadah puasa buat hari ke 20. Goreng ikan temparing dan goreng sosej  dan panaskan lebihan asam pedas lauk berbuka puasa petang kelmarin. Entah kerana agak lama tak masak asam pedas, atau kerana ikan pari yang segar.... rasa sedap sangat masakan itu. Percaya tak.... sebenarnya Amie sengaja masak 1 kg ikan pari, dan sebahagiannya boleh dipanaskan untuk bersahur. Lepas makan, tinggal sedikt sayur dan kuah sahaja. Anak-anak memang memeriksa kuali untuk mengambil lauk tambahan!


Amie tak berapa mengenali jenis-jenis ikan pari. Ada jenis ikan pari yang berbau, dan ada pula yang tidak. Menurut penjual ikan ini, katanya ini ikan pari bunga. Amie lihat memang ada bintik-bintik di badan ikan pari ini. Kadang-kadang takut juga nak beli ikan pari sebab ada yang sangat besar saiznya. Biasanya yang besar tu ikan pari helang. Yang agak kecil sedikit berwarna kehitam-hitaman mereka panggil pari minyak. Bagi Amie apa pun nama dan jenis ikan pari, yang penting ia tidak berbau! Wokey... kita lihat resepi asam pedas di bawah ini. Amie gunakan bahan asas sahaja, dan agaknya itulah yang membuatkan asampedas rasa sedap, sebab kadang-kadang kalau terlalu banyak bahan yang digunakan, rasanya entah apa-apa entah....

Bahan-bahan:
15 biji lada kering - kisar
5 biji bawang merah - kisar
5 biji bawang putih - kisar
1.5cm kunyit hidup - kisar
1.5cm belacan - kisar/tumbuk
1/2 sudu lada putih - kisar
2 keping asam gelugur
3 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan
1 batang serai - diketuk
2 biji tomato- belah 6
8 biji kacang bendi
garam & gula / perasa lain
400ml air
minyak

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan serai dan asam keping.
3. Masukkan air dan biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan pari dan biarkan sehingga masak. Kacau sekali-sekala.
5. Masukkan lada putih, kacang bendi dan tomato.
6. Perasakan dengan garam & gula / perasa lain.
7. Apabila kuah hampir pekat, tutup api.
8. Sedia untuk dihidangkan.



Agaknya kalau sekali-sekala makan asam pedas memang sampai menjilat jari!

10 comments

  1. Sedap ikan pari wat asam pedas cenggini.Saya suka boh kacang bendi banyak2..ni sajalah menu ikan yg anak2 saya makan sbb tadak tulang.

    BalasPadam
  2. amie letak lada putih ye
    nanti nak try le letak lada putih...biasa akak tak letak :)

    BalasPadam
  3. Lina,
    baru Amie perasa, ikan tenggiri penuh isi..takde tulang macam ikan lain, macam makan daging lembut je kan...

    BalasPadam
  4. Kasih,
    memang Amie letak lada putih, ini ajaran dari kakak... katanya untuk bagu lebih ummpphhh kepedasannya, tapi taklah terlalu pedas macam cili padi tu...

    BalasPadam
  5. Salam K.Amie..terima kasih dtg & brtanya kabar atie.Menjak2 nie udah malas nk update..nk snap gambo masakan pon malassssssss....camna tuh?
    Kdg2 pusing2 gak kt umah kengakawan tp malas nk tinggai jejak.
    Nampak sedap asam pedas akak nie!.

    BalasPadam
  6. hmmm...baru je beli ikan pari minggu lepas. pari yang nani beli saiz kecik je...dalam 2 ekor untuk sekilo. rm5, murah je. nani mesti nak cari pari yang isinya lembut. kalau pari yang terlampau besar, risau jugak kalau keras. lagi satu, sebelum masak, memang nak lumur ikan tu dengan asam jawa dulu. memang takde bau hanyirnya. sedapnya asam pedas ikan pari. dah lama tak makan...

    BalasPadam
  7. Atie....

    napa takde mood? kena panggilbalik mood tu ...pelan2 ye, nanti dia datang balik, nak raya ni... kita meriah2kan sama-sama yok!

    Nani,

    kebetulan pulak dapat ikan pari yang sangat sedap, langsung takde bau walaupun kakak tak cuci dengan air asam, tapi selalunya kalau beli taklah sebaik yang ini, nyesal pulak tak beli banyak....sebab jarang jumpa pari selembut, selazat seperti yang ini... harganya lebih mahal sikitlaaa...

    BalasPadam
  8. sedapnya kak ikan pari...dah berkurun tak makan....ikan pari selain buat asam pedas...buat kari pun best...suka saya tengok menu ikan akak nih..macam2 jenis ikan...heheheh

    BalasPadam
  9. Assalam amie, akk pun suka asam pedas gini, tapi bab msk asam pedas tu tak berapa nak reti heheh...sedapnya

    BalasPadam
  10. Quinnie,
    macam-macam resepi masak ikan pari ye... yang terkenal tentulah asam pedas! Pernah makan kari ikan pari, tapi sekali-dua saja...


    Kak Rosa,
    Amie pun tak berapa reti buat asam pedas, sebab banyak sangat versinya, last Amie pilih yang asas sajalah... lebih ori rasanya kan kak....

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe