Sup Ayam Daun Selasih

3:22 PTG

Salam hari Khamis. Sudah makan tengahari? Ini pertanyaan yang sudah terlewat untuk dijawab sebab sekarang sudah pukul 3 petang. Amie tujukan soalan ini untuk anda yang kurang berselera atau hilang selera makan. Biasanya kurang selera makan dikaitkan dengan orang sakit tapi sebenarnya kalau badan terlalu letih pun boleh menyebabkan hilang selera makan! Untuk mengembalikan selera, apa kata hirup Sup Ayam Daun Selasih yang Amie hidangkan di bawah ini. Kadang-kadang timbul persoalan apa itu daun selasih sebab Amie selalu tuliskan sebagai daun kemangi. Amiepun kurang arif tentang herba ini tapi bagi Amie selasih dan kemangi itu merupakan dua istilah yang membawa maksud yang sama iaitu daun selasih. Di tempat Amie biasanya disebut sebagai daun kemangi atau cemangi. Kali ini cara penyediaan sup ayam, Amie ikut cara bonda. Tumis semua bahan rempah terlebih dahulu hingga layu dan kemudian barulah didihkan. Amie juga memasukkan pelbagai jenis bahan lain sebagai aksesori tambahan.


Resepi: Sup Ayam Daun Selasih
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
600 gram daging ayam - potong ikut suka
4 biji kentang - kupas dan belah 2
1 batang lobak merah - kupas dan belah potong bulat
4 kuntum cebdawan shiitake - cuci dan rendam dengan 600ml air
10 biji kurma merah
1/2 sudu lada putih - tumbuk
1 sudu serbuk pati ayam
3 tangkai daun selasih

Bahan tumis:
5 biji bawang merah - tumbuk
4 biji bawang putih - tumbuk
3cm halia - tumbuk
1/2 sudu teh ketumbar biji - tumbuk
1/2 sudu teh jintan putih - tumbuk
1/2 sudu teh jintan manis - tumbuk
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
5cm kulit kayu manis

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan masukkan semua bahan tumis. Masak sehingga naik bau.
2. Masukkan daging ayam dan balik-balikkan sehingga layu.
3. Masukkan kentang, cendawan shiitake, kurma merah dan lobak merah. Gaul rata.
4. Masukkan air  rendaman cendawan shiitake dan biarkan masakan mendidih sehingga daging ayam empuk.
5. Masukkan lada putih, serbuk pati ayam dan daun selasih. Biarkan seketika.
6. Angkat dan hidangkan.

14 comments

  1. sedapnya kak amie, nak sikit lah hehehhe

    BalasPadam
  2. letak daun selasih ye amie
    rajin betul amie ni...
    bagus sebenarnya bkawan dgn org rajin ni...boleh motivasi diri unk rajin mmasak :)

    BalasPadam
  3. pertama kali dengar sup bubuh daun selasih + kurma merah.....
    tp kalau bab taruk cendawan rasanya sup tu tinggal kuah dgn ayam ajelah sbb ucu ni hantu cendawan...
    selamat ber'rehatlah ye k.amie ku cayang...

    BalasPadam
  4. suka bau daun selasih tapi jarang nak dapat.. dulu tanam x mau hidup.

    BalasPadam
  5. Salam Kak Amie..lama tak jenguk sini..harap2 orang kat sana sihat..hmm sedapnya dapat slurp2 sup ayam ni..

    BalasPadam
  6. k.amie...pembetulan ye..komen bernama 'shuke' tu ucu yg bagi sbb ucu x perasan a/c gmail blm tukar pd a/c ucu..shuke tu anak boss, dia pinjam ucu punya pc tadi...sorry ye k.amie..

    BalasPadam
  7. Selamat sore kak amie.. kalo org indo juga sebut nya daun kemangi,biasa kami juga campur di sambal ,unutk makan dgn ayam penyet..

    sedap lah kak amie sup nya, kami suka makan sup ayam tapi belum pernah lagi rasa kalo di campur dengan daun ini.. bagi melly rasa semangkok dong.. hehe

    BalasPadam
  8. salam amie...
    aduhh.. kalau dpt hirup sup yang amie masak ni.. tentu rasa segar badan yg letih pulang dari kerja.. dulupun MaDiHaA anggap selasih & kemangi tu sama.. rupanya ada sikit kelainan.. pokok selasih daunnya berwarna hijau & keunguan sikit manakala kemangi hijau keseluruhan. Bau daun selasih pula lebih kuat manakala kemangi lebih lembut. rasanya daun yg amie guna tu ialah kemangi yang biasa kami buat ulam dalam laksam atau nasi ulam.. hehe..

    BalasPadam
  9. bila rasa tak sedap badan, kena sup panas mcm ni baru segar

    BalasPadam
  10. salam kak..sedapnye sup tu letak daun selasih..mesti harumkan bau dia..:)

    BalasPadam
  11. Aju,
    boleh...jemput hirup sama Aju.

    Kasih,
    bila masak di dapur, lupa segala hal di tempat kerja....:)

    Norlie,
    Amie pun pernah tanam tapi tak pandai hidup,he hehhee panas tangan kot.

    BalasPadam
  12. Kerull,
    orang sini sihat selalu, harap orang sana pun sihat juga ye...

    Ucu,
    ingatkan dah tukar identiti tadi, kenal juga sebab ada 'ucu'nya di situ he hehhh

    Melly,
    memang pertama kali Kak Amie hirup sup bubuh daun kemangi semasa makan nasi ayam penyet, sedap! Itu sebab cuba masukkan dalamsup ayam!

    BalasPadam
  13. Madiha,
    terima kasih bagi info tentang daun selasih... jadi betullah yang kami gunakan ini daun kemangi, memang aromanya lembut, menyelerakan!

    Norashikin,
    bila hirup kuah panas, dengan lada putihnya, peluh pun keluar, badan pun rasa ringan sikit ye Nor.

    Kamalia,
    memang harum, naik selera!

    BalasPadam
  14. daun selasih ni wangi bau dia, ummi suka, biji selasih lagi suka. Ummi tengah hirup sup ni Amie, yummy!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe