Ayam Masak Badang

9:19 PTG

Assalamualaikum semua. Amie ingin kongsi satu resepi yang Amie temui dalam buku Kompilasi Masakan Selangor iaitu resepi Ayam Masak Badang. Bukan Padang tapi Badang. Badang yang makan muntah hantu untuk jadi kuat tu...... ha ha hahhh! Namanya saja Amie orang Selangor, lahir di Selangor, besar di Selangor tapi banyak jugalah resepi di negeri sendiri yang Amie tidak ketahui. Jadi Amie ambil kesempatan untuk mengetengahkan resepi Ayam Masak Badang untuk perkongsian bersama. Cara memasaknya memang mudah, kerana tidak memerlukan pelbagai bahan. Biasanya kalau masakan bersantan, Amie gantikan santan kelapa dengan susu cair sahaja sebab ia lebih mudah, dan lebih menyihatkan.


Resepi : Ayam Masak Badang
Sumber : Kompilasi Masakan Selangor

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong dan dibersihkan
500ml santan dari sebiji kelapa - 300ml santan cair / 200ml santan pekat
4 biji bawang besar - hiris
4 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
garam secukup rasa - Amie tambah sedikit gula
minyak

Bahan kisar:
10 tangkai cili kering
3 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih sehingga berbau.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing.
3. Masukkan ayam dan dikacau rata. Apabila masakan agak kering, masukkan santan cair. Biarkan mendidih.
4. Masukkan pati santan, garam dan gula dan kacau selalu sehingga kuah menjadi pekat.
5. Akhir sekali masukkan bawang besar. Masak seketika lagi selama 3 minit atau sehingga bawang besar layu. 
6. Tutup api.



Memang sungguh mudah cara penyediaannya. Bahan yang digunakan pun boleh dibilang dengan jari! Anak-anak suka kerana aromanya dan juga rasanya yang sedap!


24 comments

  1. mula2 baca td mmg ingat badang yg mkn muntah hantu tu...hihi

    BalasPadam
  2. Kasih,
    terkenal sungguh kisah Badang makan muntah hantu tu ye.

    BalasPadam
  3. Assalam kak amie,lama xsinggah sini,windunyer..OWH AYAM MSK BADANG EKS,MULA2 IGT AYM MSK PADANG,HEHE..Nmpak sedap tuh kak,msti wangi jer bau ngan aroma dun limau tuh kan.

    BalasPadam
  4. Kak AMie... wahh nak kena try ni... nanti lepas makan sure kuat nak mengalih perabot sana sini hehehe

    BalasPadam
  5. takut tgk nam resepi ni...hehehe...ni klau mkn jdi mcm badang tu x...hahaha...mesti sedap menu ni ade aroma daun limau kan...oh yea sblm lupa ni nk htr 3 cucuk kebab ayam...QH nk lauk badang tu ehhh

    BalasPadam
  6. eee bila baca td mcm ngeri jer,takut pun ada jugak..tp sedap ye amie...

    BalasPadam
  7. sy ni mmg peminat ayam...masak apa pon jalan...tp x penah lg msk badang ni..hehehe

    BalasPadam
  8. nmpak sedap sangat...resepinya pun senang...boleh cuba nanti..thnks brkongsi resepi....

    BalasPadam
  9. Assalam kak, menarik betul nama masakan ayam ni...1st time dgr.sedapnya kalau dapat rasa ni.:)

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum Amie

    Kak Lin tk pernah lagi makan Ayam Masak Badang mcm sedap dan menyelerakan...

    Selamat Menjamu Selera :)

    BalasPadam
  11. Amie, jalan2 pagi sambil menghidu bau masakan ayam masak badang yang harum, ada lagi ke?hehe..

    BalasPadam
  12. Zaliedana,
    waalaikumussalam... ha dah timbul dah dia! Memang kakak pun windu sama.... itulah memang awal2 lagi kakak dah ingatkan, bukannya Padang tapi Badang, nama yang makan muntah hantu tu...

    Shahriah,
    boleh cuba, silakan... ha hahahh memang lepas ni jadi adik-beradik Badang!

    Qasey Honey,
    terima kasih hantar jebab, kita minta satu dia bagi tiga yue... ha kakak balas satu mangkuk ayam masak badang ye.

    BalasPadam
  13. Ain,
    ringka, mudah dan sedap!

    Ummiasiyah,
    ni pun kali pertama buat Ayam Masak Badang.

    MP<
    memang senang, tak cerewet cara penyediaannya. Cubalah...

    BalasPadam
  14. Nieza,
    waalaikumussalam, memang kakak pun baru pertama kali dengar nama resepi ni dari buku Kompilasi Masakan Selangor, sebab tak banyak bahan, kakak pun cubalah, boleh tahan juga sedapnya.

    Kak Lin Rosly,
    Waalaikumussalam,
    alhamdulillah, dapat juga kongsi resepi bersama rakan-rakan.

    Ummiross,
    oleh sebab Ummi datang jalan kaki... lambatlah sampainya ke sini he he hehh tentulah Ayam Masak Badang dah habis...nanti Amie masak lagi ye Ummi sayang!

    BalasPadam
  15. untunglah cik badang, ada nama masakan pulak nama dia ni, hehehehe

    BalasPadam
  16. rajin sungguh Kak Amie,cari resepi kt buku....nie mesti banyak koleksi buku resepi kt umah....

    BalasPadam
  17. Salam kak amie! waaaahh! kalau mkn ni mesti jadik badang kuatnyer hihihi.... sedap ni ayam masak2 mcm ni ada kaler merah2 lada tu yg buatkan sedap bau daun limau purut harummmnyer~~

    BalasPadam
  18. Aju Mohit,
    Ha ha hahh tak tahulah apa cerita asal usulnya sampai dapat nama begini.

    Myda,
    sesekali belek-belek himpunan buku resepi, jumpa yang mudah terus cuba.

    Ika,
    ha ha hahh... itu kena makan muntah hantunya Ika, baru boleh kuat!

    BalasPadam
  19. Salam Amie :)
    menarik nama lauk ayam Amie!!!
    mesti sedap nie :P

    BalasPadam
  20. Mama Hawa,
    resepinya memang menarik...Badang tu he heheh

    Acik Erna,
    silakan cuba, ringkas saja penyediannya Acik.

    BalasPadam
  21. Salam..Kak Amie sihat..? samalah Sue, kadang kala namanya anak jati Trg tapi ada juga sesetengah resipi tak tau..sementelah lagi kat Selangor yang ada melayu dan jawa..walau serumpun tapi kebudayaan dan adat tetap lain kan....

    BalasPadam
  22. Sue,
    betul tu... oelh sebab bonda belah Jawa dari Perak, ayah dari KL, belahnya Melayu-Riau, dah campur aduklah tak tahu mana yang aslinya.

    BalasPadam
  23. Ringkas resepinya tapi nampak sedap, lebih-lebih lagi ada daun limau. Tetapi.... kalau masak lauk ni kat rumah, semua orang jadi kuat macam Badang tak? Kenapa diberi nama Ayam masak Badang? Boleh Kak Noor tahu asal usul masakan ini?

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe